Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

5.2.09

Perak: Ku Li kutuk pemimpin Umno ~ malaysiakini


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.

Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.

Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.

KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.

"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. - MKS._



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sape yg dengar cakap ku li???

Tanpa Nama berkata...

Nizar and Pakatan fellas must take reponsibility for being slow in their actions to take appropriate actions to dissolve the DUN. Don't blame the Sultan.

If there are ones to blame, blame PRK/DAP/UMNO ADUNs who has zero loyalty and intergrity. Blame certain PR Perak leaders who are arrogant. Do blame certain PKR/DAP ADUNs who succumb to lust and greed. Do blame BN for using dirty tactics (but not illegal, yet).

There is no Royal injustice.

But I am sure the Perak people will voice out who they want to be be government in next election.

Better luck nect time, PR. You certainly dissapointed the people.

Tanpa Nama berkata...

Saya memang tersangat kecewa dengan Pakatan rakyat. Ingat ke boleh ganti BN, tapi kalau ini lah cara PR memerintah.. BN lebih baik beratus ribu kali.

PR suka bergaduh sesama melayu, selalu mengamalkan budaya kutuk pemimpin Melayu. PR sentiasa sanjung pemimpin bukan Melayu.

Orang Bukan Melayu kaya sebab kerajaan BN/kerajaan Melayu bagi peluang dan tender kepada Bukan Melayu.

Bukan Melayu Nak Semua - tanah melayu dah jadi hak milik orang bukan melayu, ekonomi dah di kuasai bukan Melayu... so apa dia semua ini...

Pakatan rakyat Gagal...nak tolong Melayu.

Related Posts with Thumbnails