Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

6.2.09

Rampasan Kuasa BN Ke Atas PR Perak..!!! ~ malaysiakini


Tahniah Dr Zamry, MB 'Tak Sah' Perak. Banyak cabarannya. Bukan mudah.

Pertama, Dr. Zamry kena akur bahawa kerajaan beliau adalah kerajaan yang rapuh. Majoriti yang sangat nipis. Kalau 2 Adun melompat maka tumbanglah MB Perak yang ke 11 ni. Kerajaan boneka Nizar hanya sempat bertahan selama 11 bulan. Kerajaan Dr Zamry boleh bertahan berapa lama? Sebulan ? Setahun? Dua tahun? Atau sampai PRU 13 nanti?

Kedua, Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri. Mereka akan cari kesalahan kerajaan Dr Zamry walau sebesar zarah. Mereka akan mengerakkan massa mereka untuk pastikan kerajaan ini juga tak kekal lama. Demostrasi jalanan akan hidup di Ipoh. Balai Polis dan SPRM Perak akan sesak dengan pelbagai lapuran Polis mengenai salah guna kuasa.

Ketiga, Politik UMNO Perak tak pernah aman. Banyak bahagian, banyak kumpulan, banyak klik. Politik UMNO Perak memang sentiasa panas. Cabaran Dr Zamry adalah dari luar parti dan dalam parti.

Keempat, Dr Zamry adalah pemimpin 'Gen X' zaman millinium ini. Generasi ini ada problem dengan pengalaman. MB lain semuanya adalah generasi 'The baby boom'. Kelebihan 'the baby boom' adalah kerana mereka berpengalaman. Namun mereka ni buta komputer, medium terpenting abad ini.

Kelima, semua orang tumpu kepada Dr Zamry, seperti mana mata orang bertumpu kepada Dr Khir Toyo bila beliau ganti Abu Hassan. Cara kentut Dr Zamry pun di perhati orang. Bolehkah Dr Zamry aggresif macam Khir Toyo? Namun aggresif yang keterlaluan juga boleh makan diri, macam hadiah penyapu !

Keenam, Adun pembangkang Perak ni sekarang DAP, PAS dan PKR bukan calang-calang. Ngaa dan Ngeh adalah mastermind kerajaan Nizar. Mereka ada 'standing' yang tersendiri. Ramai kalangan mereka adalah bekas Exco walaupun hanya sempat bertahan kurang setahun. Mereka sudah tahu selok belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka mampu membuat 'check and balance' yang ketat.
--
p/s - tak lama mana la KERAjaan rampasan ni memerintah..tengok lahhh...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KERAjaan atau keRAJAan???

Tanpa Nama berkata...

jebat mohon dehaka.....bangga pun ada bila memanda menteri rupa macam mamak,kat penang pun ada sultan,tp kesian tengok sultan ni dahlah tua terbongkok2 bila buat kerja nak sara hidup keluarga,kalau tk percaya p kt swato lane,cari gerai SULTAN mee goreng MAMAK,jom layan mee goreng sotong!!!baik punye!!!lepas ni b.n tumbang diperak aku nk jemput mamak menteri perak join venture dgn SULTAN mee goreng MAMAK buka branch di Pulau Pangkor!!!hahahahaha!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

DARI ANAK JATI PERAK..

FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...

SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.
OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR
DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..

SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.
YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.
OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..
BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK
PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,
YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.

YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..
JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH
BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...
UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...

SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??
TAK ADA LANGSUNG..

SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.
DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG)
DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA
8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.

SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...6 MINIT PERJALANAN JE..
PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..
DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN..

OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTI
JANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.

OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..
SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...
SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..

SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYA
MELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..
SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...
PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...

SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..

PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...
DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...

KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...
DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...
WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..

DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..
MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..
DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..
DIMANAKAH MEREKA?

SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR
SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG
TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA,
ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..
DAN ORANG-ORANG YANG DATANG DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.

OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.
PIKIRKANLAH DAHULU...

Tanpa Nama berkata...

salam, Sayang untuk anak jati.

Kasihan dia,begitu bercelaru fikirannya,macam orang hilang yang tersayang....
Pergi protes dan lepas tu rasa berdosa pula,macam mana kalau jadi tentera..lepas berperang tiba2 ...ingat yang diperang tu sebangsa seagama...pukul,lempar...semuanya sebangsa seagama...camna ni....saya lihat ,saya rasa!!!!!

Related Posts with Thumbnails