Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

30.12.09

Perokok Adalah Golongan Kaya Raya...???



"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, maksudnya golongan ini adalah mereka yang berkemampuan" (termasuk dalam golongan orang-orang kaya).

Golongan inilah yang dicadangkan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini supaya kerajaan mengkaji semula samada mereka ini layak terima apa-apa bantuan dari kerajaan kerana mereka mampu membeli rokok walaupun harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang.

Ini bermakna golongan perokok ini mampu menyara rokok mereka sehingga RM2000 sebulan, iaitu melebehi kelayakan kategori 'MISKIN' yang kerajaan tetapkan iaitu kurang RM1000 sebulan sekeluarga.

Tabiat tidak merokok adalah cadangan paling tepat sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan atau lain-lain program seperti Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampu melanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

- dari blog [ni..]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

28.12.09

Logo Baru Untuk Beer-eNd..???

KOTA KINABALU, 28 Dis (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman web beliau, www.keruak.com.

Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN.

-- BERNAMA

* - kah kah kah...amacam ada OK ka KO kalau tukaq Dacing lama p logo / gambaq penimbang camni...??? Kah kah kiokkkkk....


27.12.09

Demo Penyokong PAS 'Jadian' Di Selangor...!!!



SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.



Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.





















"Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

"Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

"Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis SMS itu dipetik portal tersebut.


Penyokong PAS ka depa ni?? Tak nampak macam penyokong PAS pun... Mana kopiah? tukaq pakai 'Cap'..???

Cuba amati kat sepanduk tu.. ada ayat ni ""SIAPA YANG AKAN MEMBELA NASIB MELAYU DAN ISLAM JIKA BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI." ayat siapa ni??

Ha.. Ha.. Ha.. kesian sungguh, nak menipu tapi tak pandai menipu.. Nak berlakon tapi tak real langsung.. UMNO.. oh... UMNO pasal apa DESPERATE sangat ni???

* - memang muka juak2 ni tau dah sekoq2 pemuda ameno koko...dok wayang la kata pemuda pas...piii rahhhh... dah takdak idea kot mat???


Sumber berita dari sini
Gambar-gambar dari sini


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Harga Rokok Kena Naik Lagi...

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok. "

Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut. Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan. "Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama

* - kepada yang 'heavy smokers' cam al-contoh blogger zulmamak dan sharpshooter serta kerani-opis serta juga pak supir, susah la nak 'cost-saving' isap rokok murah, paling2 morah pun kena ada rm6.40 sekotak... Khas kepada sharphooter, berenti lahh.... kami2 yg blogger bodo ni takpaaa... kami isap cerut jaaa...kah kah kah.... Sharpshooter, berentilah dok nasihatkan org agar berenti itu dan ini...sdr tu pernah lapan semilan kali kata nak berenti, tapi dok jumpa kadang2 berasap jugakkkk...adoiyaaaiiiii....kasi berenti laaa... hehehehehe...

23.12.09

Pengerusi Beer-End PP : Ameno Kecut Teloq...

Pemimpin Ameno Pulau Pinang akur dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib supaya tidak dibangkitkan lagi desakan kepada Gerakan supaya menyerahkan jawatan pengerusi Beer-ENd.

"Tidak ada lagi kenyataan, kami akur dengan arahan bos kami," katanya Setiausaha Ameno negeri Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga.

Ditanya adakah pihaknya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi parti, ekoran cadangan tersebut adalah keputusan sebulat suara dalam permukiman Ameno negeri itu, Azhar berkata:

"Apa yang bersangkut paut dengan perkara itu, saya tidak mahu komen."

Selebihnya berita baca le sendiri kat [sini]


* - kah kah kah...memang takdak teloq wal kecutan lah hangpa ameno...kah kah kah... nang bothi nang, koi bothi koi... marang kerapu kepunden marang sekeper...kah kah kah...


