Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

15.2.09

‘KERAJAAN HARAM BN’ PERAK AKAN TUMBANG DALAM MASA TERDEKAT...!!! ~ malaysiakini

Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker.

Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker !

Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan memerangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara.

Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun.

Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya. Demikian kata Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia sepastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

Speaker Negeri sebelum ini telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.

Terkini Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Dalam keadaan begini, Umno sebenarnya tidak ada pilihan selain terpaksa menerima hakikat bahawa DUN Perak akan dibubarkan untuk mengelakkan masalah yang berlaku.

Ternyata mereka yang mengetuai dan merancang rampasan kuasa di Perak telah bertindak tanpa memahami undang-undang dan kesan dari aspek pelembagaan.

Pilihanraya kecil di Perak semakin sesuatu yang pasti. Justeru itu semua jentera dalam Pakatan Rakyat perlu bersedia bukan hanya berhadapan pilihanraya kecil Bukit Gantang tetapi juga pilihanraya kecil untuk seluruh Perak.

Dalam keadaan sokongan yang semakin mantap, Umno bakal menerima hukuman dari rakyat Perak. Walau bagaimanapun saya yakin mereka sekali lagi akan menggunakan taktik kotor untuk memastikan pilihanraya kecil tidak berlaku di seluruh Perak.

- sumber - http://muslimeen-united.blogspot.com

*p/s - hah...!!! hang kata hang terrar....mana??? lama mana ja hangpa nak jadi keRAJAan nihh...???? Piii Raahhh....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka menyangka perancangan mereka adalah cukup baik tetapi perancangan Allah lebih baik lagi sesungguhnya Allah pencipta manusia dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Yakinlah Allah berserta orang-orang yang beriman, yakin wahai orang-orang yang beriman kemenangan dari Allah adalah untuk orang-orang yang beriman.
Berjuanglah kearah kebenaran sesungguhnya Allah sentiasa bersama pejuag-pejuang kebenaran dan sesungguhnya Allah sendiri akan mengiktiraf pejuang-pejuang kebenaran sebagai pejuang-pejuangNYA.

------MiNdA tEnAnG--------

PAPA GOMO berkata...

HE HE HE SAPA YANG LANTIK SPEAKER???

SEKARANG SPEAKER NAK SAMAN MB ZAMBRI???

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MANA???

HANGPA NI TAK UBAH-UBAH BUAT KECOH!!!

Hijat Panjang... berkata...

salam GOMO..

hang baca balik artikel ni betoi2..SAMAN HADIR...bukan saman dimahkamah..tu la lain kali jgn dok serbu tembok..baca dan paham baru nak tembakkk..!!! la ni sapa yg buat kecoh?? penyokong PR jugak yg KECOH..??

hang pun adek beradek Zambry jugak kaa..??? Hang piii raahhhh...!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Gomo,
Aku dah baca banyak komen hang,lagi baca, lagi serabut....tak da 'standard'pun nak komen orang...nak kata orang...nampak sangat kerendahan fikiran dan kajian anda tak mencakupi kehendak semasa....jangan tonjolkan diri, jika hanya 'Indoktrinasi'

Related Posts with Thumbnails