Sent to you by ApSeRe via Google Reader:
via IkutSukaAku by Isa on 2/5/09
Setiap kejadian ada hikmahnya, jika dilihat dari sudut permainan BN sememangnya nampak kotor dan keji dari pandangan kita semua dan betapa terdesaknya mereka untuk merampas Kerajaan Negeri Perak. Dari sudut taktik peperangan ianya satu strategi yang berjaya walau dengan apa cara sekalipun demi mencapai matlamat.
Bagaimana pula dengan permainan PR selama ini, adakah bersih dan bermoral seperti yang kita kehendaki, di akui dan tanpa ragu Isa mengatakan bahawa perlu ada perubahan dalam sistem pentadbiran Negeri dan Negara bagi menghapuskan kerakusan Kerajaan BN selama ini. Segalanya kerana dan demi RAKYAT.
Jika di teliti, apabila ada diantara kalangan BN yang melompat ke PR, semuanya kata bagus dan disanjung di puji, apabila ada kalangan PR melompat ke BN maka ianya akan di kutuk kow-kow punya…., apakah itu bermoral. Walaupun 2 orang Adun PR itu memang bermasalah lagi dari awal hingga menganggap rasuah seks sebagai sedekah adalah melampaui batas kemanusian dan ugama.
Mereka sebagai manusia biasa bertaraf Yang Berhormat mengaku beragama Islam tetapi jahil dalam mengamalkan hukum ugama Islam berada dalam keadaan terdesak dengan kes rasuah yang akan dibicarakan pada 10 Februari 2009, terpaksa mencari jalan keluar dan melepaskan diri, sebab itu mereka berpaling tadah
Berkaitan dengan Timbalan Speaker dari DAP yang kononnya berkecil hati kerana tidak menikmati kereta Camry adalah suatu alasan yang bodoh, sebaliknya harus dikaji mesti ada sesuatu yang membuatkan beliau tidak berpuashati dan berpaling tadah.(Sumber dalaman umno mengatakan mereka bertiga mendapat seorang RM5 juta, salah satu strategi peperangan, jika anda bagaimana? Adakah kelabu mata?)
Berhubung dengan kemasukan Adun Bota ke PR pula ianya membuka mata kita semua hingga disanjung di puji melangit akhirnya beliau menikam dari belakang, ini memperlihatkan sikap bertapa gelojohnya Anwar Ibrahim dan PR hingga diperdayakan oleh lakonan hero BN itu.
Istana Perak pula telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menyelesaikan isu ini, sudah tentu Baginda Sultan telah menggunakan segala kebijaksanaan beliau, apatah lagi selama ini hubungan antara Kerajaan Negeri (PR) dengan Istana tidak berapa baik. Ini harus dikaji dan diperhalusi mengapa Sultan bertindak demikian, bukannya di caci dan di hina.
Segala apa yang berlaku kini ada hikmahnya untuk Pakatan Rakyat supaya bermuhasabah diri dengan sikap dan perangai para Exco dan Adunnya yang bersikap gelojoh dan tamak selama memegang tampok kuasa dalam 11 bulan ini. Supaya perjuangan perubahan yang dilaungkan sebelum ini menjadi pegangan, bukannya retorik setelah berkuasa. Ramai diantara pendokong Pakatan Rakyat yang tahu akan sikap Exco dan Adun PR selama ini, tidak terkecuali dari Parti PAS juga, Maklumlah sudah sifat manusia yang penuh kelemahan, sebelum berkuasa berdegar-degar melaungkan kebenaran, apabila berkuasa mata mereka yang merah dulu.
Isa: Sedih dengan apa yang terjadi di Perak, kadang-kadang faham… kadang-kadang blur juga dengan sikap ahli politik yang bikin haru biru jadinya… ha...ha..ha..
Things you can do from here:
- Subscribe to IkutSukaAku using Google Reader
- Get started using Google Reader to easily keep up with all your favorite sites
3 ulasan:
salam hijat,
Ingat tak cerita Troy...apabila kubu lawan tak dapat ditembusi dan askar2 dan lesu,mereka membuat sebuah patung besar kuda,yang didalamnya diisi beberapa askar,kuda kayu itu ditinggalkan diluar kubu,...askar2 didalam kubu gembira kerana mendapat kuda,kuda tersebut,diheretnya masuk kekubu...pada malam hari, askar yang didalam keluar dan mendapati askar2 sedang leka,mereka membuka pintu kubu,dan musuh menyerebu masuk......tertumbanglah kerajaan dek kerana "kuda kayu"...eeeeemmm!
sapa kuda kayu tu??najib??pembelot? bg aku depa ni keldai akar,bukan kuda kayu!!
Salam Bro,
Aku sebenornya bukanlah penyokong mana2 parti a.k.a pengundi muda atas pagar.Disini aku nak berkongsi pendapat bersama bro2 sekalian.
