Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

30.12.08

Itu Worang Sudah Pusing Cakap Laa...Ammak..!!!

dey tambii..


Itu malaysiakini ada juga melaporkan...

Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.

Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.

Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telah pun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

'Perjuangan konsisten'

Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.

“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsisten.

Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.

Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”

“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”

Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.

[Enna Daa...dulu lu ada cakap.. ada juga itu kotak rahsia... sekarang sudah tukar ka..?? bila tukar..?? sekarang ada sama ketua umum pulak...??? lidah manyak cabang la lu zam...dulu cakap lain, sekarang lain cakap jugaa...enna daa...dey tambii..ammakk...lu punya kawan,itu nalla toriap mana? heik..!!]

Tunku Mukhriz Di Masyhurkan Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Tunku Mukhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

Tunku Mukhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.


-dari Malaysiakini & berita boleh juga di dapati di [SINI]

27.12.08

Al-Fatihah: Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Telah MANGKAT...!!!



semasa disambut oleh rakyat jelata di KLIA setibanya dari luar negara pada 6hb Dis..(sumber dari che'gu bard)

Salam...


Sebentar tadi pada jam 13:57:09 waktu yang tertera pada telefon bimbit aku, berita yang telah di terima melalui SMS dari 32300 ADIL News melaporkan bahawa Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah MANGKAT. KeADILan menyembah perutusan takziah.

Dan dari sumber Malaysiakini melaporkan sedemikian:-

Dikemaskini

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya. Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Berkabung 40 hari

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini."Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944.

Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan.

Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.

Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford. Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.

Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London. Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.

Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.

Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.



25.12.08

Soal Jawab : Tak Puas Hati Isu ASB - Jawapan Ringkas..

Soalan : Pak Di

1) Apakah alternatif pelaburan yang ada untuk orang Islam? Setahu saya, ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten. ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?

RESPOND UST ZAHARUDDIN (uzar):

Pertama, perlu difahami di dalam Islam, tidak semua perkara yang diharamkan akan ada alternatifnya. Justeru tidak harus menyalahkan Islam apabila tiada alternative. Sebagai contoh : "Apakah alternatif bagi orang ingin melakukan hubungan seks tanpa perlu bernikah? " Jawabnya : Kahwin..tapi kahwin perlukan nikah. Justeru ia sudah isu berlainan. Maka jawab yang lebih specific, tiada alternatif, cuma peggantinya ada iaitu IKUT PERINTAH ALLAH SWT, tinggalkan shahwat yang tidak menurut kehendak Allah itu.

Dalam fakta yang diberitahu penanya di atas, "ASB tergolong dalam kategori income fund. ASB juga tiada risiko pelaburan. Tiada caj pengurusan dan segala caj yang tersembunyi yang ditawarkan oleh institusi kewangan swasta yang menawarkan saham amanah. Dan menawarkan pulangan yang konsisten."

Ini bukan ciri pelaburan Islam yang telah saya sebut dahulu iaitu :-

Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus : Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Kaedah Fiqh yang diambil dari Hadith menyebut : Al-Gunm Bi al-Gurmu (profit is by taking risk) Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menhadapi risiko". Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi.

Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini (jaminan modal oleh si pengusaha atau jaminan untung atau kedua-daunya sekali) adalah sebenarnya pinjaman dengan riba (dalam bentuk untung dan modal yang dijamin, ia adalah sama dengan orang memberi pinjam duitnya kepada individu B, pada tempoh tertentu, modal mesti terjamin, untung juga terjamin).

Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram secara sepakat.

Tetapi Islam, menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh si pengurus dana pelaburan itu.

Pak Di mempersoalkan lagi

"ASB boleh dimulakan dengan RM10. Dan sila beritahu saya apakah dana saham amanah yang boleh dimulakan dengan RM 10? Adakah semua orang kampung mampu bermula dengan RM 500 - RM 1000 seperti yang ditawarkan oleh dana amanah swasta? Saham amanah apa yang dijual di pejabat pos, BSN yang ada di segala pelusuk tempat di Malaysia?"

RESPOND :

•1) Keadaan kesukaran yang digambarkan tiada kaitan dengan hukum, segala kesulitan yang bersifat luaran ini tidak akan menjadikan sesuatu yang haram atau riba itu bertukar kepada harus. Ini kerana kesukaran ini berbentuk hal "tahsiniyat" iaitu perkara tambahan dalam kehidupan dan bukannya asas dan keperluan utama seseorang, buktinya ramai orang yang tidak melabur dalam dunia ni, tapi masih boleh hidup aman damai. Justeru, kesukaran dalam bentuk begini TIDAK SAMA Sekali akan menjadikan haram itu harus.

•2) Jawapan lain saya adalah, ia adalah tertakluk kepada inisiatif kerajaan sendiri, jika kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai hub Kewangan Islam Antarabangsa, sepatutnya disediakan pelaburan dengan caj minima yang lebih rendah dari yang wujud. Tetapi masalahnya, dalam pelaburan Islam yang tulen, adakah anda boleh melabur dengan RM 10 ? Adakah jumlah itu ia boleh membantu sesuatu projek perusahaan? Jawabnya, boleh iaitu apabila nilai itu dikumpul seramai puluhan ribu orang, maka untung juga akan menjadi semakin mengecil, walaupun ia kecil, tapi ia halal. Kesimpulana, ketiadaan dana amanah swasta yang halal serta membolehkan dimulakan dengan RM 10, tidak akan menjadikan seseorang itu harus melabur di tempat yang haram.

2. Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram?

RESPOND:

Bezanya adalah :-

•1- ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak, tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB.

•2- ASB adalah dana yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, guna aqad pelaburan dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak.

KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.

3. Kalau ASB haram, maka orang Islam wajib keluarkan semua duit dari ASB, maka PNB akan kehilangan berbilion ringgit duit pelabur Islam. Justeru, apa yang akan jadi dengan Maybank? Apa akan terjadi dengan pegangan strategik orang Islam dalam sektor perbankan? Bukankah Maybank bank terbesar di Malaysia. Bank kedua terbesar di Malaysia adalah Public Bank yang dimiliki oleh orang bukan Islam.

RESPOND :

Tak perlu bertindak begitu secara drastik, bagi yang belum melabur, cari dana amanah yang ada penasihat Shariah dulu, kemudian pengurusan ASB boleh bertindak berikut :-

•a- Melantik Majlis Penasihat Shariah khas untuk ASB, ASN dan lain-lain dana pelaburan. Tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh Majlis Penasihat Sharian ini kelak.

•b- Menghentikan pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum maturity dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk ‘HIJRAH' yang besar.

•c- Menghadkan penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan antarabangsa yang disahkan Shariah. Sebagaimana Public Ittikal buat, ia mengambil IBFIM sebagai penasihat Shariah. Untungnya dari pelaburan ini juga adalah hebat.

•d- Atau jika tak nak, asingkan dua dana, satu pelaburan terbuka ( saya berlepas diri dari dana ini), satu lagi khas untuk pelaburan di kaunter Islam sahaja, tetapi mungkin pulangan akan mengecil sedikit, jadinya setiap individu boleh memilih. Yang prihatin urusan halal haram akan ke dana Shariah ASB, yang terbuka, terpulang.

•e- ASB mengkhususkan pelaburan sekitar 30 % di dalam Maybank itu adalah khas untuk operasi MAYBANK ISLAMIC window sahaja, dan bukannya secara terbuka seperti sekarang. Dan banyak lagi yang boleh difikirkanoleh Majlis Penasihat bersama pengurusan ASB.

* f- Mendapatkan jaminan terhadap modal dari piohak ketiga yang bukan PNB dan bukan kerajaan. Syarat untuk diiktiraf sebagai pihak ketiga menurut keputusan Majma Fiqh Islami (Kesatuan Majlis Fiqh Sedunia) adalah mana-mana institusi yang terasing dari PNB dan bukan dimilki oleh OPNB atau kerajaan lebih dari 49 % sahamnya; yang mana jika ia salah satu syaraikat di bawah kerjaan juga, mestilah kerajaan tidak memiliki lebih dari 49 % sahamnya. Tatkala itu syarikat itu boleh memberikan jaminan terhadap modal ASB dan ia adalah harus menurut pandangan uilama Shariah sedunia. Terselamatlah aqad ASB dari masalah Shariah. Tidaklah sesukar mana jika ada keinginan.

Sudahlah Syed Mokhtar al-Bukhary, orang Islam terkaya di Malaysia pun jauh kebelakang tertinggal dengan orang bukan Islam dari sudut kekayaan, adakah kita mahu membiarkan Maybank, syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia jatuh ke tangan foreign investor, dan pelabur bukan Islam?

Apa akan jadi dengan DEB? Sebab kurangnya pegangan ekuiti Melayu di Maybank, maka makin jauh lah pegangan ekuiti Melayu di Malaysia.

RESPOND :

PNB boleh mengekalkan pegangan equitynya di Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia dari modal dana ASB. Guna dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh terus dimanfaatkan oleh kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti tebus balik modalnya yang digunakan, jika ada lebih boleh guna untuk bagi subsisdi Toll juga. Lebih tepat, Majlis penasihat PNB boleh menasihatkan apa yang perlu dilakukan.

Lalu berharaplah kita pada BIMB Holdings yang tidak tersenarai pun sebagai top 100 (Komponen KLCI) untuk maju sebagai bank Islam. Untuk mengatasi masalah BIMB pun kena panggil "orang luar", iaitu pegawai bank dari Citibank, bukannya orang yang terlibat secara langsung dengan perbankan Islam.

Sedangkan dengan adanya pegangan PNB, banyak teknologi dan kemudahan bank konvensional boleh dipelajari untuk terus memajukan bank Islam. Mungkin tidak melalui BIMB, tetapi Maybank Islamic Windows.

4. Mungkin saya agak terkasar dan terlajak, tapi sebab saya sayangkan Islam, saya mahu anda semua, sahabat seIslam saya fikir lebih jauh sebelum mengeluarkan hukum. Isu ASB bukan isu yang mudah.

RESPOND :

Memang bukan mudah, kerana telah terlampau lama bersarang dengan cara ini. Jika ada iman di dada, ia pasti boleh dilaksanakan tanpa beralasan banyak. Kerana itu Allah SWT berfirman ertinya :

" Dan manusia itu adalah yang paling banyak ber' jidal ‘ berdebat (tentang tanggung jawab yang arahkan) "

Kerana itu, berfikir lebih jauh sebelum melabur.


- dari weblog dan link ustaz Zaharuddin.

24.12.08

Memalukan: Media Arus Perdana Takut Untuk Buat Laporan Berita Penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Ke Dalam PAS..!!!

media-media 'penakut'...


KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan bila banyak akhbar arus perdana seolah-olah menyembunyikan fakta penting yang berlaku hari ini. Berita berkenaan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan serta pimpinan UMNO cawangan dan bahagian itu menyertai PAS langsung tidak dilaporkan sebagai berita terkini akhbar terbabit edisi internet.