Ada Lagi Alasan Ahli Parlimen Yang Ponteng...

- sumber gambar karikatur Lat di Star 21/12/09.

* - ada saja alasan... ada Wai-Bee yang p Mekah, ada jugak yang p Menikah... Hmmmm... Wai-Bee Oh Wai-Bee... Wai-Bee Bayan Baru pun p menikah jugak ka Din Binjai...??? Musim kott... Hehehehe...

22.12.09

Kaki Ponteng : Ni Dia Ahli Parlimen Yang Boikot Bajet 2010...


Berikut adalah wajah wajah Ahli Parlimen yang ponteng dalam sesi perbahasan Bajet 2010. Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen- eksklusivenya lagi di sini yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.
Pakatan Rakyat (PR) ada maklumat mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seperti sebagai tanda protes mereka terhadap Bajet 2010 di sini. Tindakan seolah-olah protes itu mencerminkan ketidaksungguhan Ahli Parlimen BN untuk menyokong bajet kerana merasakan cadangan pembangkang semasa sesi perbahasan adalah lebih relevan.


* - gambaq kat ataih ni cuma sebahagian ahli parlimen UBN yang boikot..klik pada 2 link yang ada pada artikel untuk senarai penuh gambaq depa...

21.12.09

Jom Penuhkan Ruangan KOSONG...



MP PR & ALASAN TIDAK HADIR

PENGUNDIAN BAJET 2010
NAMA MP ALASAN TAK HADIR
MAHFUZ OMARURUSAN PERIBADI
CHE ROSLI CHE MATGANTI NIZAR
MUJAHID YUSOF RAWA M/C (SAKIT)
TAIB AZAMUDDEN?
IBRAHIM ALI LOMPAT SUKAN SEA LAOS
ZAHRAIN M. HASHIM?
MOHSIN FADZIL?
ZAINAL ABIDIN AHMAD ?
MOHD AZMIN ALIBERADA DI MEKAH, TUNAIKAN HAJI
S. MANIKAVASAGAM ?
NURUL IZZAH?
ABDUL KHALID IBRAHIM ?
LIM GUAN ENG?
P. RAMASAMY ?
CHOW KON YEOW?
OOI CHUAN AUN ?
KARPAL SINGH?
GOBIND SINGH DEO * DIGANTUNG HADIRI SIDANG
TERESA KOK?
ENCHIN MAJIMBUN ?
CHUA SOON BUI?
Bantu kami penuhkan petak-petak kosong di atas.




* - tinggalkan komen untuk saya masukkan jawapan bernas, mampan dan berkebolehan...



20.12.09

Gelakan Dah Jawab Maa...

Aiyaaa... nang Bothi nang... Koi Bothi Koi... Olang pun bukan Olang... Antu pun bukan Antu...

Itu Gelakan Sulah Jawab looo sama itu Ameno Penang mau punyaaaa.... Lu olang ingat sinang sinang kaa...???

Baca sini aaaaaa [ SINI klik loooo.. ]

Kuang Jaq : Tuntut Pengerusi Be-enD & YDP MAIPP...


3 Muharram 1431
oleh Cina Islam.

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno (baca : Ameno) mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno (baca : Ameno) negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Ameno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno (baca : Ameno) jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO (baca : AMENO) memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO (baca : AMENO) adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya makin melemahkan dan mengkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO (baca : AMENO) menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata pepatah "habis manis sepah dibuang". itulah perangai AMENO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin AMENO.

Sepatutnya AMENO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihan Raya yang lepas namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Ameno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan AMENO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah Pakatan Rakyat..??? Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapakah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini..???

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat AMENO Pulau Pinang (macam la ada hasrat baik sebelum ni...) yang semestinya ditolak secara total di Pulau Pinang dan di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat Bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukannya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulau Pinang yang cukup kurang ajar !

2 ulasan:

tanpa nama berkata...

ya..umno pulau pinang auta ja lebih especially ketua pembangkang pulau pinang..kawasan haram x mai melawat pon..dok sembang dalam sidang dun ja lebih..

jajarbink berkata...

Yang nak jawatan pengerusi tu ...ok lah pasai itu musibah dalaman UMNo/BN. Yang nak jawatan Ketua MAIPP tu yang tak tahan lawak nie.

Aduhhh !!! depa ingat Pulau Mutiara nie Putrajaya kaa ?? Dah lah kena hambat keluar gara2 tunjuk punggung di dewan yang mulia, ada hati plak nak kukuhkan perikatan haprak nie.

Koyak laaa gambar dan suruh menyembah melutut mintak maaf baru erat perikatan tu. Makin hari makin SARKIS puak2 ini.

Senang aje nak lenyapkan anasir2 haprak yang songlap khazanah negeri ini pada PRU13 nanti.
Letak calon PAS atau PKR ( satu lawan satu ) di setiap kerusi yang depa tanding.

Kawasan cina Umno boleh telan air liur aje , calon Gerakan akan kena lebih teruk dari yang lepas. Timbalan Presiden pun dah bye2 masuk tong taik cop Umno ( Tong Baru..Taik Lama ) iaitu PCM. Nanti sebulan dua pecah laa macam Parti Makkal Sakti ciplak.

Kesimpulan...UMno dah busuk sampai Usus dan kena bakar atau tanam dari dibiar kan lagi merayau sana sini macam.... ( Zombie Kg Pisang )


* - ameno koko ni memang kuang jaq, alif mim nun wau = sarkis... *&*())_^$%^#$#+_)(@#@#@

19.12.09

Oit..!!! Sapa Pi Juai Enjin Jet Hah..???

oleh Angkasanuri

Saya seringkali melahirkan kebimbangan tentang keselamatan negara dari ancaman luar terutama pintu keluar masuk sempadan negara. Masih ingat lagi kehilangan dua kontena cip komputer dari terminal kargo di Bayan Lepas tidak lama dulu?

Begitu juga dengan rampasan dadah yang beratnya hampir 1 tan di Rompin Pahang. Ini belum termasuk dengan betapa mudahnya pendatang haram membolosi sempadan negara dan begitu bergaya ' mengeksport' motorsikal milik rakyat negara ini untuk digunakan di negara jiran.

Berita terkini enjin jet pejuang F5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur hilang dari sistem kawalan dan keselamatan yang ketat. Kehilangan ini berlaku pada hujung tahun lalu dan dikatakan telah dijual di sebuah negara di Eropah.

Dalam kes ini siasatan menunjukkan ia melibatkan penglibatan orang dalam iaitu pegawai atasan TUDM sendiri. Saya tidak mahu bangkitkan penyelewengan dan pecah amanah yang berlaku.

Tetapi apa yang saya ingin utarakan bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh 'dieksport'' ke Eropah? Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara?

Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang?

Jika enjin pesawat pejuang yang begini besar boleh diseludup keluar tidak mustahil banyak lagi aset keselamatan milik negara ini telah dibawa keluar dan jatuh kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu satu siasatan rapi perlu dilakukan dan rakyat perlu diberitahu tentang kejadian yang berlaku. Ini kerana ia bukan sahaja berkaitan soal keselamatan tetapi juga berkaitan dengan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai terhadap segala harta dan aset milik kerajaan.

- dari harakahdaily

Apa punya mangkok la sapa yang terdesak sangat sampai pi juai enjit jet TUDM? India besi buruk ka? Blah lerah rumah aku ni kat Bayan Lepaih, dalam seminggu musti 3-4 kali lori kompeni India besi buruk dok 'round' mai tanya, " aney, ada ka besi burok mau juai..barang2 lama ka?"...naik heran aku kerap sangat depa mai, macam la area umah aku tu area kilang besi...lagi jauh la sungai besi..isk, tensen aku..

