Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.5.09

Pulau Pinang Akan Dapat Timbalan Ketua Menteri BARU... ~ malaysiakini

Membuang undi telah di tutup.

Tak perlu buang duit dan tenaga untuk kira undi.

Banyak pekara yang lebih baik boleh di buat.

Boleh pergi ke Permatang Pauh makan kandar Melayu.

Boleh cari nasi itik.

Parti United Malays National Organistion telah mengaku kalah.

Minah Ronggeng betul-betul masuk wrong geng.

Calon bebas yang lain telah terbabas.

Penyokong Pakatan sila bersedia untuk ke Manek Urai dan Bukit Lanjan.

- dicilok dengan bergayanya dari TT- Tukar Tiub.

* p/s - ehhh...bukit lanjan apa hal lak dahh..??? dilanda gempa bumi ka? bangunan runtuh kaa..??? heran, heran...

Dr. Mansor JAUH MENDAHULUI...Bebas Cap Wau MengEKORi...Kak Min Ketinggalan ~ malaysiakini

Laporan tidak rasmi selepas 90 minit proses pengiraan undi dimulakan, calon PKR, Mansor Othman sudah memperolehi jumlah undi yang mencukupi untuk diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Difahamkan calon PKR itu mendahului di semua 10 pusat pengundian dProses pengiraan undi sedang dijalankan di semua 10 pusat pengundian.

Sehingga jam 7.16 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas -  Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

- dari Malaysiakini

Punya Lembap Sampai Terlena... ~ malaysiakini

Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) melaporkan dalam laman webnya, klik [DISINI]  bahawa pegawai tempat mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Tanah Liat tertidur kerana kurang pengundi.

Mafrel melaporkan perkara perkara pada jam 3.51 petang dalam lamanwebnya bersama foto pegawai yang tertidur itu.

Menurut Mafrel, keadaan mungkin gambaran terbaik mengenai kelembapan proses pengundian dalam pilihan raya kecil DUN Penanti hari ini.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Penanti sehingga jam 4 petang ialah 44.36 peratus atau 6,824 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang; 38.77 peratus atau 5,964 orang (2 petang); 29.86 peratus atau 4,593 orang (12 tengahari); 23.5 peratus atau 3,590 orang (jam 11 pagi) dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil hari ini.

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.
--

- dari Malaysiakini

Kak Min Melaporkan Dari Tempat Kejadian Ngundi... ~ malaysiakini

Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

aminah abdullah penanti by election"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.

Ketika ditanya peluangnya dalam pilihan raya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.

"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.

Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

sumber : Malaysiakini

29.5.09

Alahaiii Penanti & Manek Urai... ~ malaysiakini


Setelah banyak kita bercerita tentang Kak Min di Dun Penanti, mari kita menjenguk sebentar di Kelantan khususnya saat menjelang PRK Dun Manik Urai. Bezanya sedikit sahaja, jika di Dun Penanti Kak Min atau `Minah Ronggeng' (gelaran oleh Azmin) adalah calon bebas sahaja, tetapi di Kelantan `Raja Katak' tersohor adalah Wakil Rakyat bebas Parlimen Pasir Mas. Kedua-duanya tidak banyak beza, seperti `katak dua sejoli'.

Baru-baru ini Ibrahim`Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban).

Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah. 

Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'.  

Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihan raya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS. 

Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah`Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini.  

Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali. 

Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah. 

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun. -wfauzdin

dicilok dari blog Kelab Greenboc 

Warkah Untuk Kak Min... ~ malaysiakini

Kak Min,
Saya harap Kak Min sempat membaca warkah ini. Penyokong Kak Min diharap dapat sampaikan mesej ini kepada Kak Min kerana barangkali Kak Min sibuk berkempen.

Pertama sekali ingin saya jelaskan di sini bahawa sebagai seorang Muslim kita perlu mulakan kerja politik ini dengan niat kerana Allah. Niat itu membolehkan kita mendapat pahala ibadat. Kita wajib berpolitik kerana Allah Taala dengan harapan untuk menjernihkan kekeruhan dan kekotoran politik. Apabila kita 'main politik' secara serius kerana Allah baharulah kita akan terlepas dari fitnah atau impak buruk politik songsang.

Tentu sukar dimengerti oleh rakyat tanahair tercinta ini apabila disuakan dengan subjek 'kekudusan' berpolitik. Kata mereka "mana ada atas muka dunia ini, orang politik yang bersih dan baik. Bukankah politik itu satu permainan kotor, jadi bila main politik mana boleh buat betul-betul. Kalau kita ikut rule, betul dan lurus maka kita akan kena makan –termasuk oleh kawan sendiri"

Kak Min,
Yakinlah kita boleh berpolitik secara murni jika itu yang kita mahu. Kak Min bukan orang baru dalam politik dan Kak Min cukup faham sepak, tanduk, kilas dan lipat dalam arena politik. Sepanjang jalan Kak Min berpolitik tentulah Kak Min melihat pelbagai bentuk kekotoran dan keponggahan politik. Kini tibalah masanya untuk membersihkan kekotoran itu. Kak Min tidak keseorangan untuk perjuangan suci ini biar pun Kak Min sudah 'keluar pakat(an) dan belum 'masuk baris(an) pun'. Ingat kita bukan hanya mahu bersihkan parti politik tetapi semua elemen politik agar ruang siasah ini jadi bersih.

Kak Min,
Jika mereka kotor dan jahat maka janganlah diteladani mereka. Jangan ikut jalan dan kaedah mereka. Jika mereka keji dan melampau maka janganlah kita bersekongkol dengan mereka. Kita gunakan wadah yang bersih (bukannnya 'wadah tong taik'-maaflah kerana imbas balik(flashback) frasa lama yang begitu hits satu ketika dahulu!)

Kak Min
Politik sepatutnya boleh menjadi wadah dakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam politik. Sekurang-kurangnya dengan jalan kita menunjukkan sahsiah berpolitik yang baik. Melalui politik juga kita boleh menyalurkan fikrah dengan baik dan efektif jika kita sedia ambil peluang. Biar pun Kak Min keseorangan melawan gerombolan yang besar itu, seandainya Kak Min mampu menunjukkan akhlak yang baik maka itu lebih mempersonakan berbanding kekuatan jentera parti dan akal manusia. Inilah hikmah berdakwah. Tugas berdakwah bukan hanya terletak di bahu ustaz, jabatan agama atau NGO dakwah semata-mata. Semua orang Islam WAJIB berdakwah agar kehidupan ini akan lebih diredai dan mendapat berkat. Ini misi besar kita semua.

Kak Min
Nampaknya cadangan ini begitu sukar dan boleh diperlekehkan serta layak menjadi bahan ketawa sahaja. Namun saya yakin jika Kak Min berdakwah tanpa kaedah umpatan, tuduhan palsu, tikam belakang (juga tikam berdepan), atau tipu helah dan belit membelit, maka majoriti pengundi akan memilih Kak Min berbanding calon-calon yang lain.
Janganlah pula Kak Min fikir yang warkah ini bertujuan merendahkan darjat akal dan watak peribadi Kak Min. Memang tidak adil dan kurang berakallah jika ada anggapan sebegitu. Perkara ini perlu diberitahu dan ini sebahagian kerja dakwah yang perlu ditunaikan.
Kak Min ada kemahuan dan kekuatan politik, maka tidak sukar bagi Kak Min untuk menjadi pendakwah –dengan jalan politik. Untuk itu perlulah Kak Min gunakan strategi yang murni dan sesuai dengan uslub dakwah. Paling utama sekali Kak Min senantiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Kak Min
Seandainya Kak Min kabur mesej ini ertinya Kak Min sama sahaja dengan politikus lain. Atau Kak Min memang selamanya akan meraikan politik cara lama. Jika semua ahli politik khususnya yang Islam tetap istiqamah dengan nilai politik lam itu –lantas menafikan sahsiah dan syiar Islam, apalagi yang boleh kita harapkan dari politik serupa ini. Barangkali itulah sebabnya muncul 'terrorist' di segenap penjuru alam- tidak harap dan tidak percaya kepada ahli politik arus perdana.

Sesungguhnya politik juga kerja dakwah! Pendakwah politik yang ditertawakan ertinya kerja dakwahnya diuji. Ujian berdakwah bukan sedikit dan tidak berkesudahan. Marilah kita mulakan kerja dakwah melalui jalan politik biar pun kita bukan dari Parti Dakwah! Sekian.

Catatan
Tulisan ini bolehlah juga dimanfaatkan oleh Kak Mim & Abang Mim seluruh jagat maya.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

28.5.09

Penanti : Bebas Punya Cerita... ~ malaysiakini

 Salam semua....

Sejak kebelakangan ini, malas betoi aku ni nak komen atau bagi pendapat isu-isu semasa sejak dari UmNO-BN (UBN) tak mau join PRK N.12 Penanti. Terus aku tak semangat dan sejuk 'gedi' nak cetuskan idea-idea yang bernas untuk dimuatkan dalam blog. Namun terpanggil jugak akhirnya untuk ulas dan timbulkan isu mengenai calon BEBAS N.12 Penanti, Aminah Abdullah a.k.a Kak Min ataopun blogger Zul Mamak Png bagi nama dalam blog dia - Altantuya dan jugak sekoq berudu di Pasir Mas, Kelantan yang bertanding pada PRU-12 lalu atas tiket calon PAS, selepas menang jadi Ahli Parlimen BEBAS, Ibrahim Ali.

Kak Minah ni bukan main laser mulut dia ngalahkan artis bermulut celupar, menembak satu demi satu isu musuh utama dalam perlawanan PRK N.12 kali ni, Parti keADILan Rakyat di mana telah diperangkap 2 orang ahli keADILan iaitu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Cheah Kah Peng dan pembantu khas Exco P.Pinang, Peter Lim ketika terima jemputan ke rumah dia di Jelutong untuk makan tengahari dan berbual-bual bersama suami si calon Bebas, di rakamkan segala perbualan pada kunjungan tak rasmi itu untuk tuduhan pada keADILan yang cuba menyogok beliau....ehhh..bukan menyodok kaa..????

Tak lojik dan masuk akai depa 2 orang ni yang anggap sebagai kawan seperjuangan dulu, sembang secara melawak, tapi dikhianati oleh si calon Bebas ini dengan mengatakan depa ni betoi-betoi dan serius cuba 'menyogok beliau'... Kat sini la orang dah baca.. jadi 'kawan makan kawan'... Semua dah sedia maklum yang perangkap itu rupanya makan tuan @ puan...

KeADILan akhirnya serahkan notis untuk tarik balik dakwaan dalam tempoh 1 minggu dan jika gagal, dia ni akan didakwa di mahkamah... Bukti yang dia ada katanya hanyalah perbualan antara mereka berempat...kak min, suami dia, cheah dan peter lim dalam bentuk Audio dan dia telah all-round pi buat repot katanya " itu lah bukti sebenar kesalahan keADILan iaitu Parti Politik yang beliau dan keluarga beliau pernah sanjung dan aktif di dalamnya satu ketika dulu....

Yang buat aku dan kawan-kawan musykil dan heran...pasaipa dia masih kekalkan nama PKR ni mahupun keADILan dalam urusan perniagaan ataupun peribadi dia walaupun katanya dah keluaq dari Parti tersebut... Dengaq bunyi dia meluat tu macam terok sangat, tapi kalau dah meluat pasaipa masih kekalkan nama 'PKR' pada kad nama perniagaan beliau dan suami beliau...???? ' PKR REZEKI ENTERPRISE '...??? hangpa tengok la biz card @ kad nama kat bawah ni.... Betoi dakk..???? dan satu kad lagi tu kad nama masa dia aktif gila dalam Parti yang dia meluat la ni tuu.... Kalu dah meluat sangat, apa masalah kalau dia tukaq pi nama lain..??? Bukannya susah punnn... Bayaq aja la boh nama lainn....





Wayang kulit betoi la chombi nii.... Punya busuk perot kat Parti yang dia kata pimpinan dan hala tuju parti dah terpesong tu, sanggup perangkap rakan seperjuangan dulu jadi mangsa...!!! Alahai...Kak Min ooooiiii...sejibik macam taktik a.k.a Modus Operandi si mantan Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor semasa kempen PRK P.44 Permatang Pauh tempohari yang terang-terang menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim sebagai senjata kempen UmNO-Bn.... Orang semua dah tau laaa.... Tembelang mu dah Pecahhh.....

Si sekoq lagi ahli parlimen BEBAS, si berudu pulak...(bukan aku kata...TT yang kata..kat [SINI] kah kah kah..) dok menyibuk pulak dah bercakap pasai PRK akan datang di Manek Urai, Kelantan... Memang celaka dia ni...hang ingat hang BEBAS selama-lamanya kaa..??? Pi tungging la hang kali nak mai ni PRU-13.. Jangan harap PAS atau PR nak bagi tempat sebagai calon kat hang...mampoih la hanggg.... Tak sedaq diri betoiii...




27.5.09

Harap Bersabar semuaa.....

Harap Bersabar!


Laman GoBloG Ini Sedang dalam Pembinaan artikel...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

23.5.09

Pentingnya Ada 'Kabel'...Terserlah & Terbukti Sudah... ~ malaysiakini

klik pada gambar kartun untuk besarkan...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

22.5.09

Future Card It's Cool... Kad Masa Depan... ~ malaysiakini


* p/s - hhmmmmm....bila la agaknya nak di 'iplimentasikan' di Mesia ni....