Walhal, berita kemasukan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim itu telah dimaklumkan kepada media dalam satu sidang khas yang diadakan hari ini. Dalam kebanyakan media arus perdana langsung tidak disentuh berita tersebut.

Apakah ini bermakna kerajaan UMNO dan Barisan Nasional takut dengan "tamparan hebat" yang mereka hadapi sekarang..??? Sesuatu yang amat membanggakan apabila seluruh jentera UMNO Bahagian dibubarkan untuk bersama Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini bakal memalukan pemimpin kerajaan, lantaran itulah berita berkenaan sengaja tidak dihighlightkan oleh mereka.

Mungkin, mereka gusar rakyat akan melihat semua ini sebagai satu petanda kejatuhan UMNO dan BN itu sendiri sebenarnya. Justeru itu kami juga amat hairan dengan tahap "profesionalisme" media terbabit dalam melaporkan isu-isu berkaitan.

Apa yang jelas dapat dilihat, media arus perdana lebih seronok memperkatakan tentang Mahalingam Dipecat Sebagai Bendahari Agung MIC dan Gerakan Bantah Pendirian PAS Mengenai Hudud. Kami amat terkejut dan teruja dengan senario ini. Apapun kami faham bahawa laporan tersebut sengaja disembunyikan oleh kerajaan bagi menjaga "air muka" mereka yang kian tercalar sejak akhir-akhir ini sebenarnya.

[Terkadang, kami pun naik hairan kenapa sampai begini jadinya mendia arus perdana. Apapun, kira tunggu malam ini apakah media yang lain akan menyiarkan berita berkenaan dalam slot berita masing-masing. Rakyat sengaja mahu diperbodohkan dan dihalang daripada mendapat berita yang tepat dan terkini tentang senario politik tanahair. Mereka ingat rakyat boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya. Walhal mereka akhirnya berjaya mendapatkan maklumat tersebut menerusi saluran media siber yang ternyata lebih telus dan berani melaporkan isu yang berkaitan. Apakah zaman kegelapan UMNO dan BN kian hampir?].

-dari PahangDaily

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa..

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.


ULASAN UZAR (Ustaz Zaharuddin)

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Sekian



23.12.08

Sempena Ulangtahun PERTAMA Artikel Di Persada Maya..


Makanlah Budu Sebelum Terlambat..!!! Info kepada peminat dan bukan peminat BUDU...

Artikel saranan 'Makanlah Budu' ini DI ULANG SIAR kerana telah CUKUP 1 TAHUN tersiar di persada MAYA melalui laman blog ini... Terima Kasih kepada sahabat yang membuat permintaan agar DI ULANG SIAR a.k.a PUBLISH KEMBALI artikel ini...

Misteri yang baru terungkap... Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti-bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dankembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepadapecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asidpantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).Saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yangdihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacterfrundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.

Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakitperut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 parapengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekuranganvitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksipembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekulyang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasiadalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietaryfiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai diantara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. So minumlah budu mcm minum air mineral ........he he he he he...Sunggohh..!!!

So, tunggu apa lagi, lepas ni carilah dan amalkan pemakanan sihat dengan Budu, nescaya kesihatan kita akan terjamin...dapatkan di pasaran terutamanya di negeri Pantai Timur...

Wallahu a'lam...


link dari posting pada 18hb 12 2007 yang lalu...

19.12.08

Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur...

Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.

Mardoff juga dilaporkan menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan dari skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi tersebut turut ditutup.

Gambar : Bangunan milik Madoff


Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA.

Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :-

Clients of Santander, Spain - $3.1bn

HSBC, UK - $1bn

Natixis, France - $605m

Royal Bank of Scotland, UK - $601m

BNP Paribas, France - $460m

BBVA, Spain - $400m

Man Group, UK - $360m

Reichmuth & Co, Switzerland - $325m

Nomura, Japan - $303m

Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa.

(Rujukan )

KRISIS KEWANGAN MERUNCING

Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.
Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya' dalam penipuannya.
Ini sememangnya ‘hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ‘real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %.

Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu.

Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :-

he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme"

Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund.

Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market.

Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA.

Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.

LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN

Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.
Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya.

Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar.

Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.

TIDAK KEBAL AKHIRNYA

Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peringkat awal namun akhirnya ‘jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.

Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ‘kena' juga.

Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net di link [INI]

16 Disember 2008

18.12.08

Gimik Mini Euro Ka Putar Di Perasmian Kongres Angkatan Muda 2008..


Haiii...ushar laggiiii.... - kerani-opis







Salam Reformasi...!!! Salam KeADILan...!!!


Mungkin ini gambar yang agak nak 'kebasiaan' sikit dah..pasai Kongres Angkatan Muda KeADILan (AMK), Wanita dan Nasional Tahunan 2008 dah berlalu hampir 19 hari..dah nak dekat 3 minggu... Tapi satu gimik yang eksklusif lagi kreatif dari idea sapa ntah...pada hari Perasmian Kongres AMK & Wanita 2008 28hb November 2008... walaupun dalam 1-2 minit gak mini heli remote control a.k.a kawalan jauh tu berlegar-legar dalam Stadium Malawati pagi tuu..amat menarik perhatian ramai terutamanya yang muda-muda sahaja laa... (pasai yang tua-tua mana depa mai Kongres AMK ni..depa mai esoknya, 29hb pasai Kongres Nasional..)