Dah la enjin jet TUDM pi 'ghaib' dan dengaq cerita di Bernama,(cerita kat SINI) la ni dok ada di Amerika Selatan dah enjin jet tu...baru nak sedaq kott??? Apa raaaa....

Sampaikan atlit Mesia yang dah susah-payahkan diri kat Sukan SEA Laos dengan pingat Emas pun sangkut tak dapat balik Mesia, kapai terbang TUDM tak bleh sampai sana...isk isk isk...kasiannnn... [nah baca kat bawah ni]

Skuad Bola Sepak Negara Terpaksa Tangguh Perjalanan Pulang

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara yang dijadualkan pulang ke tanah air Jumaat petang terpaksa menangguh kepulangan mereka apabila pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengalami masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mej Kamarulzaman Ali berkata pesawat ganti bagi membawa pulang skuad bola sepak negara telahpun berlepas dari lapangan terbang TUDM, Subang pada pukul lapan malam hari Khamis.

"TUDM telah menghantar pesawat ganti dan skuad bola sepak negara dijangka tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada pukul 6.30 pagi hari Sabtu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mengikut jadual asal, skuad itu sepatutnya tiba di tanah air kira-kira pukul 7 petang.

Semalam skuad bimbingan K.Rajagobal mengukir sejarah tersendiri apabila berjaya menyingkirkan pasukan Vietnam 1-0 untuk meraih pingat emas pada saingan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di stadium Utama Kompleks Sukan, di Vientiane, Laos.

-- BERNAMA


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Swiss Cash Atau Switch Catch...???

atau dengan perkataan lain dan bunyi mcm sama, Switch Cash??? Atau lain-lain lagi? Switch saja.. Tangkappp... Beku duit oranggg... Haaaaa... Tak logik la pulak pasai cuma nak di bayaq pada 3 ribu pelabur Swiss Cash (SC)... Abeh tu yang lain-lain nak dapat apa?? Pochik..???

Enna Daaa... paling latest dapat info dari member di Kulim Kedah, ada puak kumpulan mana ntah, rajin dok buat Sijil Pendaftaran Swiss Cash pulakkk....pi reka buat Sijil la pulakkk... awat la kreatif sangat hangpa niii...??? Sijil setau aku dulu ni ada la dalam website SC..tapi lani dah 'elek'..dah kena blok oleh Bank Negara dan kaum kerabatnya...

Hmmmm....

" Hentam Ajer Lah Labuuu...."


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

18.12.09

Nyaris Nak Ada PRK Di Pahang...

ADUN Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16 Jalan Pekan-Rompin dekat Pekan, semalam.

Isterinya Zurina Yosof, 34, dan empat anaknya, Mohd Jibrail, 9, Amirah Balqis, 7, Mohd Mikail, 6, dan Mohd Atid, sembilan bulan, serta anak saudaranya Mohd Harun Hamili, 8, turut mengalami kecederaan ringan.


Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.30 malam ketika mereka dalam perjalanan dari Pekan menuju ke Rompin selepas pulang ke kampung isterinya di Kelantan.

"Mohd Johari (foto) yang sedang memandu kenderaan itu terlelap menyebabkan kenderaan jenis Toyota Fortuner itu terbabas dan terbalik sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini. Yahaya berkata mereka sekeluarga bernasib baik kerana sempat keluar dari kenderaan itu sebelum ia terbakar sepenuhnya.

Katanya, mereka diselamatkan oleh saudara-mara yang turut berkonvoi dan dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan.


BERNAMA

* - nyawa dan umur kawan ni maseh panjang, kalo tak.. ada pulak PRK kat area Rompin Pahang ni... bukan nak mintak laa..tapi ni semua keja Yang Maha Esa, Dia masih bagi peluang dan cobaan serta dugaan... Dan puak2 UBN ni kalo meninggai baru depa rela nak ada PRK...kalu tak payah cakap laaa...

