Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.2.09

Sidang Tergempar DUN Perak 3 Mac 2009...

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan.

sivakumar and perakIa dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

- dari Malaysiakini.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Jom Pakat Naik Sampan..Tol Naik Lagi... ~ malaysiakini

aku click NST online jam 5.25 pm ....
Wakakak ... terkejut aku !!!

Di atas tajuk berita tol .. gambar orang naik sampan .. hish .. aku ingat bila tol naik, semua orang di suruh naik sampan. Wakakaka !!!

Perhatian !!!

Aku perasan .. kalau,
Percuma air 20 meter padu untuk rakyat Selangor, umno tak kata "Kami tak mahu"
Bila tol naik ... umno tak kata "Kami tak mahu"

UMNO ni apa? wakakak ... !!! Macam benda yang AMK bawak ke pejabat SPRM semalam ke?
Mooooooo ...... !!!


- dari notoumno

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

GERAK Jejaki Rasuah... ~ malaysiakini

Gerak Juga Perlu Siasat Bekas MB Selangor

RAKYAT negeri Selangor mungkin merasa bangga dengan peranan dimainkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebuah NGO yang diasaskan oleh Ezam Mohamad Noor kemudian diwariskan kepada Mohd Nazree Mohd Yunus anak buahnya yang telah membuat laporan terhadap MB Selangor, Khalid Ibrahim yang didakwa melakukan salah gunakan kuasa, guna kereta peribadi untuk urusan rasmi dan juga membahagikan lembu korban untuk rakyat.

Gara-gara laporan yang dibuat oleh Gerak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, menyebabkan kedudukan Khalid sehari dua ini kurang selesa dan sikit terganggu.

Imej Khalid sebagai MB juga turut tercemar apabila SPRM bertindak lebih kuah dari sudu apabila ketuanya, Ahmad Said Hamdan telah 'menghukum' Khalid sebagai bersalah dengan ulasan media mengenai siasatan ke atas Khalid.

Cara Ahmad Said menimbulkan isu mengenai Khalid Ibrahim seolah-olah beliau sedang mempromosikan dirinya untuk dicalonkan oleh BN di Bukit Gantang saja. Apakah beliau berminat untuk menjadi ahli Parlimen?

Apakah ada pakatan antara Ezam, Gerak dan SPRM bagi mengugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

Khalid nampaknya bersedia menghadapi tindakan SPRM dengan menegaskan dia bukan boleh digertak. Bagi Khalid cara isu itu dibangkit seolah-olah mahu menggugatkan emosinya saja. Bagaimana pun sama-samalah kita tunggu perkembangan itu dan bagaimana kesudahannya nanti. Cuma sekiranya pihak Peguam Negara tidak membawa kes Khalid ke mahkamah, Ahmad Said Hamdan hendaklah mengambil tanggungjawab atas apa yang beliau lafazkan sebelum ini.

Tidak molek kalau seorang ketua kepada suruhanjaya bebas tidak mempunyai intergriti, bersikap 'jongkang jongkit' dan tidak mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang beliau lakukan. Sikap begitu ia akan menyamakan Ahmad Said dengan perangai seorang ahli Parlimen bebas di Parlimen yang mengaku profesional, bijak, cerdik dan ikhlas namun moralnya hampas!
Menyentuh mengenai laporan Gerak terhadap Khalid Ibrahim yang membahagikan lembu korban pada hari raya Aidi-adha lalu ia timbul kehairanan saya kepada pihak yang melaporkan perkara itu. Apakah Gerak semata-mata melihat kepada apa yang dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa itu tanpa melihat kebajikan di sebalik apa yang dilakukan Khalid?

Bukankah lembu-lembu korban itu diberikan kepada umat Islam dan sebagai usaha Khalid meraikan umat Islam pada hari raya? Apakah Gerak melihat kesalahan sebegini lebih besar daripada kesalahan dan rasuah lain yang melibatkan jutaan ringgit seperti penyelewengan dalam pembelian kapal selam dan sebagai?

Aktiviti dilakukan Khalid yang berunsur rasuah begitu banyak dilakukan oleh pemimpin lain. Ia bukan saja berlaku sehari dua ini tetapi sejak 51 tahun dulu.

Secara peribadi saya ingin mencabar Gerak agar turut menyelongkarkan pemberian lembu-lembu korban oleh bekas MB Selangor, Mohamad Khir Toyo pada tahun 2007 dulu dan juga sebelum ini. Diharap Gerak menyiasat syarikat manakah yang membekalkan lembu-lembu yang diagihkan oleh Khir Toyo pada setiap tahun?

Pada tahun 2007 sebanyak 400 ekor lembu dibahagikan oleh bekas MB itu kepada ketua-ketua cawangan atau wakilnya di satu majlis di Shah Alam, Selangor.

Jelas yang dilakukan Khir Toyo itu sama saja nilai dan darjatnya dengan apa dilakukan Khalid Ibrahim. Gerak kena siasat syarikat mana yang membekalkan lembu-lembu berkenaan dan apakah pula ganjaran yang diberikan kepada syarikat berkenaan? Kadang tempat lembu-lembu itu disimpan masih ada hari ini terletak di Batang Berjuntai. Gerak jangan hanya rajin mencari kesalahan Khalid tetapi buta kepada apa yang pernah dilakukan Khir Toyo.

Gerak jangan hanya bertindak melaporkan salah guna Khalid Ibrahim atau pemimpin Pakatan Rakyat tetapi terlepas pandang terhadap pemimpin BN dan juga bekas MB Selangor.

Kalau Gerak mesti ingat sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor satu laporan rasuah berhubung pemberian tanah kepada seorang perempuan yang telah dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman (kini pengarang Harakah). Gerak boleh menyemak kes ini dan cuba bawa semula kepada SPRM. Apakah fail berkenaan telah ditutup?

