Nasib baik lah jadi 'wau bulan' saja..kalau jadi 'gerombolan' hampehh !!
Sekarang juga bukan musim pilihan raya, dan Umno seboleh-bolehnya tidak mahukan pilihan raya. Ratusan juta sudah dihabiskan ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tetapi masih gagal mendapatkan hasil.
Pilihan raya kecil yang berlaku sekarang juga ada sebabnya. Untuk menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Polis akan digunakan lagi macam apa yang berlaku di Kuala Terengganu, yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Bukan untuk menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya menyusahkan orang ramai. Bayangkan apabila begitu banyak sekatan jalanraya diadakan, begitu ramai SB (Spesial Branch, Sipot Babi..) yang berkeliaran….semuanya menyusahkan rakyat. ..sedangkan penjenayah masih ramai yang berkeliaran, ramai yang hilang, dan ramai yang kecurian.
Suasana pada jam 3 petang di sebatang jalan di Bukit Gantang kelmarin. Hujan masih turun, biarpun tidak lebat seperti seawalnya tadi. Saat yang sangat ditunggu.
Bila hujan turun, katak-katak bersorak kegirangan. Begitu juga apabila pilihan raya kecil Bukit Gantang akan diadakan, maka katak-katak juga melompat kegirangan. Tapi di Bukit Gantang…katak-katak melompat kegirangan bukan kerana suka main air, tapi membuka peluang mencari wang segera. Tak perlu pinjam along atau ceti…cuma perlu melompat menyertai Umno…dah tentu ada ganjaran.
Dalam waktu terdekat ini, akan ada orang-orang yang akan melompat menyertai Umno. Sama ada yang sudah menyertai Umno, atau yang belum….yang pasti, mesti ada orang-orang Pas atau PKR yang akan mengisytiharkan diri menyertai Umno…untuk mendapat sekupang dua.
Tengahari tadi, banner-banner yang menyokong Osman Jailu sudah banyak yang direntang. Seolah-olah kemasukan Osman kedalam Umno mendapat sokongan terbanyak. Tapi sayang…nak gantung banner pun terpaksa dibuat waktu tengah malam…takut orang nampak. Tok sah kata penyokong, Osman sendiri takut nak tunjuk muka…apa tah lagi balik kawasan.
Heran jugak…bila ada yang melompat ke dalam Pakatan Rakyat…mereka disambut dengan meriah. tapi kalau melompat ke dalam Umno…cuma nampak disidang media. Lepas tu hilang.
jalan 'tat' (orang kampung sebut..) baru weeiii...yahoo! bestnyaaa...
Dua tiga hari lagi…ada 100 orang ahli PKR akan menyertai Umno. mereka ini terdiri dari anak beranak dan mereka yang mendapat jawatan melalui Osman Jailu. Adik Osman, Pegawai Khas, pembantu…dan ramai lagi anak beranak Osman.
Umno akan menggunakan isu kemasukan anak beranak dan saudara mara Osman ini sepenuhnya…dengan mengatakan bahawa PKR sudah tidak lagi boleh dipercayai.
Mintak-mintak…selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno…mereka tak hilang pulak. Bukan senang bagi mereka nak jumpa jiran-jiran dan rakan-rakan…sebab semuanya sudah menyampah denga Osman dan Umno. Duit punya pasal…orang sanggup menggadai kemaluan. Oooppps!…kehormatan...- sumber dari Perak Express & Ummi Hanni.
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
3 ulasan:
Salam ziarah dari Pak Karamu
salam Pak Karamu...
terima kasih kerna sudi singgah ziarah ke blog saya...
Wahai, rakan-rakan bukit gantang sila siberkan durian runtuh durian runtuh yang lain-lain kpd masyarakat dan ingatlah ini kerja org-org Bend yg pandai berpura-pura kpd rakyat,ketika mendesak utk menang undi lepas tu ,penuhkan temolok dan kocek sendiri.Tak igt nak mati esok/lusa makan duit rakyat.
Catat Ulasan