8.00 malam
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.
Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.
Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.
Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.
"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya.
Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."
- dari Siasah.
3 ulasan:
haii...sultan pulak jangan buat kecoh campur dlam hal politik...
Komen pada Sultan tu, janganlah terlampau kurang ajar!!! Kita Rakyat, kau ingat tu!!! PKR tak ajar org jadi kurang ajar!!!
Rupenyer PR ni memang cari pasal nak DERHAKA terhadap SULTAN. Maka kepercayaanku terhadap PR telah luntur, hancur dan lebur. Cuma 4-5 ratus jer yg hadir ke Rumah MB oppps Mantan MB malam ni. Berita palsu yg mengatakan orgramai datang sampai nak pindah ke Stadium negeri. Aku tertipu lagi!!!! Rupanya media alternatif ini pun tak boleh caya jugak macam media arus perdana.
Catat Ulasan