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

21.5.09

Zul Nain has sent you a Desktopdating invitation...


Add Friend Request from Desktopdating.net for zul_onenie Zul Nain wants to be your friend

zul_onenie
Do you want to add Zul Nain to your friends network ?
 
Click here to accept zul_onenie as a friend
Accept
   Click here to reject friend request
Reject
Privacy Policy  Unsubscribe  Terms and Conditions


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Vincent Koo has sent you a Desktopdating invitation...



Add Friend Request from Desktopdating.net for vincentgreatvision Vincent Koo wants to be your friend

vincentgreatvision
Do you want to add Vincent Koo to your friends network ?
 
Click here to accept vincentgreatvision as a friend
Accept
   Click here to reject friend request
Reject
Privacy Policy  Unsubscribe  Terms and Conditions


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Hazali Yahaya has sent you a Desktopdating invitation...


Add Friend Request from Desktopdating.net for hazaliyahaya Hazali Yahaya wants to be your friend

hazaliyahaya
Do you want to add Hazali Yahaya to your friends network ?
 
Click here to accept hazaliyahaya as a friend
Accept
   Click here to reject friend request
Reject
Privacy Policy  Unsubscribe  Terms and Conditions


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Arios Amigos has sent you a Desktopdating invitation...


Add Friend Request from Desktopdating.net for ariosamigos2pg Arios Amigos wants to be your friend

ariosamigos2pg
Do you want to add Arios Amigos to your friends network ?
 
Click here to accept ariosamigos2pg as a friend
Accept
   Click here to reject friend request
Reject
Privacy Policy  Unsubscribe  Terms and Conditions


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20.5.09

Info : Touch 'n' Go Card You Must Know... ~ malaysiakini


Dear Friends,

I recently lost my T n Go Card & when I reported to the sales office; following r important hints you hv to know:

1.) Save the T n G tel.: 03-76285115 in your H/P. Also the Mfg # for their references; this # U can get it frm the receipt when U top up your Card.

2.) Tel the Co. asap when u found your Card lost in order to STOP the founder keep on using your card. They will then ask U to fax them a letter as an official cancellation of your card. Any RM$ balance will then send it back to U. The fax No. is 03-76285100.

3.) Started frm 1/4/09, there will be NO more Pg Bridge discount Card issuing to " Pg. Lang ". That means once U lost your card, U R no more enjoying the Rm 5.60 to cross the Bridge.  Therefore, SAFE keep your present OLD Card & U can save the $ esp. those hv to cross the Bridge Daily.

4.) If U know that your Card is coming to 10 years old, immediately go to the sales office (beside the Pg. bridge toll) to UP-DATE your Card.  Otherwise u will find the trouble to JAM in between the T n G toll that waste much of your time to reverse out the Q. Because your Card don't allow U to cross the toll (how SMART is the card & how FOOLISH is the Systems Designed), that's all.

If U love your friends, kindly pass on to them.


- usefull info had received from email...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

19.5.09

Song : Knock, Knock, Knock On UmNO's Head... ~ malaysiakini

This is a song sung to the tune of  "Knocking on Heavens door" by Bob Dylan.
For those who are not aware of the tune, please click on the youtube link below:-




Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

We don't buy the ISA,
Don't sell us the Devil's Way.
ISA is an evil deed,
It's a law we just don't need.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Rakyat is the kingmaker,
Don't forget to remember.
You don't listen when rakyat shout,
Very soon we kick you out.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Malaysia is a Democratic State,
Don't make it a Police State.
Malaysia you say is Islam Hadari,
But to me you are Hipocracy.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

You once promised anti Corruption,
Clean up,down,in and out.
If you break your own promise,
We will surely vote you out.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Lets start talking Development,
Tall buildings and grand residence.
Kronis and Ministers are the ones who gain,
Rakyat is left in poverty and pain.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Let's talk about Inflasion,
Don't blame Sorros for your stupidity.,
You spent his money many times over,
He took your money,left the Banks empty.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before ite too late.

Petrol price went up and up,
Government robbed all the riches.
Yet you denied our profits due,
You charged us like we are foreigners.

Knock, knock, knock on UMNO's head,
Please change before its too late.

Please don't rob us any more.
Please don't abuse us with ISA.
Please treat us with due respect,
Please don't go the devil's way.


- imported from Warong Pak Yeh blog's..

Related Posts with Thumbnails