Dan satu lagi yang 'touching' jugak masa hari Kongres Nasional 29hb di mana semasa tayangan video selama 2 minit...setelah dipadam keseluruhan lampu dalam Stadium tuu...untuk ditontonkan video 'flash-back' anti-ISA...kalau cecah 5minit saja video tuu..kompom la ada yang akan menangis teresak-esak kerana automatik jiwa nurani manusia normal akan tersentuh....

Bermula dengan pertanyaan dari seorang anak tahanan tanpa bicara...yang bertanyakan dimana ayahnya berada sekarang...dan sehingga satu per satu nama-nama tahanan ditayangkan dan telah diikuti serta disebut oleh para hadirin....sesungguhnya tayangan video tersebut dapat menggambarkan betapa kejamnya tahan tanpa bicara... ISA...


17.12.08

Tolong Lah Keluarga Ini...!!!

Salam...


Ini gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan, seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang ada anak dara sunti telah menaikkan kemarahannya. Gagal mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun.

Balu dan anak-anaknya (yang sulung lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..



BAGAIMANA kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?


Sudah tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua bersaudara!
Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509



link dari blog labun Kulup Sakah : http://kulupsakah.blogspot.com/2008/12/tolong-keluarga-ini.html


Innalillah Hiwainnarhirojiunn.. Al-Fatihah..

16.12.08

Harga Petrol, Diesel Di Pasaran Turun Lagii...!!!


Salam....

Aku cam malas ja nak updet pasai harga minyak dan diesel ni...sat turon 15 duit, lepaih tu 15 duit jugakk...lepaih tu sekupang..dan sekupang jugakk...naik aritu ingat tak ingat mencanak yang melampauu... Dah tu gah la statement di media Arus Perdana depa dan seantero Malaya yang penurunan kali ke-7 sejak Ogos 2007... Piii rahhhhhh.....

Siam dengan Singapura yang impot minyak nu dah turunkan harga dipasaran depa berapa kali dah sejak tahun sudah dan harga pun lagi morah dari Mesia yang pandai kira2 ekonomi kononnya....Pasai tu la ni tak kalot dah pasai kes seludup minyak petrol mahupun diesel di sempadan, minyak depa lagi morah dari sini..nak gadoh apa..???

Menteri di Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna, yang rambut putih tu...dok berbelit2 lidah dia..ataupun dia ni adek beradek bewak ka apa aku tak tau la pulak...atau LIDAH BERCABANG..??? Sat mula dia kata duit subsidi akan terus diberikan untuk menampung harga pasaran minyak yang stabil.... Tiba-tiba bebaru ni kat Bayan Baru, P.Pinang sempena kempen Penurunan Harga di Pasaraya Sunshine dia kata.. "Subsidi hanya diberi apabila harga berada pada paras yang tinggi bagi membolehkan pengguna mempunyai sedikit duit poket untuk berbelanja dan merancakkan kitaran ekonomi domestik tetapi jika harga sudah rendah, tidak perlu lagi diberi subsidi," katanya.


Akai ada kaa...???? Dah tu harga gas masak (LPG) naik mencanak aritu ni masa minyak naik sampai 7 kupang...sikit pun tak berganjak harganya turun... Sama la jugak dengan tarif elektrik yang dengaq ura2 KERAjaan tak mau 'review' atau kaji dah untuk turunkan rate tarif tu.... Cilaka boleh la depa nii... rakyat nak mampoih kat bawah ni hangpa bukan nak ambek tau... Hangpa lain laa..semuanya boleh klaim sampaikan tisu poket 2 kupang pun boleh klaim.... Toya Betoi...!!!!

14.12.08

Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun 13 Sen Mulai Selasa, Tiada Ugutan BOGEL..!!!


KUALA LUMPUR - Susulan daripada tindakan mogok Persatuan Nelayan Pukat Tunda seluruh negara, termasuk di Kuantan semalam maka akhirnya kerajaan mula sedar akan nasib malang yang menimpa mereka itu. Begitu cepat dan pantas kerajaan bertindak. Difahamkan persatuan terbabit akan mengadakan mogok selama 3 hari bermula semalam.

Namun hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.

Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel. “Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan. “Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.

Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.

Sementara itu, krew kami di Kuantan sempat hadir dalam pelancaran piket khas yang dibuat oleh Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan, semalam. Lebih 100 orang pengusaha bot yang telah hadir memberi sokongan. Nampak benar mereka tidak berpuas hati dengan harga sekarang, dan mahu ia diturunkan hingga RM1 atau bawah lagi. Keluhan itu turut disuarakan oleh Setiausaha persatuan terbabit iaitu Lo Ping Yong (foto), yang menyatakan bahawa biarpun kerajaan telah menurunkan harga bahan api enam kali berturut-turut namun subsidi masih ditahap membebankan.
Kata beliau, pengusaha bot pukat tunda terbabit dipercayai terpaksa menanggung kerugian 60% dengan menampung subsidi diesel sebanyak RM1.43 seliter. “Kos ini begitu tinggi, bahkan kami terpaksa menanggung kerugian sekitar RM10,000 sebulan dengan operasi dua kali turun ke laut” katanya. “Kami mendedak agar pihak kerajaan mempertimbangkan permintaan ini, bahkan kami mendapat sokongan daripada semua persatuan dari seluruh negara”.

“Kami bekerja dalam keadaan menanggung risiko yang tinggi serta terdedah kepada bahaya. Kami tidak layak malah langsung tiada peluang untuk mendapatkan insurans kerana kerja ini.