Mahathir Penipu Besaq...!!! ~ malaysiakini


BUKU INI SEDANG DITAHAN DI PELABUHAN KLANG





KASTAM TAHAN BUKU TENTANG MAHATHIR - Asia Sentinel

Malaysian customs authorities have been holding up delivery of 800 copies of an authoritative new biography of former Prime Minister Mahathir Mohamad for the past three weeks at the Port Klang customs office.

The book, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times," written by former Asian Wall Street Journal Managing Editor Barry Wain, is a warts-and-all, critical but fair account of Mahathir's 22 years in power. It is certain to become an essential study for scholars seeking to understand the onetime premier's reign and its consequences. But maybe not in Malaysia itself unless the locals buy through Barns & Noble (available Jan. 10) or Amazon (Jan. 5) for US$60.75.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…


woit…. TAHU PULAK NAK SURUH RAHSIA… kah kah kah..

woit… CAKAP WIRA DUNIA KE TIGA…kah kah kah..

woit... CAKAP HEBAT ANTI AMERIKA... kah kah kah..

kah kah kah…. SENYAP SENYAP BUAT DEAL DENGAN AMERIKA… kah kah kah..

kah kah kah... DALAM BUKU INI ADA DOKUMEN... PATUTLAH BUKU INI DITAHAN...kah kah kah...

kah kah kah… AKHIRNYA FIRAUN JADI BUDAK SURUHAN AMERIKA… kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG NAK TUTUP BUNTUT... kah kah kah..

woit…INI SEMUA PROJEK EEE NAK TIPU ORANG MELAYU… kah kah kah…

nota:
sesiapa ada kawan kawan di singapura
atau luar negara sila beli dan scan masukkan
dalam net - supaya semua boleh baca kah kah kah

- dari blog paling top abad ini, Tukar Tiub

17.12.09

Salam Ma'al Hijrah 1431H...

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..kepada kalian semua

" Ya Allah…Sempena Ma'al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar insan yang membaca artikel ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya, hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia insan yang bertaqwa dan soleh. Amin."

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat Menyambut Maal Hijrah1431H

* - Selamat menyambut Awal Muharram... Selamat Tahun Baru Islam...

16.12.09

Huwaaaa...!!! Blog Aku Nak TerKeluaq Dah...

Oleh: MSK 10/12/2009

Blog-blog pro-Pakatan Rakyat semakin lama semakin lesu secara keseluruhan. Kali ini …tak ada alasan mengapa kebanyakan blog terus menurun. Hari Raya Haji dah habis.

Hari ini, empat lagi blog terkeluar dari senarai 100,000 Alexa. Blog Xenan, Ummu Asiah, Proreform, dan Bumiperak. Manakala blog SesamaIslam telah di delete oleh tuanpunya blog. Sebab utama mengapa blog ini terkeluar adalah kerana tidak dikemaskini setiap hari. Blog Ummuasiah mempunyai cerita yang bagus, tetapi apabila tidak dikemaskini secara konsisten, pengunjung malas nak mencari.

Terdapat beberapa lagi blog yang tidak dikemaskini dan menunggu masa untuk terkeluar. Blog Hijat Panjang mungkin akan terkeluar dalam masa sehari dua ini.

Blog Albanjari terkeluar dari senarai 10 teratas kerana dipintas oleh Greenboc. Dan Pinkturtle terus memanjat anak tangga dengan berita-berita terkini dari Kelantan dengan menguis Malaysiawaves yang terus dengan isu-isunya sendiri.

Penarik Beca turun kerana bercuti selama 4 hari. Pasai apa Pak Bakaq? Duit Streamyx tak bayaq ka? Kesian Pak Bakaq. Hari tu kereta nak kena tarik…letrik kena potong pasai tak bayaq. Tu pun ada orang dok kata dia terima duit dari Umno.

