Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

11.2.09

Che Din: " Operasi KDN di seluruh negara.."

Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan.

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

harakah confiscated 100209Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak," katanya, sambil ketawa kecil.

suara keadilan newspaper 201106Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya.

Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas.

"Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah. Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.


- dari Malaysiakini.


p/s - * (TP pinjam sat trademark hang..) Khak Ptuih...!!!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rampas and Rampas.. BN ni takut lah tu..

Hijat Panjang... berkata...

salam...

be-enD kata tak takot...bukan pasai takot depa soh kdn buat operasi..tapi cuma 'tak berani ajer'..kan kemaluan makin ter'serlah'...paper media utama mana ada cerita betoi...

kasi pecah laa..(opss zul mamak,pinjam satt..) operasi apanya..aritu brtahun nak dapat permit terbitan, la ni buat operasi rampas lakk..apa sai ??

allo, be-enD...kalo anak jantan a.k.a ada teloq..mai la lawan dalam pilihan raya yang ADIL..kita tengok sapa yang betoi2 HERO...!!!

Tanpa Nama berkata...

salam hijat'
utusan meloya, berita hairan dan banyak lagi akhbar merapu tak kena apa la...laporan senget sebelah pun tak apa....tak kena rampas,

macam ni pun ada...he he heeeee!

Related Posts with Thumbnails