Namun dek kerana ini adalah pekerjaan turun temurun nenek moyang, maka terpaksa juga dilakukan. Sudahlah harga sebuah bot begitu mahal” katanya. “Insentif yang dijanjikan oleh kerajaan hanya diberikan kepada pemilik bot, namun hanya 20% sahaja yang menerima. Bahkan saya sendiri pun tidak memperolehinya. Proses yang terlampau rumit jelas sekali
membebankan kami” katanya kepada wartawan.

Turut hadir di lokasi semalam ialah YB Chang Hong Seong - foto (ADUN Teruntum), YB Dato’ Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur), Saudara Sim Chon Siang (Pegawai Khas Parlimen Kuantan & Ketua Penerangan PKR Kuantan) serta Saudara Siew Fook Chan (Exco PKR Pahang, Bekas Calon DUN Teruntum) dan Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang). Dalam pada itu, Saudara Sim memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke pengetahuan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh untuk diambil tindakan segera.

[Apa yang kami nampak, kerajaan begitu gusar dengan suara mereka ini. Bahkan mogok 3 hari yang dilancarkan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan pengumuman penurunan harga minyak terbabit. Justeru itu, kita amatlah berharap agar keprihatinan ini dapat diteruskan dalam isu-isu yang lain, agar rakyat terus terbela dan tidak dibiarkan menanggung derita sepanjang masa. Jika inilah cara dan kaedah perlaksanaan yang dilakukan, nescaya semua rakyat akan selesa dan berbahagia hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Cuma, keluhan ini janganlah hanya diberi perhatian jika ia membabitkan kaum bukan Melayu sahaja. Ia sepatutnya meliputi juga kaum bumiputra terutamanya Melayu. Dari apa yang kami lihat sejak dulu kini dan selamanya, jika orang Melayu memprotes atau membangkitkan sesuatu isu rakyat maka begitu lama dan lambat untuk diberi perhatian dan dibuat keputusan.
Namun bila ia melibatkan kaum lain terutamanya Cina, maka begitu pantas seperti kilat ia dilaksanakan. Lihatlah apa yang berlaku ini, baru semalam diadakan protes dan mogok, maka hari ini kerajaan terus bertindak. Namun apakah mereka terutamanya pemilik bot dan nelayan terbabit berpuas hati? Sebab penurunan itu tidak mencecah RM1 seperti yang dipinta?]


dari weblog Pahang Daily.


[ Hhmmm.... baru mogok 2-3 negeri dan pakatan beramai2 Persatuan Nelayan Pukat Tunda, Nelayan...depa dah GELABAH, dan serta-merta akan turunkan terus harga minyak petrol-diesel bersubsidi 13 sen...naseb baek la depa semua ni TAK UGUT NAK BOGEL lak cam pertubuhan cabok mana ntah yang nampak sangat di 'kambing itamkan' oleh pihak yang tak berpuas hati dengan pimpinan PR di Selangor...kalau BOGEL si nelayan2 ni, kompom kerajaan bagi minyak subside PREE ka apa...hehehehehehe.... ApSeRe......]


Sambungan Dari Nasi Terbuang Di Bukit Antarabangsa..



Siapa Betul, Siapa Tak Betul...

Dari blog Perisik Rakyat

Kat bawah ni ada 2 email yang aku dapat aduan dan jugak respon pasai Tragedi Bukit Orang Kaya... 2-2 menarik, aku tak reti nak komen, ntah mana 1 betul, ntah mana 1 tak betul pun aku tak tau... yang aku tau, orang kaya ramai yang sombong... yang tak sombong lagi ramai, tapi imej jadik rosak pasai ada segolongan yang kaya bawak taik...

Contohnya aku quot dari email kat bawah "Disebabkan mereka kena turun bukit dan melalui semak dan tahu ada makan yang lebih baik dibawah, mereka buang makanan-makanan berbungkus tersebut dikawasan pembuangan sampah haram".

Ni kerja orang gila... dalam kesusahan pun ada lagi yang perangai mengalahkan perangai anak anjing baghu beghanak.

Tak nak komen panjang-panjang dah sebab aku menyampah ngan peghangai orang kaya bodoh sombong... baca email kat bawah dan balasan skali.

Balasan email dari keduak abu.

  • Salam,
  • Berdosa kita buat fitnah. Jika tak tahu cerita jangan mereka cerita.
  • Tanya orang yang ada di atas sana memberikan bantuan kemanusiaan.
  • Di atas sana tak timbul soal siapa beri apa dan kepada siapa.
  • Saya salah seorang petugas yang berhujan berpanas hingga ke hari ini.
  • Apa yang dapat saya lihat sejak hari pertama, Air mineral pun ada lambang PKR.
  • Tulis besar-besar sumbangan drp sipolan dan sipolan dan juga lambang PKR.
  • Apa motif mereka jika menderma pun nak heboh-hebohkan daripada siapa.
  • Untuk maklumat semua, nasi tersebut dibawa turun oleh penghuni rumah yang berdekatan yang diterima oleh mereka untuk makan tengahari.
  • Disebabkan mereka kena turun bukit dan melalui semak dan tahu ada makan yang lebih baik dibawah, mereka buang makanan-makanan berbungkus tersebut dikawasan pembuangan sampah haram.
  • So jika tak tau cerita janganlah mengada-adakan cerita.
  • Tak habis-habis nak berpolitiking.
  • Semuanya nak salahkan orang lain.
  • Jika benar orang sebelumnya salah, tanya diri sendiri APA YANG TELAH PKR LAKUKAN UNTUK MEMBETULKAN KESILAPAN TERSEBUT SEBELUM BENCANA TERJADI SEPERTI DI BKT ANTARABANGSA.
  • Kejadian-kejadian ini jelas membuka pekung didada PKR dan penduduk BKT Antarabangsa tahu cerita sebenarnya.
  • Semoga kita berbakti kepada bangsa dan negara tanpa berkira-kira.
  • Salam

Nah... sekarang sape nak sahkan mana satu betul, mana satu tak betul?