Kedahlanie kembali bertenaga manakala Perakexpress terus turun akibat dari experiment sendiri. Perakex akan kembali selepas membuat penilaian semula. Beberapa blog lagi terus turun dengan konsisten. Pahangdaily mungkin akan dipintas oleh Aduka Taruna minggu depan.Manakala Ajijoi terus terun menjunam.

Bandar Tasik Mutiara perlu mengubah layout yang terlalu lambat untuk diupload. Kalau setakat broadband GPRS..perlukan masa hampir 5 munit untuk diupload. Banyak sangat widget.

Tun Telanai…dulu musuh aku sekarang dah jadi sahabat…juga semakin kurang menulis. Tun Telanai mampu menulis dengan penuh hujah, tapi sekarang semakin lemah. Pasai apa?

Laman Marhaen juga terus merosot. Bulan lepas dia berada disenarai Top Ten, tapi lepas Raya Haji terus menjunam. Jangan sampai terkorban sudah la. Satu-satunya blog yang terus segar sejak era reformasi.

Ada bebrapa blog yang menunjukkan peningkatan yang mendadak. Blog Amin Iskandar naik secara slow and steady. Ibnu Hasyim naik mendadak manakala M3M juga melompat 20 anak tangga Perakex.

Zulmamak kembali kesenarai top 100 apabila mula membuat posting. Tu la…kalau tak update lebih dari seminggu…sudah pasti akan terkeluar.

Minggu lepas aku menulis tentang blog Zainulfaqar. Aku katakan blog ini akan meningkat dengan baik..tapi secara tiba-tiba dia menukar cara penulisan. Sekarang dah macam baca Harakah. Akibatnya menjunam begitu jauh.

Blog pemimpin juga semakin lama semakin jatuh. Blog Anwaribrahim juga merosot..Dari tangga ke 562 Alexa, sekarang jatuh ke tangga 646.

Dua minggu lepas, aku tulis tentang blog Idhamlim. "Dengan trend penurunan sebanyak 10% sebulan, tidak mustahil…diakhir tahun ini, blog Cina Islam akan terus turun dan dipintas oleh Penarik Beca, kecuali sesuatu pembaharuan dibuat..ataupun Perak bergolak kembali."

Belum cukup tahun, blog Idhamlim menjunam dengan begitu teruk. Bukan setakat dipintas oleh Penarik Beca malah sudah dipintas oleh beberapa blog lain. Dari tangga ke 745, Idhamlim kini berada di tangga ke 1,302 Alexa , dibelakang Perakex.

Begitu juga dengan blog Tok Guru yang jatuh dari tangga ke 1922 ke tangga 5578 Alexa. Blog Nasrudin Tantawi juga jatuh dari tangga ke 8246 ketangga 13,075.


- dari Perakex Top Blogs

* - kah kah kah..padan muko aku..padan la sebulan lebih dok bertapa cari ilham tak mai mai...kena boh lagu man bai "kau ilhamku " lah camni...kah kah kah...

12.12.09

Demam Tak Kebahhh...

Salam seantero dunia...

Heeeeeeeeeee.... lama sunggoh la aku tak up-date blog ni... dah macam-macam la pulak kata-kata pujangga dari kengkawan yang mana 'dan' aku dengaq, ada yang kata aku dah merajuk tahap tenggiling serupa cam adun beban port klang... pasai last artikel awai bulan sudah, pasai si badigol tu laaa aku masukkan...kah kah kah... rezeki ko laa...aku tibaii...

Yang betoinya aku yang bleh lama slop ni akibat selepas aja artikel awai bulan November tu, desktop yang sekian lamanya dok berkhidmat untuk negara ni 'down'... di serang penyakit sindrom 'bawah' ... kah kah kah... internet streamyx ok..walaupun kekadang delay sat pembayaran bill-nya...kekekekekeke...kira ok berbanding al-berok-bend yang bila dah 'due' dok buat bangang, terus dia kasi pandai...kah kah kah...pi tanya depa kata 'barred' sat... keno la pi bayaq... blogger zul onenie berapa kali dah kena camtu...punya la dok tanya, pasai pa tak bleh akses internet...naik error lah, apa serba mak nenek lah...ropanya bill berok-bend tu yg tertunggak sket...bayor, settle de kes...hehehehehe...