Setahu saya kes ini tidak disiasat dan sikap SPRM ketika itu BPR tidak selancang Ahmad Said dalam mengulas isu yang membabitkan Khalid Ibrahim.

Sebagai NGO bebas Gerak kena buktikan yang ianya liberal dan bebas. Kalau Gerak hanya bertindak dengan memilih bulu sama seperti SPRM dalam membuat siasat dan pendakwaan memilih bulu, maka Gerak juga lebih kurang SPRM sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kalau Gerak sampai akan dituduh sebagai alat kepada mana-mana pihak dan individu yang berdendam kepada individu lain.

Kita tidak mahu nanti Gerak akan dituduh sebagai komponen baru BN seperti mana dilemparkan kepada SPRM yang kini sedang 'memohon' untuk menjadi komponen rasmi BN. [wm.kl. 10:30 am 23/02/09]


- sumber dari blog msomelayu.(link di tajuk atas)

p/s - Gerak jangan tak Gerak...tu la pasai..lain kali siasat la dulu Mantan MB Selangor tu..ni tidak, MB yang baru setahun hangpa nak gempak diaa..silap laa...ingat Gerak, jangan berat sebelah cam jongkang jongkit serupa SPeRMa....tak pasai saja orang kata hangpa bakal Parti Komponen BN satgi...Moh, Moh...Pi Siasat nuuu....

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

26.2.09

SPRM Di Hadiahkan Lembu.. ~ malaysiakini

Laporan Lewat

SPRM Dihadiahkan Lembu

HARI ini (25 Feb 2009) satu lagi sejarah negara ini dicatat apabila seekor lembu jantan ikut sama dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor semasa 20 laporan semula rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Mohammad Khir Toyo dibuat.

Khir dikatakan melakukan pelbagai jenis rasuah dalam tempoh beliau menjadi MB dari tahun 2000 hingga 2008. Laporan itu pernah dibuat sejak bertahun lalu tetapi tidak disiasat!

Kehadiran lembu berkenaan sebagai simbolik protes Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk SPRM yang berat sebelah dan tidak profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Sikap SPRM itu dirujuk kepada telatah ketuanya, Ahmad Said Hamdan yang membuat kenyataan terbuka mengenai Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang disiasat SPRM. Kenyataan Ahmad Said itu seolah-olah mahu mencemarkan imej Khalid.

Ahmad Said dalam kenyataan di Pulau Pinang minggu lalu mendedah yang pihaknya ada bukti kukuh untuk mendakwa Khalid Ibrahim. Beliau sepatutnya tidak membuat kenyataan itu kerana soal butiran siasatan adalah rahsia.

Kenyataan Ahmad Said itu dikira melampau dan tidak adil kerana siasatan ke atas Khalid masih belum selesai.

Sempena laporan itu juga satu himpunan yang dinamakan "Semangat 46 Lembu" diadakan di perkarangan pejabat SPRM di Wisma Masalam.

Tidak dapat disahkan apakah lembu berkenaan yang dihadiahkan kepada SPRM itu diterima oleh wakil SPRM atau pun wakil Ahmad Said.

Laporan yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar itu disertai kira-kira 100 penyokong dan dikawal rapi oleh pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam pada itu Shamsul Iskandar diminta hadir ke pejabat SPRM Rabu depan berhubung laporan semula 20 rasuah ke atas Khir Toyo itu. [wm.kl 10:45 pm 25/02/09]

p/s - memang patut pun diberikan sekoq lembu kat SPeRMa ni...perangai selama ni pun cam lembu..di cucuk idong..

Gempar..!!! Blogger Di Tawar RM 5 Juta...!!! ~ malaysiakini

gambar wang kertas contoh tiada kena mengena dengan cerita..sekadar CONTOH.

Semalam..dalam perjalanan ke Grik dari Ipoh, sebaik saja keluar dari tol Kuala Kangsar, ada sebuah Wira putih plet Wilayah Persekutuan ikut aku. Aku dengan Sya-reformis nak pergi majlis Nizar di Grik, dan aku bagi tau Sya… "ada SB ikut kita!".

Sampai kat R&R Selat Pagar, aku berhenti untuk pekena kopi O, dan Wira putih pun berhenti juga, tapi di gerai berlainan. Sya dah pucat…terus dia call member kat Grik…"kalau kami tak sampai, cari kat balai polis berhampiran. Belum sempat kopi O aku sampai, sebuah Toyota Hilux warna hitam berhenti kat gerai dimana aku duduk. Seorang lelaki Melayu, dan seorang lelaki Cina dan seorang perempuan Cina. Kalau tengok cara..lelaki dan perempuan Cina tu macam suami isteri, dan lelaki Melayu tu nampak macam derebar.

Depa terus datang kat meja kami, dan lelaki Melayu tu terus menghulur tangan untuk bersalam…"Assalamualaikum Tuan MSK! Saya Fauzi." Fuiyo!..tak sangka kat tempat tersorok ni pun aku ada peminat!

Dia pun memperkenalkan aku dan Sya kepada 'pasangan suami isteri' Cina tu. "..This is Mr. MSK, orang kuat DSAI…and this is Sya-reformis, orang kuat Datin Seri Fatimah! "

"And this is Mr. Wong." Dia perkenalkan aku kat lelaki Cina tu.

Pulak dah!! Anwar pun tak kenai aku! Tapi dah banyak kali aku dengar cerita macam ni…dan bila dia cakap macam tu, aku dah boleh agak…dia ni broker. Paling kurang broker pasir atau kuari.

"Bukan Tengku Wong ka?" saja aku nak melawak…tapi muka lelaki Cina tu berubah.