Orang kaya dapat bantuan penuh, pencacai yang luang masa dok tolong puak-puak kaya (anjing tersepit) dok bertelagah... hat untung orang kaya, hangpa yang dok kalut tolong depa sampai tak sempat nak sambut raya, tinggal anak bini dekat rumah, berpanas-berhujan telingkup dek diskriminasi sesama-sendiri...

Orang kaya yang hangpa bantu bagai nak gila, dok lepak hotel sambut raya macam biasa... sapa anjing sapa tuan anjing?

Sebab tu orang tua dah habaq dalam peribahasa - melepas anjing tersepit.

Anjing yang hangpa lepas bebas, sebelum blah sempat dia kekah korang, yang tolong lepas anjing yang tersepit tu sampai la ni dok gaduh saling salah menyalah. sorang kata hang salah pasai lepas anjing tu, sorang lagi dok kata hang salah pasai lepas anjing tu.

Donia, oh doniya...

Jangan lupa baca artikel [ini] dan [ini].

Posted by Topengperak_Xinwugi at 10:10 AM

1 comments:

Anak Perelih said...
bukan air mineral tu lebihan pilihanraya dulu... memang la ada lambang PKR... cuba fikir... sempat ke tempah air mineral dalam masa beberapa hari ni?


[Hhmmmmm....ini maciam pun ada kaa..??? Tepuk dada tanya selera, tapi kalu aku...hmm..takdak selera lahh..ampeh betoii...pi tolong orang yang susah kena banjir ka, fakir miskin tak makan ka, anak-anak yatim yang keciciran ka...Lagi baguih, tak sakit ati...awat lak masa banjir besaq aritu nih di JOHOR takdak sapa nak tolong punya hebat camnii..??? Dan TV3 suku tak pulak buat FOOL COVERAGE penyampaian bantuan mangsa banjir besaq tu..yang lagi sempoi lak, Pee-Emp Mesia masa tu pi makan angin kat Australia siap naik kapai layaq lagii... Ada sapa2 marah2, buat DEMO pasai pak lah tu tak turon jengok mangsa2 banjir..????? Habaq mai sat kat aku....]

13.12.08

Eksklusif: Menyingkap Satu Sejarah Genapnya 11 Tahun Blogger Cucumatkilau Jadi Penulis Blog !!


KUANTAN - Pada tarikh 5 Disember 2008 lalu maka genaplah 11 tahun (5 Dis 1998 - 5 Dis 2008) Blogger Cucumatkilau (CMK) yang mengendalikan laman blog www.cucumatkilau.blogdrive.com di alam siber. Beliau yang nama sebenarnya Mohd Shukri Jamaluddin yang juga bekas pemimpin pelajar di ITM Perak (90-91) merupakan anak jati dari Felda Jengka 7 Pahang. Blognya, adalah antara blog terawal yang mewarnai pentas reformasi politik negara. Bahkan, beliau juga antara blogger terawal yang lahir dari bumi Pahang Darul Makmur. Kami amatlah berbangga atas perkembangan itu, bahkan berbagai ranjau dan onak duri sepanjang beliau mengendalikan blog tersebut. CMK adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di alam siber bagi mereka yang biasa melayari laman-laman reformasi. Beliau menghasilkan blog tersebut sejak awal pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998, setelah melihat berlakunya ketidakadilan dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Hingga kini terdapat hampir 1,000 artikel beliau yang boleh didapati sama ada menerui internet atau pun medium yang lain. Anda boleh taipkan sahaja "cucumatkilau" atau "cucu mat kilau" menerusi carian Yahoo atau Google untuk mendapatkan artikel-artikel terdahlu yang ditulis oleh beliau selama ini. Malah ada sesetengah artikel yang sudah terdelete akibat laman blog dan web reformasi berkenaan sudah ditamatkan operasi atau tidak berfungsi lagi.

Menurut CMK, banyak kepayahan dan keperitan yang dilaluinya itu kini mengajar erti ketabahan untuk menyuarakan kebenaran serta menegakkan keadilan. "Saya melihat, iklim politik di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza di awal gerakan reformasi dulu. Malah perubahan minda rakyat juga telah mendorong kebenaran dan keadilan itu tertegak jua akhirnya. Saya amat terharu dengan perkembangan ini. Saya bukanlah seorang pejuang politik seperti rakan-rakan yang lain. Namun selama lebih 11 tahun saya lebih banyak berada di belakang tabir untuk memantau serta melihat senario ini dari jauh" katanya ketika dihubungi.

Kenangan Pahit Manis Sebagai Blogger

Ketika ditanya apakah kenangan pahit dan manis beliau setelah 11 tahun bergelumang di alam siber. Beliau menjawab;

"Terlalu banyak untuk dikenang, pancutan gas pemedih mata, semburan water canon, diburu seperti penjenayah, ditekan, diugut dan diancam dengan berbagai gertakan telah saya terima. Namun kenangan paling pahit saya ialah ketika ditangkap oleh 8 orang anggota polis dalam satu serbuan pada 24 Disember 2007 lalu. Berita itu telah disiarkan dalam banyak laman blog. Saya dipukul, diugut dan diperlakukan sesuka hati oleh mereka dengan tangan bergari. Laporan polis sudah dibuat, namun hingga saat ini saya lihat mereka tidak melakukan apa-apa kerja untuk itu. Kemungkinan dalam masa terdekat ini saya akan menfailkan saman terhadap anggota polis terbabit yang telah memalukan saya dan menceroboh kediaman saya" katanya dengan serius. Klik sini Berita Tangkapan Cucumatkilau


"Manakala itu, kenangan manis saya pula ialah ketika menjadi juruhebah Majlis Perkahwinan Nurul Izzah Anwar di Bukit Damansara dulu, dan keduanya menjadi calon pilihanraya umum ke-12 lalu, mewakili PKR untuk kerusi DUN Kemayan, Parlimen Bera. Hubungan saya dengan ramai pemimpin politik baik pembangkang mahupun kerajaan agak rapat. Ini kerana ayahanda dan bonda saya adalah merupakan antara pemimpin utama UMNO setempat sejak saya kecil lagi. Bahkan saya juga sering mengendalikan majlis-majlis keramaian dan acara besar yang melibatkan pemimpin tertinggi negeri dan negara. Saya juga pernah menjadi penulis sambilan dibeberapa buah akhbar tabloid sebelum ini dan pernah terlibat dengan NGO di Pahang iaitu Majlis Belia Negeri (MBN), Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Pahang (DPMM) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bahkan saya juga pernah bertugas sebagau Juruhebah di RTM Pahang suatu ketika dulu" tambah beliau lagi.


Merancang Adakan Roadshow Blogger

Selain dari menulis CMK juga amat aktif dalam bidang keusahawan dan beliau kini sedang menyiapkan buku dan kertas kerja usahawan siber yang dinamakan Projek Blogger Usahawan. Menurut CMK,

"Idea itu diilhamkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang benar-benar berada dalam perniagaan mereka sendiri. Dengan tema satu blog satu usahawan maka saya berharap ianya dapat menjadi pemangkin kepada semua rakyat Malaysia menjadikan blog sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Sudah terlalu lama saya bergiat dalam blog, maka saya berhasrat untuk melatih dan mengajar seberapa ramai mereka diluar sana untuk mempunyai blog peribadi masing-masing. Sebagai langkah awal, mereka diajar menjana pendapatan menerusi blog terbabit dalam bidang keusahawanan. Dengan blog mereka boleh pasarkan bisnes mereka ke seluruh negara dan dunia dengan mudah serta kos yang minima. Saya akan mengadakan roadshow projek ini seawal bulan Januari 2009 nanti. Maka itu saya mempelawa kepada semua rakan-rakan yang berminat untuk menjadi agen di seluruh negara".

Apa Kaitan Dengan Nama Cucumatkilau

Ramai pihak yang tertanya-tanya apakah kaitan nama cucumatkilau dengan dirinya. CMK menjawab,

"Saya memang terharu dengan soalan ini. Ramai yang menuduh saya cuba menjaja nama Mat Kilau dan mengaku sebagai cucu Pahlawan Melayu terkenal di Pahang itu. Bahkan ramai juga keturuna Mat Kilau yang marah akibat penggunaan nama itu. Pada awalnya saya menggunakan nama danielMS untuk berkarya, namun sejak tahun 1999 saya menukarkannya kepada cucumatkilau. Sebenarnya bapa saya memang berasal dari Kg.Pulau Tawar Jerantut Pahang, iaitu kampung kelahiran serta perjuangan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

Ini bermakna nenek moyang dan keturunan saya adalah darah pahlawan. Penggunaan nama cucumatkilau adalah dengan keizinan dan saya tidak perlu menyebut siapa saya yang sebenarnya. Saya juga adalah satu-satunya penyimpan khazanah "Kitab Kanun Salasilah 13 Generasi Keturunan Pulau Tawar" dan "Rahsia Kepahlawan Mat Kilau" yang ditulis semula pada tahun 1940 dulu. Saya juga pernah mencium keris 200 tahun Mat Kilau yang "original". Justeru itu, siapakah saya?. Cukuplah anda mengenali saya sebagai cucumatkilau. Tapi jika ada keturunan Pulau Tawar dan Mat Kilau yang masih mahukan kepastian, sekadar saya ingin maklumkan bahawa saya adalah dari keturunan Aki Mat Yunus Teh, Pulau Tawar. Siapakah beliau dan apa hubungan dia dengan Mat Kilau, itu hanya mereka yang kenal sahaja boleh menjawabnya.


"Bagi saya siapa saya itu tidak penting. Apalah gunanya nama, namun jika anda bertanya juga siapa saya. Cukuplah saya mengatakan apalah guna menjadi cucu pahlawan jika darah perjuangan langsung tidak ada dalam tubuh badan. Tidak langsung meneruskan perjuangan nenek moyang untuk menpertahankan agama, bangsa dan negara tercinta. Bagi saya, dulu nenek moyang saya dan Mat Kilau berjuang untuk menghalau penjajah British bertapak di Pahang ini, maka sekarang saya lahir sebagai pejuang untuk meneruskan perjuangan itu. Dulu penjajah ditentang, tapi kini dasar penjajah di julang! Maka itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membela nasib rakyat, menegak kebenaran dan menghapuskan penindasan serta kezaliman". tambah cucumatkilau lagi.

Pandangan Tentang Isu Blog Dan Politik Pahang

Ketika ditanya tentang senario politik di Pahang sekarang, cucumatkilau menyatakan bahawa beliau amat berharap satu perubahan besar dapat berlaku dalam masa terdekat ini atau menjelang pilihanraya umum akan datang. Kerajaan negeri sekarang ini dilihat sudah semakin peka dengan banyak masalah rakyat yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Bahkan kesudian MB Pahang bertemu dan duduk semeja dengan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan juga katanya menampakkan bahawa Dato' Seri Adnan Yaakob kini lebih bersikap terbuka dalam menangani pemasaalahan rakyat. "Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Dato' Adnan perlu menjadi Menteri Besar untuk seluruh rakyat Pahang dan bukannya untuk orang UMNO semata-mata. Penyokong pembangkang juga membayar cukai kepada kerajaan, dan harus dilayan secara adil dan saksama. Rakyat sudah mula bijak menilai. Jika mereka lihat ada kepincangan dan kesilapan yang berlaku maka mereka akan sampaikan kepada yang lain. Akhirnya satu kampung akan menolak kita. Justeru itu kerajaan negeri harus bersikap terbuka dalam menangani isu-isu rakyat tanpa mengira fahaman politik. Mungkin hari ini rakyat membenci beliau, tapi satu hari nanti kembali suka. Namun, biarlah ada caranya. Inilah politik namanya" kata CMK.

Ditanya tentang langkah kerajaan melahirkan ramai penulis blog untuk bertempur dengan blog-blog pro pembangkang di alam maya. Beliau berkata "Saya melihat ini satu perkara yang sihat dan satu style politik alaf baru. Berdebat dan bertikam lidah di alam siber adalah satu wadah perjuangan yang menepati citarasa anak-anak muda masa kini. Tambahan pula 2 juta pengundi muda akan berdaftar secara sah dalam pilihanraya umu akan datang. Bagi saya langkah kerajaan negeri melantik penulis blog dikalangan pesara mungkin ada sedikit kesilapan. Ini kerana bukan semua pesara boleh menjadi penulis blog yang baik. Pengalaman saya selama 11 tahun dengan blog memperlihatkan bahawa penulis blog harus peka dan menghayati kerjayanya itu. Bukan boleh dibuat-buat atau lakonan semata-mata. Saya tidak pernah dibayar walau satu sen pun sejak menulis blog dari tahun 1998 lalu. Namun jasa saya juga banyak dalam membantu perjuangan rakyat di negara ini. Kita tidak mengharapkan balasan dan imbuhan, cuma perhatian yang amat diperlukan buat masa ini". CMK juga tidak menolak kemungkinan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku di Pahang pada masa ini dan masa akan datang. "Bagi saya, sebagai orang Melayu dan Islam kita haruslah bersatu demi perjuangan dan masa depan generasi akan datang. Perbalahan sesama kita bakal mengundang masalah yang lebih besar jika tidak ditangani dengan betul" katanya mengakhiri perbualan.



-dari weblog PahangDaily.


Nasi Terbuang Di Bukit Antarabangsa..???



Salam,

Beberapa hari lalu semua orang tahu bahawa TV3 ada tunjukkan babi hutan makan makanan berbungkus yang terbiar, terbuang....

Rupa-rupanya makanan itu adalah dari team UMNO, yang dibawa oleh UMNO. Kenapa dan bagaimana ia terjadi?... Allah Maha Kaya...

Sejak bukit runtuh, sejak 7AM hari pertama hingga tengahari hari ke-2 , pihak berkuasa, dll asyik menghalang para sukarelawan PR, PKR, PAS, Unit Amal dari memasuki kawasan atas alasan menurut perintah pihak atasan...

Dalam tempoh itu, pihak MP dan ADUN PKR @ PAS kena cemuh..., bila public tahu kisah sebenar.., (selepas itu la...) tu pasal makanan tu kena buang...

Masih sedang meeting logistik tragedi tu sekarang..., dan dapat maklumat sebenar input ini & ana sebut untuk iktibar..., bekerjalah dalam keadaan EHSAN...

Lain-lain sabotaj yang dibuat ialah :

-mereka halang kita masuk beri bantuan

-kita dikata tidak pro, padahal mangsa2 kata puak2 tu rehat aje, kehulu hilir, main sms, merokok, pesta makan digerai, dll..

-media kata PR tak pro aktif sedangkan mangsa terbiar, pada hal nak aktif macamana sebab mangsa tak ada (tak ramai ) kat sekolah Hulu Klang tu.Sebab lepas daftar, mereka terus check-in hotel.., maklum lah mereka ada duit..

-minta barang2 dari JKM, dihalang -ditanya mana autoriti anda?... Dah bergaduh bagai, baru dapat..



-sumber dari email rakan dan juga gambar dari blog pinkturtle.

9.12.08

TV3 suku: MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu..

Oleh Ibrahim Baba

Memang terkejut bila kita baca atau tonton berita seperti itu. Mana mungkin. Lebih menghairankan lagi beliau bertanding atas tiket PAS. Lagilah mustahil..

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak perasan apabila Buletin Utama TV3 29 Nov 2008, menyiarkan laporan berhubung kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail, disusuli dengan ulasan PRU2008 yang dimenangi Razali, TV3 menyiarkan gambar Razali, Md Isa Sabu dan Maimun Ali.



Suatu kesilapan yang tidak professional dengan menyiarkan gambar Md Isa Sabu untuk Md Sabu.



isk isk isk… kan lain tu.

- sumber artikel dari tranungkite


[itu namanya tak cerdik dan dalam erti kata lain...kurang cerdiklah pemikiran politik tv3 suku nih....ataupun memang tektik lama depa ni untuk tidak tonjolkan tokoh parti pembangkang dalam media depa.... hampeehhhh....]

Related Posts with Thumbnails