Akibat dari ketiadaan desktop untuk 'pengup-detan' blog dan sebagainya, netbook Dell Mini pun menerima nasib yang serupa, masok work-shop Dell di Kangar Perlis... adik aku tolong pi repair dengan Dell Team Aloq Setaq laarr.... Sekali kepala kepala depa putaq... kah kah kah...lepas 1 part kena tukaq, berjangkit la pulak p part lain..yg memula hard-disk a.k.a cakera-keras dia...lepas tu mai wireless adapter lak 'kong'..hampehhh..mujoq masih dalam warranty beb...kalo dak, kopakkkkk... yang si desktop lak setelah di kuarantin dan di pomen oleh adik aku, punca segalanya didapati 'processor' pentium D yang dah terbakaq laaa... uishhh..dashat punya kes tu... ni kalo tak silap aku beli dulu ni dalam 2 taun sudah dari kak pupu aku di key eel... agak agak la lepas setaun dari 1 taun abeh jaminan...hehehehe..

Selepas la sumber sumber kemudahan asas dah takdak, kekadang tu ada la terpinjam sat laptop a.k.a notebook Unit Ehsan kot2 la nak ushar apa patot, masa tu takdak ilham wal idea la pulakkk....arrrggghhhhhhh....tension, hehehe...lepas aja raya Qurban baru ni, semua kembali seperti sediakala... tapi, ada dugaan dan cobaan la plak...hehehehe... bermula dengan ke'downan' blogger kerani-opis akibat demam denggi di spital balik pulau dan dituruti pulak oleh blogger zulmamak kasi pecah yang di jangkiti demam pasang-surut (sat panas, sat dia sejuk..) nak dekat seminggu jugak...tapi dia tak masok spital laa, cuma dok tukaq klinik ado laa.. aku pun ter'down' sama dilanda demam ketiba-tibaan...heeeeeee..lama sangat dah aku tak demam ni hah...ada la setaun dua tak kena....memang patot la kot...demam panas kaw dari dalam beb...haba panas berkuap tak mau keluaq beb...uisshhhhh.....walaweehhhh....

Malam semalam, (jumaat malam sabtu) kira dah abeh kebah kali ke berapa pun aku tak tau dah aihh...pasai selama 2-3 ari dok demam tu, sat sat dia rasa nak kebah...lega jaa..lepas tu mai balik rasa panas badan...kena la selubong selimut dan sweater...heeeeee..lepas minum ayaq masak dan ayaq 'tambah seratus' (100 Plus laa..) dia mai berpeluh, cam kebah..tapi mungkin tak keluaq abehh panas tu...ishhh..apo domam pun eden tak tao.... demam chingkukuya ka..altantoya ka...demam denggi ka..batu peringghi ka..entah laa... dalam tempoh ke'demamam' aku tu dah abeh 2 botoi besaq 100 Plus laaa... Isk, dah berkajang pak malau ropanya aku dok merapu meraban, maap la semuo, sebulan lebih aku tak up-date....kekekeke..kira cam kaver-up laaa... kah kah kah...

Ok lah... Adiosss Santosss.... UmmaaLeeyyy....



3.11.09

Mari Mengenali Siapa ADUN Bebas Pelabuhan Kelang... ~ malaysiakini

Apa Yang Harus Dikatakan Lagi?

Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.

Original Post: http://mt.m2day.org/2008/content/view/28192/84/

dan juga pautan [disini] untuk siri pengenalan siapa dia ADUN Bebas ini...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails