TINDAKAN Adun Bukit Selambau, V Arumugam mengosongkan kerusi DUN berkenaan satu tindakan yang berat untuk dilakukannya. Pasti ugutan yang diterimanya sudah tidak tertahan menyebabkan beliau tidak ada pilihan lain, melainkan berbuat keputusan yang menyeksakan itu.
Pakatan Rakyat Kedah seharusnya berterima kasih atas pengorbanan V Arumugam itu. Walaupun ianya mungkin berpuca daripada kesilapan dilakukan V Arumugam sendiri yang mendedahkan dirinya kepada timbul masalah yang mengheret beliau mengambil tindakan itu, namun langkah itu patut dipuji.
Setidak-tidak V Arumugam tidak tergamak melemparkan tahi kepada orang yang memberinya peluang menduduki jawatan Exco atau mengkhinati rakyat yang menyokognnya dalam pilihan raya umum lalu. Arumugam bukan saja berjiwa besar tetapi seorang yang jujur!
Seperti mana dakwa Arumugam beliau pernah ditawarkan wang RM5 juta supaya meninggalkan PKR dan menyertai BN. Namun beliau tidak teruja dan terpesona dengan tawaran itu. Wang ternyata tidak bisa menggugah dan merubah sokongan dan keyakinannya kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau tidak mahu menjadikan cacian dan cumuhan rakyat sebagai legasi kerjaya politiknya.
Sikap yang diambil Arumugam itu satu langkah terpuji. Begitulah yang patut ada kepada diri setiap pemimpin, waima apa juga bentuk kepimpinan mereka. Apa lagi politik benar-benar memerlukan orang yang berjiwa besar dan tidak bermata keranjang yang mudah terbeliak biji mata apabila melihat wang dan tawaran kebendaaan lain serta seks.
Arumugam rela kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat dan Exco demi kesejahteraan parti dan juga kerajaan yang didokongnya. Seandainya beliau tidak mementingkan perjuangan pasti beliau akan kelabu mata dan bersedia menerima huluran wang RM 5 juta. Dalam keadaan hari ini RM 5 juta mungkin boleh membesarkan kerak nasi keluarga.
Hendakanya PKR atau Pakatan Rakyat tidak mengenepikan Arumugam dan membantunya sebagai imbuhan atas sikap gentlemannya mengosongkan kerusi berkenaan daripada bertindak mengkhianatkan kerajaan Pakatan. Pengorbanan besar Arumugam itu patut dihargai walaupun beliau sendiri tidak akan menuntutnya.
Apabila saya mengenangkan nasib dan kisah Arumugam ini saya teringat kepada apa yang berlaku di Kelantan sekitar tahun 2006 dulu. Hal yang hampir sama juga pernah berlaku dan menimpa seorang Adun Pas kawasan Kemuning, Machang, Zakaria Yaacob atau cikgu Ya yang pernah ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan Pas.
Tetapi kerana sayangnya Zakaria kepada Pas beliau tidak menerima wang itu. Zakaria lebih menyanyangi perjuangan dan menjaga selamatan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menjaga kepentingan dirinya.
Saya masih ingat kata-kata Zakaria yang dinukilkan dalam laporan muka depan akhbar Siasah keluaran Mac 2006; "Saya tidak akan menukar perjuangan saya. Prinsip saya dan maruah saya. Tidak akan saya gadai dengan wang ringgit. Saya dibesarkan dalam perjuangan Islam, di universitidulu pun saya terlibat dengan gerakan Islam, jadi tidak mudah untuk memperdayakan saya,"

Itulah sebaris kata-kata yang menjadi azimat dan benteng menyelamatkan akidah perjuangan Zakaria. Sudah pasti kalau beliau tidak memiliki kekuatan dan keyakinan itu Zakaria juga akan jadi kabur mata dan menerima rasuah sebanyak RM5 juta. Wang sejumlah itu boleh menghidupkan Zakaria dan seluruh keluarganya untuk bertahun-tahun.
Betapa kalau beliau bersedia mengkhianti parti, dengan menerima wang sebanyak itu, lari untuk menyertai Umno kerajaan Pas pimpinan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz ketika itu juga turut tumbang bagaimana berlaku di Perak kini. Kelantan juga akan jadi huru hara.
Apa yang berlaku itu patut dijadikan iktibar khasnya kepada wakil rakyat dan ahli parlimen semuanya. Walaupun kedua watak itu, V Arumugam dan Zakaria Yaacob bukan personaliti tersohor namun jelas mereka memilih sekeping hati yang ketal dengan keimanan dan mempunyai keyakinan dan prinsip diri yang utuh. Pengorbanan dan jasa mereka akan dikenang selama-lamanya.
Mungkin tidak salah kalau baik PKR atau Pas memberi satu anugerah khas kepada mana-mana ahli atau pun penyokong mereka yang memberi jasa besar kepada parti. Anugerah itu bukan apa hanya untuk menandakan bahawa parti itu tetap mengenang kepada mereka yang berjuang dan menjaga nama baik parti. [wm.kl 7:00 pm 10/02/09]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan