Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara 'keras kin'. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; "Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO."

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, 'kata dulang paku sepih'. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun," kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun."
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

8 ulasan:
patutla Tajol Rosli langsung DIAM dari berkata2 dgn memberi Komen supaya MB Nizar LETAK JAWATAN...pak dia dulu pun tak mao LETAK JAWATAN ruponyaa...
cerita2 sebegini lah yg kita mau. teman yg berusia 30an memang tidak akan tahu kalau tidak terbaca dimana2 buku.
kalau dulu susah kita nak tahu2 citer2 begini. tp dgn internet dgn blog informasi tidak boleh ditutup.
tahniah
kah kah kah..terbongkaulah RAHSIA Tajoi Rosli akhirnyeeee....
jangan lah nak cuba sama kan kisah tu dengan kisah nizar. dan aku rasa kau cuba nak tuduh seolah-olah orang-orang umno yang jahat dan kau cuba nak cari alasan untuk membenarkan apa yang telah dilakukan oleh nizar dan hendak mengatakan yang nizar tak salah dan tidak derhaka. kalau nizar ni benar dan berpegang pada islam yang menjadi asas perjuangan pas kononnya iaitu parti nizar, dia sepatutnya mentaati perintah sultan, letak jawatan, serahkan semua barang milik kerajaan negeri yang dimiliki dan redha terhadap ketentuan Allah SWT. tapi dia pilih jalan orang-orang tak beriman iaitu lawan dengan sultan, cuba nak saman sultan, tidak pulangkan barang milik kerajaan negeri, menjadi dalang dalam demostrasi jalanan dan banyak lagi. jangan cuba nak tukar isu atau belit kan isu yang selalu digunakan oleh anwar ibrahim. macam ambik alih kerajaan pada 16 september, di mana anwar nak ambil alih kerajaan dengan cara lompat parti, masa tu anwar kata kaedah lompat parti ni amalan umno tapi isunya kenapa dia nak gunakan amalan umno tu??? kenapa tak nak ikut amalan lain yang lain dari umno? cuba lah belajar mengaku salah diri jangan kaitkan orang lain. umno tak salah pun, 3 adun tu tak lompat pun mereka cuma keluar dari parti masing-masing sebab tak puas hati terhadap layan yang mereka terima dari rakan-rakan mereka sendiri dan menyokong BN. kalau aku jadi mereka pun aku akan keluar parti. pasal adun bota tu, masa dilompat masuk pkr, nizar dan anwar kata dia perjuangkan rakyat tapi peliknya bila dia orang yang sama lompat balik ke umno mereka cakap lain pulak. nizar kata dia dipilih oleh rakyat, habis tu adun-adun umno perak dipilih oleh siapa, bapak kau ker???? semua adun dipilih oleh rakyat tapi menteri besar yang dipilih oleh sultan. dulu sultan yang pilih dia jadi MB, sultan tak pilih adun pkr atau dap bukannya rakyat pilih dia jadi MB. sultan pilih sebab gabungan pkr, pas dan dap telah bentuk suatu pakatan majoriti. sultan pilih zamri jadi MB baru pun berdasarkan benda yang sama.
Ohh begitu ceriternyer...saya idak penah mengaborkan Nizar derhaka kepada Sultan..asalnyer Nizar memohon derhaka saja kan.
Sejarah jangan dibuat main-main,ianya punyai sakti tersendiri...hua hua hua..Tajol Rosli..dia masih di Ipoh ker dah balik kampung?
Tanpa Nama 18:23,
Kamu ni mamang bodoh. Tak sekolah kot. Atau skolah sama macam Azlan, lulus diplomasi. Setiap keputusan yang dibaut mesti mempunyai rujukan bodoh... Sejarah salah satu rujukan bodoh lagi... Sembah derhaka tu ayat istana bodoh bodoh bodoh... Bangan punya melaun.
Tidak relevan. Event berbeza, situasi berbeza, latar berbeza.
TS Ghazali Jawi adalah calon MB yang layak kerana 1) mendapat sokongan majoriti ahli dewan 2) memenuhi syarat menjadi MB mengikut perlembagaan/UUTNPk. Sultan (Almarhum) TELAH perkenan perlantikan TS Ghazali (Allahyarham) dengan syarat hanya untuk 2 tahun, kemudian disambung. Walaupun nampak seperti menipu Sultan, tetapi sebenarnya adalah satu cara diplomasi yang digunakan ketika itu untuk mendorong Sultan memperkenankan perlantikan MB yang secara peribadi tidak disukai (favour) Sultan. Ketika itu (kerana lazimnya sifat orang Melayu mudah memaafkan) pemimpin-pemimpin UMNO berharap bahawa selepas 2 tahun yang dijanjikan itu, semua perselisihan di antara TS Ghazali dengan Sultan dapat dipulihkan dan Sultan boleh menerima (accept) TS Ghazali sebagai MBnya serta mengampunkan TS Ghazali.
(Selalu kita dengar cerita seorang anak "dibuang" ibu bapa kerana anak itu memilih pasangan hidup bukan pilihan ibu bapa. Tetapi setelah 2 tahun anak tadi pulang bawa menantu dan cucu, ibu bapa sedia memaafkan, kerana melihat anaknya kini telah bahagia berumahtangga).
Tetapi Almarhum Sultan Idris Shah telah berpegang pada janji dan menuntut TS Ghazali turun dari jawatan MB sebaik genap 2 tahun yang dijanjikan. TS Ghazali TIDAK kehilangan majoriti seperti Nizar hari ini dan mengikut perlembagaan/UUTNPk Sultan TIDAK boleh memecat MB kerana DUN belum dibubarkan. TS Ghazali memang dianggap derhaka kerana tidak patuh titah Sultan - tetapi hanya dari sudut moral BUKAN dari sudut perlembagaan. Sebab itu TS Ghazali terus kekal sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan berikutnya. Almarhum Sultan Idris sebenarnya jelas telah melanggar perlembagaan kerana tidak perkenankan semua keputusan mesyuarat sepanjang baki 2 tahun TS Ghazali memegang jawatan MB, tetapi UMNO/BN tidak sampai hingga hendak menyaman Sultan. Ini kerana perasaan hormat kepada Raja.
Berbeza dengan situasi hari ini Nizar telah kehilangan majoriti DUN dan partinya (DAP+PAS+PKR) tidak lagi layak menduduki MMK (EXCO). Jika Sultan tidak menitahkan beliau letak jawatan sekalipun sudah tentu beliau tidak boleh menjadi MB kerana beliau tiada di dalam EXCO.
Beliau tidak boleh membubarkan DUN pada 4 Februari 2009 tanpa perkenan Sultan kerana beliau telah gugur jawatan pada 3 Februari 2009. Itu sebab saya kata keputusan untuk memperkenan DUN dibubar atau tidak adalah terletak pada budibicara Sultan dan apa-apa keputusan tidak boleh dipertikaikan. (Ironinya Nizar berjanji akur keputusan Sultan). Sultan berhak menggantung DUN jika baginda mahu, tetapi baginda mendapat keyakinan bahawa BN telah mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, setelah melakukannya dengan teliti iaitu memanggil mengadap semua ADUN BN dan ADUN yang menyokong BN untuk mendapatkan kepastian. Sebab itulah Sultan memutuskan DUN tidak perlu dibubar.
Andaikata di peringkat Pusat, Anwar Ibrahim berjaya dalam usaha mendorong 40 MP BN melompat parti, bagaimana pendapat anda kalau Pak Lah bubarkan Parlimen sebelum pakatan DAP/PAS/PKR/dll dapat membentuk kerajaan.
Saya kira jawapan ini jelas, kecuali anda masih hendak menegakkan benang basah dan mencari salah orang lain.
sebenarnya ramai lagi orang yang simpan cerita sejarah mcm yg diceritakan Mohhtar Petah itu, cuma org tak minat nak dedahkan pasal hormat pada institusi raja ni. Tapi bila dah keterlaluan campur tangan raja rakyat mula menyampah dan mula hilang hormat. Aku ada banyak cerita ttg Tuanku ini siapa asal usulnya siapa mak dia, darah raja betulkah dia dan banyak lagi...malah asal usul kerajaan Perak pun boleh didedahkan.Cuma tunggu masa nak letupkan benda-benda ni..Betul kata orang yang bijaksana bahawa institusi raja dalam dunia tak berkembang malah semakin menguncup.Orang yang tahu sebenarnya meluat dengan golongan yang tak sedar diri ini.Apa sangat kelebihan mereka ini hanya kerana dilahirkan di istana? Terus-terus ada gaji elaun dan macam-macam lagi keistimewaan. Kalau perangai baik, ada akhlak ada pegangan agama satu hal, ini tidak mengambil kesempatan untuk kebas khazanah dan harta negeri, balak nak, projek nak, semua nak kaut kekantung mereka dan siapapun tak boleh sekat mereka.Betulkah perangai seperti ini? Lagipun apa sangat sumbangan mereka kepada rakyat? Pemikiran? Perancangan? Mana ada. Sekadar membaca teks titah yang orang lain tulis. Inikah yang melayakkan mereka dapat keistimewaan yang maha-maha?Bijakkah orang yang seperti ini. Kalau sekadar nak baca teks yang disediakan orang dan untuk kalung pingat kepada orang tak layak benar dapat elaun yang beribu-ribu, rakyat jelata menderita.Inilah punca pembaziran kekayaan negara. Sudahlah akhlak tak baik dan bergelumang dengan pelbagai penderhakaan kepada Allah. Inilah yang saya katakan bahawa sejarah seperti ini kadang-kadang tersimpan sebegitu rupa kerana orang masih hormat kpd institusi semata-mata tidak melihat kepada peribadi, kerana sayangkan warisan bangsa, tak lebih dari itu.Tapi rakyat akan pertikaikan kalau berlaku kezaliman dan ketidak-adilan. Dikala itu terbongkarlah kebusukan.
Catat Ulasan