Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

4.2.09

Yeahh Perak....!!! ~ malaysiakini

 TAHNIAH NASARUDDIN: MIKE HERO...!!!

Assalammualaikum wmt,
 
Tajuk thread ini mungkin memeranjat ramai kekawan di kmu.net. Apa tidaknya, episod awalnya bermula bila Dato' Nasaruddin Hashim telah melompat keluar dari Umno untuk masuk PKR. Maka gembira yang amat sangatlah MB PIS Perak ketika itu, Mohd. Nizar. Negh dan Ngo yg jadi duri dalam daging kerajaan Perak tersengih-sengih tanda riang. Bermula dari peristiwa yg dinamakan 'Peristiwa Bota' itu, politik di negeri Perak jadi perhatian umum. Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali mula terasa panas dan tercabar. Gesaan supaya dia meletakkan jawatan mula berkumandang. Pada peringkat awal Tajol masih berteka-teki mengenai perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Umno Perak. Tarik tali dan sorong-sentap Tajol akhirnya jadi kenyataan bila MT Umno mengumumkan beliau telah meletakkan jawatan Pengerusi Umno Perak dan tempatnya digantikan oleh DS Najib Tun Razak. Umno dan BN Perak jadi tenang dan perlbagai ramalan politik bermula dgn rancak.
 
Menambah lagi kegawatan, dua Exco kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak dihebohkan menyembunyikan diri atau diculik oleh pemimpin BN untuk membolehkan mereka pula melompat masuk Umno. Maka huru-hara dan haru-birulah pemimpin PR menuding jari menyalahkan Umno. Kerajaan PR Perak mengambil keputusan mengisytiharkan kedua Exco berkenaan telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Changkat Jering dan Behrang. Laporan speaker Perak kpd Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengisytiharkan kedua DUN itu kosong ditolak kerana kedua-dua Exco terbabit mengemukakan surat penafian letak jawatan sebagai Adun kpd Suruhanjaya. Di pendekkan cerita, akhir episod menyaksikan tiga Adun PR keluar parti untuk jadi wakil rakyat bebas (dua dari PKR, satu dari DAP) sementara Nasaruddin kembali menyertai Umno. Maka kedudukan ahli dewan di negeri Perak terbahagi kpd tiga kumpulan. PR 28 kerusi, BN 28 kerusi dan Bebas 3.
 
Mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak, seseorang MB yg tidak mendapat kepercayaan ahli dewan hendaklah meletakkan jawatan bersama-sama barisan Exconya. Maka kerajaan PR Perak pun terbatal dgn sendiri  oleh peraturan berkenaan. Atas budibicara Sultan, maka BN Perak telah diserahkan mandat untuk memimpin kerajaan negeri. Pengakhiran pergolakan politik di negeri Perak ini tidak akan berlaku tanpa 'Peristiwa Bota'. Kerana peristiwa itulah Umno Perak mendapat Pengerusi Perhubungan baru dan sekali gus membawa tuah hingga membolehkan BN kembali menerima mandat mentadbir negeri Perak. Atas hakikat inilah teman ucapkan terima kasih kpd Dato' Nasaruddin Hashim.
  
 Checkmate we-got-the-numbers-Al Jub by Nasaruddin Bota, with masterminding by Najib Kasparov. Game ruled over by Prince Nazrin. MUAHAHAHA
  
  
 www.kmu.net.my


From: Comot Mat <matcomot@yahoo.com>



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yop boleh!!!!!!..........boleh mengundi semula ke? PKR 28 kerusi, BN pun 28, BEBAS 3. Sapa nak perintah ni????

Tanpa Nama berkata...

Let the sultan decide.

It is a good sign because the 3 ind candidates can really voice out the needs for rakyat.

Don't waste $ in the by-election. When Bota move to PR why they didnt call by-election?

If they want to disolve the DUN why not do it 2 weeks ago?

NOT FAIR!

Tanpa Nama berkata...

Ikutlah titah Sultan atau PR memang diajar untuk derhaka.....

Related Posts with Thumbnails