Antara komen2 aku tentang politik Perak sekarang ada terlalu banyak hikmah yang perlu kita renung dan fikirkan:-
1. Kuasa Sultan
Bagi aku Sultan ni adalah manusia biasa saja seperti umat manusia yg lain. Tidak terlepas dr kesilapan.Tetapi...btul juga cakap bro...Sultan2 ini adalah lambang,payung atau simbol Perpaduan khasnya untuk survival Melayu dan pelbagai bangsa amnya di Malaysia ni.
Persoalannya disini adalah adakah Sultan ni bersikap adil utk rakyatnya dalam membuat keputusan?Bagaimana Tuanku menunjukkan keadilan kepada rakyatnya?Adakah Tuanku meminta padangan rakyatnya utk dia bersikap adil?Apa buktinya anaknya tidak ada sebarang kepentingan perniagaan dengan segolongan dr Parti Pemerintah?
Dalam situasi di Perak sekarang aku lihat Kuasa Sultan di buat dengan tergesa2 tanpa mendengar,melihat dan memahami hasrat dan harapan rakyat dibwah payungnya.Malah kelihatan seolah2 dia berat sebelah/tidak adil/zalim dlm membuat keputusan yang ternyata dengan tindakan olehnya dapat merosakkan institusi Raja itu sendiri.Aku kecewa dan sedih sekali.
- Hikmahnya disini, dengan tindakan DS Nizar yg sembah derhaka harap dapat membuka mata sekalian kerabat Raja2 diseluruh negeri bahawa Sultan adil Sultan disembah,Sultan Zalim Sultan Disanggah oleh Rakyatnya sendiri.Kuasa Allah Yang Maha Agung.
2. Kuasa BN
parti BN yg ditunjangi oleh UMNO adalah parti pemerintah Pusat.Mereka mempunyai Kuasa,Pangkat,Harta dan Nama.
Persoalannya disini adakah Kerajaan pemerintah ini betul2 jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat yg melantik mereka?Bagaimana mereka menunjukkan kejujuran mereka?Apa buktinya?Bagaimana dengan pelbagai skandal yg tidak dibersihkan oleh undang2?
- Hikmahnya disini adalah Kuasa Rakyat mengatasi segalanya.Bagaimana rakyat melantik mereka begitu juga rakyat dapat memijak dan membaling selipar jamban kemuka mereka.Golongan2 ini sentiasa memikirkan kepentingan diri sendiri dr kepentingan rakyat.Percayalah cakap aku bro...
3. Kuasa PR
PR adalah pakatan dr pelbagai parti pembangkang yg mempunyai ideologi berbeza tetapi terhasil atas titik persamaan cabang yang boleh diperjuangkan bersama.
Persoalannya disini, Bagaimana plot krisis ini berlaku?Adakah mereka ini tidak berhak bertahan?Adakah majoriti rakyat yg menghukum mereka?
Sebagai sebuah kerajaan yg berkuasa di suatu negeri sahaja sudah tentu pelbagai sekatan dibuat,dinafikan oleh Parti pemerintah.Mereka2 ini sentiasa berusaha untuk menjadi kerajaan yg amanah,jujur,ikhlas dlm memperjuangkan rakyat mereka.Haruskah mereka dihukum sedemikian rupa?
- Hikmahnya adalah utk memberi mesej kepada Sultan dan Parti Pemerintah bahawa mereka ini akan terus bertahan untuk rakyat hingga cahaya kebenaran bersinar melampaui Kuasa Sultan dan Parti Pemerintah.
- Hikmah dr Kuasa PR ini juga aku dpat lihat bahawa pegangan dan istiqamahnya Adun2 dr PAS dalam mempertahan maruah diri dr mudah disogok atau dibeli.Aku percaya hingga mati pun mereka ini akan pertahankan.Ini adalah kerana pegangan mereka yg kuat dlm agama Islam yg sentiasa menekankan konsep amanah, pahala dan dosa.Contoh jelas diKerajaan kelantan pada 2004 hanya majoriti 1 undi kerusi.Bagaimana dengan PKR dan DAP?...sudah ade rekod.
4. Kuasa Rakyat
dengan kembalinya kepada Kuasa Rakyat lah krisis di Perak ini dapat selesai.Sultan mesti bubarkan DUN.Dengan bubarkan DUN, rakyat bebas pilih semula kerajaan yg mereka mahu.Dengan bubarkan DUN, nama baik Istana tidak tercemar.
- Hikmahnya disini, jangan sesiapapun, malah SUltan sekali pun memperbodohkan rakyatnya.Dalam Islam setiap amanah yang diberikan mesti dipertahankan hingga nyawa bercerai dr badan...Ini kerajaan woii..bukannya kedai yg senang lenang nk tukar.
Bro, secara peribadi aku amat respect dengan org2 PAS ni dengan kejujuran mereka...hingga UMNO nk beli pun tak makan. Oleh itu...klau nk tengok kerusi Melayu banyak di Perak...sokonglah PAS...
Nak Harapkan POLIS...UMNO PUNYA, Harapkan SPRM...UMNO PUNYA, Harapkan HAKIM...UMNO PUNYA, Harapkan SULTAN...MACAM TU PULAK....,Sekarang ni Hanya DUIT yang boleh HARAP...HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Catat Ulasan