Aku tak jemput pun..tapi depa terus duduk semeja dengan kami.

"Macam mana dengan perkembangan Perak?" Soalan macam ni paling kurang sepuluh SMS aku terima setiap hari..macam mana aku nak jawab?

Banyak soalan yang dia tanya..tapi itu semua pembuka mulut. Tiba-tiba dia tanya.."Tuan boleh arrange jumpa dengan DSAI tak?"

"kalau pasai balak..tak dak chance la..tapi kalau pasai katak, no problem" saja aku nak melawak.

"Exactly! " kata Mr. Wong. "You get us to see DSAI, we'll give you your share." Whoa!! Ini sudah serius maa!

"I need to know the real story…otherwise it's hard to convince Anwar." Aku jawab.

"You see aaa…Jamal and Osman want to come back to PKR, Hee and Dato' will resign soon. This time Umno sure bungkus one." Kata Mr. Wong.

"How can? You think these four katak dare to make Sultan angry ka? These people got no ball one."

"Haiya!! You know aa? Hj. Osman already make contact with Jamaludin, and Hj. Osman already talked to Azmin. Azmin already talk to Anwar. But Anwar got very angry with Azmin and Hj. Osman."

"Why?"

"Because these people la…Perak fell to Umno!" kata Mr. Wong. "You see aaa..since Umno take over…you see Hj. Osman in Perak aaa? He dare not come one! He come for PKR meeting only,…after that he cabut back to KL."

"So?"

"Like this la…if you can take us to see Anwar..and Anwar ready to take Jamaludin and Osman back to PKR aaa..you got 5 million. After that you can retire, nobody know!"

Cakap pasai juta-juta ni..dah banyak kali aku kena kencing… "How can I trust you?" aku tanya Mr. Wong.

"I can take you and see Jamal and Osman. You can talk to them." Mr. Wong bagi tau aku.

"Where are they now?" aku tanya.

"Jamal and Osman ada di Pejabat Umno Ipoh. Hee and Dato Nasa ada kat Casuarina" jawab Fauzi, broker Melayu.

"This is crazy!" aku kata. "Tak kan Umno nak diam..kalau depa tau benda ni!"

"Umno tau!" jawab Fauzi." Tapi depa pun dah blurr…tiga hari lepas, depa jumpa Sultan, mintak ambil tindakan terhadap Nizar dan Speaker, tapi Sultan Azlan tak mau. Sultan kata…beyond his jurisdiction. So…tu pasal depa pi London..cari QC. Tapi apa yang depa buat, backfire! Sultan marah depa balik."

"dah tu?"

"That's the problem..Sultan tak mau buat apa-apa lagi, and Anwar tak mau terima Jamal dan Osman."

"Why not?" aku tanya.

"Anwar got very angry…he said aaa..Jamal and Os must resign first. If he take back the two of them, people will fire him. But Jamal and Os cannot resign just like that la…"

"You think Anwar want to pay them?"

"No need one!! We will settle all that. What we want aaa…Anwar just accept Jamal and Osman back to PKR..then they resign..so people will not angry with them maaa. Now aaa…they want to go back and see their children pun cannot, you know!"

"Like this la Mr. Wong. Anwar will never answer my phone…I'll try to talk to Kak Wan. But I can't promise la."

"Don't worry…if Anwar can accept aaa….you got your share."

Lepas tu, dari R&R Selat Pagar sampai Grik, kereta Wira putih hilang entah kemana.

- sumber dari PerakExpress

p/s - bahaya gak nii...biaq betoii...offer sana, offer sini...banyak duit depa noo...pi bagi kat orang susah miskin tegar ka lagi baguihh...ni nak offer suka2 ati depa jaa...apa jadah nii..?????


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Pengumuman Penting...!!! ~ malaysiakini

Adalah di maklumkan bahawa dengan ini dinyatakan, bermula pada saat ini, jenama kereta akan berubah mengikut negeri-negeri di Malaysia.

berikut adalah perubahan jenama yang berlaku di negeri Sarawak..

http://pub.tv2.no/multimedia/na/archive/00222/Rolls-Royce_Phantom_222156c.jpg
Rolls Royce kepada Proton Perdana 2.0

http://www.speedace.info/automotive_directory/car_images/jaguar_s_type-_4.2_se.jpg
Jaguar kepada Proton Waja 1.6

http://www.bmwpedia.org/wp-content/uploads/2008/02/2008-bmw-5-series.jpg
BMW kepada Proton Gen. 2

Sekiranya anda berkunjung ke Sarawak, jangan terkejut kerana apa yang anda lihat bukan lah seperti yang anda sangkakan.

Oleh itu, EXCO dan Menteri di Sarawak adalah di SAH kan masih Patriotik kerana menggunakan kenderaan buatan tempatan walaupun bentuknya berlainan.

Dengan ini juga di nyatakan bahawa berita yang di siarkan oleh kebanyakan blog mahupun weblog adalah berunsur fitnah semata mata.

Sekian lah hendaknya.

- sumber dari blog notoumno..

p/s - yang terkini pula di negeri di bawah bayu, sabah telah mengumumkan akan menggunakan kereta jenama Volvo sebagai kereta rasmi kerajaan negeri... yang tu lagi la patriotik namanya... Volvo tu depa di Sabah panggil kereta apa pulak hah..??? Viva ka MyVi...??? Berita Pautan [DI SINI]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

25.2.09

Durian Runtoh Di Bukit Gantang Weii...!!! ~ malaysiakini

Sesungguhnya, tiada upaya menyedarkan Umno setakat ini. Selagi mereka berkuasa di pusat, maka mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada amaran rakyat. Katalah apa sahaja, mereka BEBAL, telinga TULI untuk mendengar, mata BUTA untuk melihat dan hati MATI untuk merasa. Umno hakikatnya hanya boleh disedarkan dengan 'pancungan pedang keramat rakyat' ya ! bila nyawa mereka sudah putus dari badan ! " (source)

Gendang perang makin kuat dipalu. Cuma menunggu masa sang jeneral memberi arahan. Wah..! nampaknya musuh kian sibuk membaiki jalan agar tempur menjadi lebih 'mudah' dan pengundi menjadi goyah. Undi kami, 'kami pembela ketuanan melayu', 'pantang melayu untuk derhaka !'


Pos remote kontrol pilihan raya sudah siap sedia menerima kunjungan. Baik kunjungan dari manusia dan pengundi-pengundinya, malah turut sudi menerima tamu berupa 'kertas-kertas' yang tidak bernyawa, duit ler tu !

Nasib baik lah jadi 'wau bulan' saja..kalau jadi 'gerombolan' hampehh !!



Sekarang juga bukan musim pilihan raya, dan Umno seboleh-bolehnya tidak mahukan pilihan raya. Ratusan juta sudah dihabiskan ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, tetapi masih gagal mendapatkan hasil.

Pilihan raya kecil yang berlaku sekarang juga ada sebabnya. Untuk menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Polis akan digunakan lagi macam apa yang berlaku di Kuala Terengganu, yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat. Bukan untuk menjaga keselamatan, tetapi sebaliknya menyusahkan orang ramai. Bayangkan apabila begitu banyak sekatan jalanraya diadakan, begitu ramai SB (Spesial Branch, Sipot Babi..) yang berkeliaran….semuanya menyusahkan rakyat. ..sedangkan penjenayah masih ramai yang berkeliaran, ramai yang hilang, dan ramai yang kecurian.


Suasana pada jam 3 petang di sebatang jalan di Bukit Gantang kelmarin. Hujan masih turun, biarpun tidak lebat seperti seawalnya tadi. Saat yang sangat ditunggu.

Bila hujan turun, katak-katak bersorak kegirangan. Begitu juga apabila pilihan raya kecil Bukit Gantang akan diadakan, maka katak-katak juga melompat kegirangan. Tapi di Bukit Gantang…katak-katak melompat kegirangan bukan kerana suka main air, tapi membuka peluang mencari wang segera. Tak perlu pinjam along atau ceti…cuma perlu melompat menyertai Umno…dah tentu ada ganjaran.

Dalam waktu terdekat ini, akan ada orang-orang yang akan melompat menyertai Umno. Sama ada yang sudah menyertai Umno, atau yang belum….yang pasti, mesti ada orang-orang Pas atau PKR yang akan mengisytiharkan diri menyertai Umno…untuk mendapat sekupang dua.

Tengahari tadi, banner-banner yang menyokong Osman Jailu sudah banyak yang direntang. Seolah-olah kemasukan Osman kedalam Umno mendapat sokongan terbanyak. Tapi sayang…nak gantung banner pun terpaksa dibuat waktu tengah malam…takut orang nampak. Tok sah kata penyokong, Osman sendiri takut nak tunjuk muka…apa tah lagi balik kawasan.

Heran jugak…bila ada yang melompat ke dalam Pakatan Rakyat…mereka disambut dengan meriah. tapi kalau melompat ke dalam Umno…cuma nampak disidang media. Lepas tu hilang.

jalan 'tat' (orang kampung sebut..) baru weeiii...yahoo! bestnyaaa...

Dua tiga hari lagi…ada 100 orang ahli PKR akan menyertai Umno. mereka ini terdiri dari anak beranak dan mereka yang mendapat jawatan melalui Osman Jailu. Adik Osman, Pegawai Khas, pembantu…dan ramai lagi anak beranak Osman.

Umno akan menggunakan isu kemasukan anak beranak dan saudara mara Osman ini sepenuhnya…dengan mengatakan bahawa PKR sudah tidak lagi boleh dipercayai.

Mintak-mintak…selepas mengisytiharkan diri menyertai Umno…mereka tak hilang pulak. Bukan senang bagi mereka nak jumpa jiran-jiran dan rakan-rakan…sebab semuanya sudah menyampah denga Osman dan Umno. Duit punya pasal…orang sanggup menggadai kemaluan. Oooppps!…kehormatan...

- sumber dari Perak Express & Ummi Hanni.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Akhirnya Bukti-bukti Salinan Laporan BPR,SPRM Di Bakar ~ malaysiakini

Program yang di lancarkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia jam 11 pagi tadi di perkarangan Pejabat SPeRMa, Putrajaya...

- sumber gambar dari Malaysian Insider dan pautan pelancaran program [DI SINI] & [DI SINI]

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Pulau Pinang Teratas Dalam Laporan UNIDO 2009 ~ malaysiakini


NEW DELHI, 24 Feb (Bernama) -- Satu laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenal pasti Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 10 lokasi kelompok perindustrian dinamik di dunia yang mencerminkan pengalaman pengeluaran yang berjaya di kalangan ekonomi membangun. Laporan Pembangunan Perindustrian 2009 Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) mengiktiraf Pulau Pinang, bersama-sama dengan Buenos Aires, Brazil Tenggara, Phnom Penh, Los Lagos (Chile), Qiaotou, (China), Chennai, Jakarta, Vientiane dan Otigba di Nigeria sebagai lokasi utama.

Kaji selidik agensi itu yang dilakukan antara 2000 hingga 2006 mendedahkan 10 lokasi perindustrian dinamik di ekonomi membangun yang mewujudkan persekitaran pelaburan kondusif, menjana pekerjaan dan berupaya bersaing di pasaran antarabangsa. Sesetengah petunjuk yang menempatkan Pulau Pinang sebagai satu lokasi kukuh ialah infrastruktur asas yang cemerlang, rangkaian kelompok bertenaga antara firma dan agensi perantara seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Persatuan Perdagangan Bebas Pulau Pinang.

Sebagai tambahan, pematuhan terhadap standard alam sekitar, langkah menaikkan aktiviti pengeluaran dari bertahap rendah kepada bernilai tinggi dan kerangka sistem terbuka pulau itu membolehkan pergerakan modal insan merupakan faktor lain yang ketara. "Insentif kewangan yang menarik, infrastruktur asas yang cemerlang membantu menarik firma gergasi Amerika, Jepun dan Eropah. Penempatan semula firma perdana berkenaan telah membantu merangsang pembangunan pembekal tempatan," kata laporan itu, yang dikeluarkan di Delhi. Antara 2000 dan 2006, negara membangun menguasai agihan pasaran dunia bagi pengilang mudah (berasaskan sumber dan berteknologi rendah) dan kompleks (pertengahan dan berteknologi tinggi).

"Eksport pengilangan dari kawasan membangun, kecuali Amerika Latin, berkembang lebih pantas daripada purata dunia dan lebih pantas daripada eksport dari negara maju. Asia Selatan merupakan rantau paling pantas berkembang, yang mencerminkan pertumbuhan eksport pantas India," kata laporan itu. -- BERNAMA


-sumber dari BERNAMA serta blog Kerabu Bersuara.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

24.2.09

TERKINI: Berita Palsu - Ketua Menteri Pulau Pinang Saman Utusan ~ malaysiakini

Guan Eng to sue Utusan : DAP hina Islam ?? (report update 5.45pm)



from al-banjari online 2009 by albanjari
Penang Chief Minister Lim Guan Eng has denied a report in Utusan Malaysia today that the state had established an inter-faith council last year.

"These are lies against me, DAP and also Islam. We have no such council and we don't even know where they got their source from," he told reporters in Parliament today.

The DAP secretary-general also added that he had instructed his lawyers to file a defamation suit against the Malay daily for carrying the untrue report and also wanted a public apology.

"And if they have any evidence of us setting-up such a council, then bring it to the court," he said, adding that he would also seek damages from the newspaper.

"I have lost my patience about this. They have been pushing me to the wall all this while," said Lim, who is also Bagan MP.

Utusan Malaysia today published a front-page lead stating that the DAP-run government in Penang was insulting Islam with the setting-up of the inter-faith council.

Smear campaign for by-elections
The daily quoted the Penang Islamic Council chief Shabudin Yahaya as saying that the inter-faith council must not be allowed to be established as it would place Islam on par with the other religions.

Shabudin, who is also an Umno state assemblyperson for Permatang Berangan, said the setting-up of the council was an insult to Islam. The daily said that the inter-faith council was headed by Lim and three Malay members as well.

Lim also described the report as a smear campaign tactic in the wake of the upcoming by-elections in Bukit Gantang, Perak and Bukit Selambau, Kedah on April 7.

"Such a report will become a tool to attack us in the future especially when the two by-elections are just around the corner," he said.

"I can stress now that such a council had never existed and if it did take place, I would know about it because it is my government (administration)," said Lim, adding that such "disgusting" reporting should never exist in Malaysia.

"Why would they come up with all these lies that we are an anti-Muslims and Malays?

How come they never highlighted the story when I was jailed under the Internal Security Act during Operasi Lallang in 1987 for defending a Malay family?" he added
Penang MPs to lodge police report

In a separate press conference, Penang Pakatan MPs have unanimously decided to lodge a police report on the "false news" in Dang Wangi police station today.

According to Jeff Ooi (DAP-Jelutong), they wanted the report to be classified as "seditious" and suggested it be put under the Penal Code.

No such council existed in Penang, he said.

Instead, he added, the state government since last year has put a lot of effort in strengthening relationships between the voters who come from various religious backgrounds.

He further urged all Pakatan assemblypersons in Penang to lodge police reports as well to show their protests against the Malay daily's front-paged report. This, Ooi said, would become the next strong tool in tackling the matter besides taking legal action against the newspaper as proposed by Lim earlier.

Pakatan's Yusmandi Yusoff (PKR-Balik Pulau) said that Shabudin should step down as Penang Islamic Council chief for "smearing Islam's image". "His allegation has promoted hatred and disharmony among the people...this is very un-Islamic and I am ashamed to be one of the Penang Muslim leaders (with him)," he said.

Deputy Chief Minister (II) Prof. P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan) also lashed out against Utusan saying that "it was not even a different view, but it was an outright lie". Among those present were Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) and Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal)

p/s - juak utusan mengarot lagi peracun minda rakyat ni mau kena ajaq camni jaa..saman demi saman...tu pun tak reti dan masih ulang kesilapan memanipulasi isu perkauman...agama, belajaq la sikit dari blogger Mat Saman...dia cekap nak buat cerita ni...tapi takdak masa la nak buat cerita omongan kosong semua nih..apa raa lu worangg...cehhh..

" Lawan Tetap Lawan... "


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

22.2.09

PANAS! Anak Pengerusi SPRM Di Tangkap Bawa Bahan Lucah Di Australia ~ malaysiakini

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."

Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.


p/s - cehhh...nak kejut pemimpin PR kata ada bukti kukuh nak dakwa konon...cam la dia tu Peguam Negara...Bak kata pepatah, Paku dulang, paku serpih...Nak Gempak Orang, Anak Dia yang melebih-lebih...Nihhh...Piiii Raaaaahhhhhh...!!!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

21.2.09

Che'Gu Bard: Bakar Bukti Rasuah Depan Pejabat SPRM ~ malaysiakini



Telah beratus laporan rasuah dan salah guna kuasa yang cheGuBard telah buat sejak 1998. Maka dengan ini pada 26 Februari 2009, akan hadir di depan Pejabat SPRM untuk membakar semua salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar. Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan !!!


- dari blog Che'Gu Bard


p/s - saya SOKONG sangat-sangat la cadangan supaya di bakar aja bukti-bukti yang pernah mana-mana NGO ka, Parti politik ka, buat laporan penyelewengan RASUAH kepada badan ini...yang dulunya menggunakan nama ala-ala kumpulan rock 80-an, BPR - bumi putra rokers...dan bebaru ni dah pun telah di rebrandingkan oleh bakal mantan PM Mesia dengan nama baru SPRM - suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia atau lebih glemer dikenali sebagai SPeRMa...

Bengkek betoi aku..parti selain umno-bn buat repot polis dan repot kat depa ni langsung tak disiasat dan keputusan senyap teruss...tapi tiba-tiba umno-bn buat laporan / repot..cepat-cepat la siasat dan UMUMkan keputusan nak dakwa teruss...HEBAT LA HANGPA...!!! Bravo-bravo...Ho yehh..Ho Yehhh...


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

19.2.09

UMNO Bela TOYOL Untuk Khianati Rakyat.. ~ malaysiakini

Kepada semua RAKYAT yang menentang kezaliman, persundalan dan kesialan amalan UMNO/BN. Sila pautkan (link) diruang komen apa sahaja maklumat, samada dalam bentuk berita, rencana, gambar atau video yang wajar didedahkan kepada RAKYAT tentang salahlaku atau penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO. Website Kerajaan Rakyat adalah milik RAKYAT. Bongkarkan semuanya….!!!!

Persundalan yang diizinkan oleh UMNO.. - 20 kes rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Apa hukum bela TOYOL? Kalau kita bunuh TOYOL salah atau tidak?

Sumber: Mesra.net & Kerajaan Rakyat.



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Antara 2 Darjat: PLKN - Pesawah vs Artis ~ malaysiakini

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi





Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005.


Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara.

Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.



Kes 2



Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.

Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.


* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Hari Ini Dalam Sejarah Negeri Perak ~ malaysiakini


Petang ini (18 Februari 2009) semua syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar berikutan beratus ribu sms beredar di udara berhubung krisis kuasa di Perak. Antara perkembangan yang dimaklum, ditanya dan diulas ialah:

1. MB Barisan Nasional Perak, Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan 6 Exco BN digantung daripada menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikan oleh Speaker DUN, YB Sivakumar (DAP - Tronoh). Ketika posting ini ditulis, berita TV9 turut melaporkan perkembangan ini.

2. ADUN Bota, YB Dato' Nasarudin Hashim akan meletak jawatan sebagai ADUN kerana tekanan daripada keluarga dan pengundi DUN Bota.

3. ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN, YB Hee Yit Foong kini berada di Hong Kong dan sedang menguruskan perletakan jawatannya sebagai ADUN. Langkah itu diambil kerana desakan yang 'dahsyat' oleh pelbagai pihak termasuk keluarga terdekatnya. Ibu YB Hee dikatakan tidak boleh pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian kerana akan dicerca oleh semua yang mengenalinya.

4. ADUN Kubu Gajah, Dato' Raja Ahmad Zainudin tidak akan menyokong BN jika berlaku sebarang pengundian dalam sidang DUN kerana tidak berpuas hati dengan kabinet negeri yang dibentuk oleh Dr. Zambry.


5. ADUN Behrang dan Changkat Jering, YB Jamaludin Mohd Radzi dan YB Kapten Osman Jailu tidak akan menghadiri sidang DUN kerana tidak sanggup berhadapan dengan bekas rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

6. Kekuatan undi BN di sidang DUN Perak yang terkini hanya tinggal 20 undi sahaja setelah ditolak MB Zambry, 6 Exco pilihannya dan 4 ADUN lompat. Jumlah itu menjadikan kewujudan kerajaan BN pimpinan Zambry sebagai mustahil dapat diteruskan.

7. Rombongan BN Perak mengadap DYTM Raja Muda memohon perkenan untuk membubarkan DUN dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri Perak.

8. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Menjerit Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang dikatakan terlibat langsung dengan penulisan skrip filem rampasan kuasa baru-baru ini kerap dilihat membeli Panadol Acti Fast dan Panadol Soluble.

Semua perkembangan yang rancak berlegar di mulut rakyat negeri Perak ini belum dapat disahkan kecuali penggantungan Zambry dan Exco BN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN petang tadi. Panel peguam UMNO diberitakan akan berbincang malam ini bagi mengenalpasti ruang yang ada untuk mencabar keputusan penggantungan itu di mahkamah.

Sementara itu sebahagian pemimpin UMNO negeri dan pusat mengesyorkan supaya Zambry memohon perkenan pembubaran DUN atau DYMM Tuanku Sultan memperkenankan permohonan asal oleh YAB Dato' Seri Nizar. Syor ini dikemukakan berikutan UMNO seakan tiada jalan keluar untuk menyelamatkan kerajaan 'misteri' yang ditubuhkan pada 6 Februari lalu.

Jika pembubaran DUN berlaku dalam masa terdekat maka Dato' Dr. Zambry bin Abdul Kadir akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar yang paling pendek tempoh perkhidmatannya di Perak. Tahniah!



dari blog cyberboron


18.2.09

Anak-anak ADUN Akan Di Culik...??? ~ malaysiakini

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO.

Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka.

Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini. - Iskandar A. Samad 2 Februari 2009.


YB Iskandar Abdul Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor
2 Feb 2009

-- received via email..


p/s- Peringatan juga kepada semua ADUN-ADUN & Ahli Parlimen di semua negeri PAKATAN RAKYAT...Berhati-hati..!!!


Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Dato' Paduka Husam Musa Nafi Mungkir Janji Pada Polis ~ malaysiakini

Dato' Husam Musa menafikan beliau mungkir janji dengan pihak polis berhubung ceramah yang diadakan di Sungai Nibong, Pulau Pinang baru-baru ini. Berita pautan [di sini] atau [di sini]

Beliau berkata, "Saya dijemput berceramah, malah saya difahamkan permit telah dilulus sejak lebih sebulan lalu. Dan ceramah yang diadakan sehingga akhir tanpa sebarang masalah. Dan ketika saya berceramah berhubung isu semasa, tiada seorang pun anggota polis yang yang datang meminta supaya diberhentikan ceramah tersebut."

"Pembekuan permit ceramah sebelum ini hanya berlaku di Perak dan bukannya di negeri lain. Tidak timbul lagi soal mungkir janji sebab saya tidak pernah berjanji dengan mana-mana pegawai polis termasuk di Pulau Pinang. Ini kerana sebaik sahaja sampai pada majlis itu lebih kurang lima minit, pengerusi menjemput saya menyampaikan ceramah. Saya berceramah antara 45 hingga 50 minit sahaja."

"Saya hanya mengupas perkembangan politik semasa pada ceramah tersebut dan tidak pernah menyebut sebarang provokasi. Atas apa yang berlaku, jelas menggambarkan kerajaan cuba menafikan demokrasi di negara ini dengan menghalang rakyat mendapat maklumat sebenar. Kerana itu mereka takut sangat kepada akhbar oposisi dan program ceramah PR sehingga kerajaan mengambil tindakan merampas akhbar rasmi PAS dan KeADILan."

"Tindakan itu amat tidak adil dan bercanggah dengan normal demokrasi, sudahlah kita tidak mempunyai akhbar harian sendiri, televisyen sendiri.. ceramah pula nak disekat, mana keadilannya...?"


p/s - memang betul seperti apa yang dato' paduka Husam Musa katakan, semasa beliau berceramah pada malam itu, tiada seorang pun anggota polis memberi amaran atau tegahan agar beliau berhenti dari memberikan ceramah..saya dan rakan-rakan ada bersama mendengar ucapan ceramah beliau pada malam itu..nampak sangat polis sengaja mengada-adakan cerita serta melaporkan keadaan yang tidak betul...ingatkan media arus perdana saja yang putar belit fakta! rupanya polis pun 2 x 5...serupa jugak..!!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

BERITA PANAS: Amaran Kepada ADUN-ADUN / EXCO-EXCO PR Pulau Pinang ~ malaysiakini

AMARAN & PERHATIAN : Buat wakil-wakil rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Terutamanya dari PKR..!!!

Selepas Adun-Adun di Perak, Kedah dan Selangor diserang oleh agen-agen BN, dipercayai Adun-Adun dan MP Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pula akan digempur oleh mereka.

Akhbar berbahasa Cina – Kwong Wah Yit Poh, Guang Ming Daily, China Press dan Oriental Daily melaporkan terdapat khabar angin yang telah disebarkan "someone is out to finish off Lim" -the star online 17/2/09

Dipercayai juga pihak BN telah menghantar agen-agen 'pemujuk wakil rakyat' mereka untuk berjumpa dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat agar melompat parti dengan ditawarkan imbuhan puluhan juta ringgit.

Walaupun BN sedar, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tak akan tumbang jika 2-3 orang wakil rakyat melompat keluar, tujuan mereka ialah untuk menghilangkan kepercayaan rakyat Pulau Pinang pada pilihanraya yang akan datang.

Malah, diyakini bahawa mereka akan cuba membuat wakil-wakil rakyat PR tidak mempercayai sesama sendiri, ada rasa curiga sesama mereka dengan fitnah yang akan mereka buat.

Para pemimpin PR haruslah sedar, BN boleh mencipta kesalahan wakil rakyat PR dengan membeli rakan-rakan rapat, seperti yang berlaku kepada YB Elizabeth Wong.

PESANAN PENTING : Buat Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang harus berhati-hati jika ada rakan-rakan atau kenalan anda yang ingin berjumpa di tempat yang 'privacy' secara berseorangan kerana anda mungkin diperangkap dengan helah mereka. Dari sumber juga ada ejen merapati wakil rakyat mahupun Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah di cicirkan dari kabinet PKR Negeri...ataupun ADUN yang mempunyai masalah sekarang ini...Sumber juga mengatakan imbuhan puluhan juta telah ditawarkan...

AWAS Semua..Berhati-hati..!!!

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

17.2.09

Hee Yit Foong, ADUN Bebas Di Halau Keluar.. ~ malaysiakini



Star

JELAPANG assemblyman Hee Yit Foong who quit DAP to become an independent assemblyman "friendly" to Barisan Nasional has been told to vacate a rented shoplot which she used as her service centre in the constituency, reported Sin Chew Daily.

The shop-owner, known only as Mani, said he was afraid residents would vent their frustration by damaging the premises due to Hee's defection from the DAP.
Mani, who operates a barber shop, shared half the premises with Hee.

He was quoted as saying: "Hee, please remove the signboards and all your belongings. I do not want to rent you the premises any more.

"Lately, many residents have come to me asking about her whereabouts. I feel irritated. That's one of the reasons I decided not to rent her the premises anymore," he said. [read more]
Wakakakaka !! Aku suka sangat kalau berita berita macam ni selalu keluar. Bukan aku siarkan, tapi STAR yang laporkan.

