Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

2.2.09

Tempoyak Perak ~ malaysiakini



 
 

Sent to you by ApSeRe via Google Reader:

 
 

via . by mso.im on 2/2/09

Wan Rahim Ucap Tahniah Kepada Nizar Jamaluddin
Sah Dua Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan di Perak

BERPANDU kepada Akta Pilihan Raya dan amalan sebelum ini (percedece), sah dua kerusi Dewan Undangan Perak, kawasan Behrang dan Changkat Jering secara automatik kosong apabila speaker DUN Perak V. Sivakumar telah menerima surat pengosongan kerusi itu yang dibuat oleh kedua wakilnya, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu.

V Sivakumar hari ini telah pun memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perletakan jawatan kedua bekas Exco Perak itu. Dalam pada SPR Perak juga telah mengesahkan yang pihaknya telah menerima surat yang dihantar oleh speaker Perak berkenaan.

Ibu pejabat SPR di Putrajaya juga dilaporkan telah menerima pemakluman daripada SPR Perak dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincang perkembangan berkenaan. Dijangka selewat-lewatnya Rabu ini SPR akan menjelaskan kedudukan kerusi berkenaan dan nasib kedua-dua wakil rakyat itu.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Bagaimana pun tindakan speaker DUN Perak itu yang mengistyharkan kekosongan kedua-dua kerusi itu akan dipertikaikan oleh kedua-dua bekas Adunnya. Jamaluddin dan Othman dikatakan berhajat untuk mencabar tindakan V Sivakumar yang menafikan beliau telah mengosongkan kerusi berkenaan. Apapun samada Adun berkenaan ingin mempertikikan di mahkamah atau tidak yang jelasnya pengistyharan kekosongan kedua-dua kerusi itu adalah sah apabila ianya dibuat oleh speaker.

Menurut bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (foto) dalam soal mengistyharkan atau menentukan sama sesuatu kerusi itu kosong atau tidak, speaker mempunyai kuasa mutlak untuk memutus dan memaklumkannya kepada pihak SPR.

Katanya, pihak SPR hanya menerima pemakluman dari speaker sahaja sebagai pihak yang berautoriti.

"Dalam soal ini kuasa speaker lebih besar daripada kuasa seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri sendiri kaedah ini menurut perlembagaan dan akta SPR," jelas beliau.

Abdul Rahim merujukkan perkara ini kepada apa yang pernah berlaku di negeri Kelantan pada sekitar tahun 1993. Spekaer telah mengistyahrkan status dua orang Adun Sungai Pinang, Nordin Salleh dan Adun Limbongan, Wan Mohd Najib Wan Mohamad telah hilang kelayakan sebagai seorang Adun dan kedua-dua kerusi berkenaan menjadi kosong apabila kedua-duanya bertindak meninggalkan parti mereka, Semangat 46 untuk menyertai Umno.

Tindakan mereka itu bercanggah dengan undang-undang negeri Kelantan (pindaan) yang menetapkan seseorang ahli parti itu akan hilang hak dan kelayakan mereka sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila mereka melompat dari dari parti asal kepada parti lain.

Jadi menurut Wan Rahim berdasarkan kepada peuntukan undang-undang itu menyebabkan spekaer Datuk Omar Mohamad ketika itu mengistyharkan kedua wakil rakyat itu hilang kelayakan dan kedua-dua kerusi mereka kosong.

Berikutan itu SPR telah mengeluarkan writ mengistyharkan kerusi itu kosong dan satu pilihan raya kecil diadakan.

Dalam dua pilihan raya kecil itu kedua bekas Adun itu bertanding semula dan kedua-duanya kalah dan kerusi itu dimenangi oleh parti Semanbat 46 semula yang ketika itu bekerjasama dengan Pas. Bagaimana pun selepas pilihan raya itu, Nordin dan Wan Mohd Najib telah membawa kesnya itu ke mahkamah dan mahkamah mengistyharkan bahawa mereka masih menjadi Adun untuk kedua-dua kerusi itu dan ini menyebabkan mereka mendapat balik kerusi berkenaan.

Mahkamah mendapati undang-undang yang menyekat ahli lompat parti yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan (kerajaan APU) ketika itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan pengosongan kerusi itu tidak sah.

Bagaimana pun menurut Wan Rahim apa yang berlaku di Perak itu berlainan dengan yang berlaku di Kelantan kira-kira lebih 15 tahun lalu. Di Perak kedua-dua Adun berkenaan telah menghatar surat mengatakan mereka meletakkan jawatan sebagai anggota Adun kawasan berkenaan.

Menurut Wan Abdul Rahim tidak timbul samada surat itu bagaimana rupanya tetapi apabila speaker mengesahkan ianya tidak palsu dan tanda tangannya sah maka speaker berhak mengisytharkan mereka telah mengosongkan kerusi kemudian memaklumkan kepada SPR.

"Berdasarkan kepada amalan biasa keadaan yang ada hari ini tidak boleh tidak pilihan raya kecil kena diadakan di kedua-dua kerusi berkenaan," tegas Wan Abdul Rahim yang berada di Kota Bharu dan dihubungi menerusi telefon sekejap tadi.

Dalam pada itu beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan kerajaan Pakatan Perak, khasnya kepada MB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana berjaya membuat pre-empt mengenai kedudukan kedua-dua Adun berkenaan di mana dengan tindakan itu menyebabkan pihak yang cuba menangguk di air keruh berputih mata.

"Saya percaya projek untuk membawa masuk kedua bekas Exco itu ke dalam Umno gagal kerana kerajaan Perak berjaya membuat pre-empt awal, tahniah dan syabas!" sambungnya dengan nada gembira.

Dalam pengamatan Abdul Rahim yang juga ahli Parlimen Kota Bharu senario politik yang ada sekarang ia memberi peluang dan ruang yang baik kepada pihak Pakatan jika berlaku pilihan raya kecil. Bagaimana pun tambahnya kalau berlaku pilihan raya kecil ia adalah satu pilihan raya paling menarik untuk tahun ini. [wm.kl 4:00 pm 02/02/09]

 
 

Things you can do from here:

 
 

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails