Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

19.2.09

Antara 2 Darjat: PLKN - Pesawah vs Artis ~ malaysiakini

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi





Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005.


Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara.

Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.



Kes 2



Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam hijat,
nampak sangat orang kampung dilayan sebagai "Rakyat Kelas Kedua"....dimanakah yang dikatakan PLKN menerapkan nilai murni?...asas pelaksanaanya pun tak jelas...ada yang terpaksa...ada yang dapat kelepasan mudah....pertimbangan apa yang digunakan?
kalau orang kampung....yang mencari nafkah membantu keluarga...dipaksa...yang mewah...atas alasan ikatan kontrak dilepaskan...????kalau macam tu tak perlulah PLKN ....

Yang menderita...parah...dan sangsara adalah golongan.....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

dunia akhir zaman..golongan artis disanjung,maksiat dijunjung, diberi layanan first class lagi..npk sgt ler double standard...PLKN pun politik gak kot...pooooraaahhhhh!!!!

cheq nas berkata...

salam..sebak mengenangkan nasib anak bangsa..aku memang dah lama menyampah dan meluat dengan golongan artis ni

Tanpa Nama berkata...

Salam sahabat, saya masih ingat lg kes ni, menitis air mata saya ketika tu bila org susah dan miskin dibuat sedemikian rupa. Apakah PLKN tu lebih penting dari mencari sesuap nasi utk seisi rumah? Cuba cari sape pemilik kem, pembekal makanan, pengangkutan, pakaian seragam dan lain2 lg. Lepas tu baru kita tahu apa tujuan sebenar PLKN ini dilaksanakan. Jawapannya cuma satu iaitu mengayakan kroni.

Tanpa Nama berkata...

Salam, ini sudah menjadi lumrah manusia akhir zaman..Insyaallah satu masa nanti mereka yang suka menganiaya ini pasti akan menerima balasannya dari Allah SWT..

Tanpa Nama berkata...

salam hijat....

adakah YB Idham Lim tahu berkenaan hal ini??sekira nyer blum maklumkan kepada beliau..dunia skrg sudah terbalik, org miskin di abaikan tanpa pembelaan..masyaAllah..

-Arif-

Tanpa Nama berkata...

satu undang untuk orang berada, satu undang untuk rakyat papa kedana.

yang pertama dilayan spesial kerana hubungan dengan menteri, yang kedua dilayan macam sampah kerana tidak ada wang mahupun kuasa.

maka terpaksalah rakyat papa kedana mengajar pemerintah yang sombong dengan undi yang ada di tangan. itu saja caranya.

Prof. Era Pasca berkata...

najib nye idea PLKN.... jd sape tentukan undang? polis cume jalan tugas.. makamah pun begitu... sape perlu dipersalahkan? still nk najib altantunya jd PM? renung2kan, selamat beramal... p/s patut le balaik si daniele ni marah sgt kat die... huhuhu poyo lobih...

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,
Saya nak lihat konco2 UMNO nak komen tentang ni....mana siGOMO..dan yang lain2
jenguk la... kasi panas sikit!

Ni kes rakyat miskin,tak nak bela ka?...atau ....?

ELINA JOHNSON berkata...

Halo,
 Saya Puan Elina Johnson, ELINA JOHNSON LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan bantuan kewangan dalam tahap keuntungan yang rendah sebanyak 2%.

Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com

Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah

Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com


DATA PEMOHON

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)

Related Posts with Thumbnails