Petang ini (18 Februari 2009) semua syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar berikutan beratus ribu sms beredar di udara berhubung krisis kuasa di Perak. Antara perkembangan yang dimaklum, ditanya dan diulas ialah:
1. MB Barisan Nasional Perak, Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan 6 Exco BN digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, YB Sivakumar (DAP - Tronoh). Ketika posting ini ditulis, berita TV9 turut melaporkan perkembangan ini.
2. ADUN Bota, YB Dato' Nasarudin Hashim akan meletak jawatan sebagai ADUN kerana tekanan daripada keluarga dan pengundi DUN Bota.
3. ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN, YB Hee Yit Foong kini berada di Hong Kong dan sedang menguruskan perletakan jawatannya sebagai ADUN. Langkah itu diambil kerana desakan yang 'dahsyat' oleh pelbagai pihak termasuk keluarga terdekatnya. Ibu YB Hee dikatakan tidak boleh pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian kerana akan dicerca oleh semua yang mengenalinya.
4. ADUN Kubu Gajah, Dato' Raja Ahmad Zainudin tidak akan menyokong BN jika berlaku sebarang pengundian dalam sidang DUN kerana tidak berpuas hati dengan kabinet negeri yang dibentuk oleh Dr. Zambry.

5. ADUN Behrang dan Changkat Jering, YB Jamaludin Mohd Radzi dan YB Kapten Osman Jailu tidak akan menghadiri sidang DUN kerana tidak sanggup berhadapan dengan bekas rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.
6. Kekuatan undi BN di sidang DUN Perak yang terkini hanya tinggal 20 undi sahaja setelah ditolak MB Zambry, 6 Exco pilihannya dan 4 ADUN lompat. Jumlah itu menjadikan kewujudan kerajaan BN pimpinan Zambry sebagai mustahil dapat diteruskan.
7. Rombongan BN Perak mengadap DYTM Raja Muda memohon perkenan untuk membubarkan DUN dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak.
8. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Menjerit Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang dikatakan terlibat langsung dengan penulisan skrip filem rampasan kuasa baru-baru ini kerap dilihat membeli Panadol Acti Fast dan Panadol Soluble.
Semua perkembangan yang rancak berlegar di mulut rakyat negeri Perak ini belum dapat disahkan kecuali penggantungan Zambry dan Exco BN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN petang tadi. Panel peguam UMNO diberitakan akan berbincang malam ini bagi mengenalpasti ruang yang ada untuk mencabar keputusan penggantungan itu di mahkamah.
Sementara itu sebahagian pemimpin UMNO negeri dan pusat mengesyorkan supaya Zambry memohon perkenan pembubaran DUN atau DYMM Tuanku Sultan memperkenankan permohonan asal oleh YAB Dato' Seri Nizar. Syor ini dikemukakan berikutan UMNO seakan tiada jalan keluar untuk menyelamatkan kerajaan 'misteri' yang ditubuhkan pada 6 Februari lalu.
Jika pembubaran DUN berlaku dalam masa terdekat maka Dato' Dr. Zambry bin Abdul Kadir akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar yang paling pendek tempoh perkhidmatannya di Perak. Tahniah!
dari blog cyberboron
4 ulasan:
Singamaraja mungkin akan jadi calon B.Gantang he he he
Itulah jangan ingat rakyat itu pak turut macam zaman dahulu kala.Sekarang ini kebanyakkannya berpelajaran dan tahu bezakan di antara baik dan buruk.Bubarkan DUN dan kami akan tunjukkan kuasa rakyat.Media-media pro-K tu baik tutup kedai.
salam semua,
Allah jadikan manusia tu sama saja,apa yang dinilai oleh Allah amat jauh bezanya dari penilaian insan, di Malaysia kita sedang bergerak kearah mencari nilai"Insanulkamil"
Kita dibawah aras!!!!kerana kita membezakan antara sesama kita dengan pengukur yang silap...!!!
Halo,
Saya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.
Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com
Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:
* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah
Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com
DATA PEMOHON
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)
Catat Ulasan