Di harap berita cam ni, boleh mengurangkan spesis katak yang sanggup jadi kaya cepat lompat ke parti BN.

YB kat Selangor dan Kedah yang dikatakan mahu lompat parti .. pandang pandang lah berita cam ni. Mata sedang melihat, jasa mu di kenang, tau kasut terbang?

WallAllahualam ... ! Wakakakaka !!!

- dari blog No To Umno

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Khir Toyol Tidur Bogel..??? ~ malaysiakini

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum."Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini. { sini }

Inikah kualiti Ketua Pemuda yang UMNO mahukan? Kita bukan terlalu dungu untuk membezakan yang mana berpolitik secara ikhlas dengan berpolitik untuk menonjol diri.

Bukankah khabarnya gambar Elizabeth adalah gambar "pelbagai posisi ketika tidur sambil berbogel"? Bukankah itu sangat jauh bezanya dengan penzinaan DS Chua Soi Lek?

Di mana pula Kak Ijad yang dulu lantang mempertahankan nasib wanita yang teraniaya? Elizabeth ni bukan Wanita ke? Tertanya juga jika masih wujud insan-insan yang ikhlas dalam memperkatakan nasib malang orang lain. Ada atau tiada?

Sejenak, bayangkan kita berada di tempat Elizabeth. Adakah kita akan men"cili" kan mulut-mulut puaka yang menuang cuka ke atas luka? Atau menangisi nasib malang kita sendirian? Entahlah.

Harimau : terlalu sibuk akhir-akhir ni. Maaf kerana lewat update blog.

- dari blog Bila Harimau Sudah Menaip.
--

Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Penjelasan Isu Tanah Oleh MB Perak.. ~ malaysiakini

Assalamualaikum,

Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Wassalam.

Terima Kasih


Dato Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin,

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.




--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

YB Pakatan Rakyat memang persis seorang rakyat biasa.. ~ malaysiakini

Fuh..memang sibuk minggu ni sampaikan banyak ceritera politik dalam negeri yang Harimau terlepas pandang. Biasalah, kalau sudah tarikh 14 Februari tu, berebutlah orang buat kenduri kahwin. Pelik juga kenapa diorang tak berebut buat pada tarikh Awal Muharam atau Hari Keputeraan Rasulullah. Yahudi dan Barat sudah berjaya menawan mentaliti dan budaya kita agaknya. Nauzubillah.

Berbalik pada persoalan asal, pernahkah kenduri-kendara Tuan/Puan dihadiri Yang Berhormat Ahli Parlimen? Jika Ya, di mana tempat duduknya? Sudah tentu di tempat duduk VVVVVVIP bukan?

Dalam kesibukan Harimau mengambil juadah, nun di sana, ternampak kelibat seorang Ahli Parlimen Telok Kemang (den tahu sobab den orang PD) yang turut hadir di kenduri En. Karip di Serting Hilir 5. Siapa lagi kalau bukan Datuk Kamarul Bahrin Abbas. Dengan agak low-profile , beliau menghembuskan satu persatu asap rokok; mungkin baru selesai makan.








Yang syoknya, beliau datang seorang diri, makan bercampur dengan orang kebanyakkan dan rasanya, ramai yang tidak sedar bahawa beliau adalah seorang Ahli Parlimen dan bergelar Datuk.

Datuk Kamarul, Harimau Menaip tabik spring pada Datuk!

Harimau : lain kali, nak tunggu kelibat YB-YB UMNO atau PAS pulak.


p/s - memang cara pemimpin seperti inilah yang kita harapkan..tidak perlu selalu malah selama-lamanya berprotokol..low-profile, tidak perlu layanan setinggi langit...mcm ni la pemimpin a.k.a wakil rakyat..!!! duduk bersama-sama dengan rakyat..!!!

16.2.09

Polis Halang Ceramah Isu Semasa di Bayan Baru, Pulau Pinang ~ malaysiakini

YB Dato' Paduka Haji Husam Musa membacakan doa..

Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (berkopiah putih)

orang ramai tidak berganjak dari perkarangan rumah Pak Leh..

orang ramai menjamu selera selepas ceramah

blogger kerani-opis turut hadir..

blogger zul mamak png melaporkan dari tempat kejadian..

deretan jentera skuad 'ugutan kepada rakyat'

SUNGAI NIBONG BESAR, BAYAN BARU [12.26 am] - Akibat ketakutan melihat gelombang kebangkitan suara rakyat di seluruh pelusuk negara, mana nampaknya kerajaan terus menjalankan agenda untuk menyekat ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini mereka mengharamkan sebarang ceramah politik di Perak. Kini terbaru malam tadi, Ahad 15hb Feb 2009, ceramah YB Dato' Paduka Haji Husam Musa telah dibatalkan oleh pihak polis. Ini amatlah memalukan, dan ternyata menunjukkan puak-puak UMNO dan BN semakin tertekan melihat kebangkitan rakyat di mana-mana. Insiden "rampasan kuasa" di Perak baru-baru ini jelas sekali memberi gambaran buruk kepada UMNO dan BN di mata rakyat.

Lantaran itu mereka semakin bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN yang dilihat kini telah melaksanakan strategi politik jahad ala "mosad" di Israel. Tindakan menculik, mengugut serta merasuah pemimpin politik "pembangkang" dilihat sebagai satu langkah terdesak Najib Razak sebelum beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi.

Ceramah YB Husam bersama Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang menggantikan YB Dr. Ust Mujahid Yusof Rawa anjuran PAS Kawasan Bayan Baru, yang sepatutnya diadakan di perkarangan rumah Pak Leh, Sungai Nibong disini telah dibatalkan oleh pihak polis di saat-saat akhir malam tadi. Ini menyebabkan hampir 2,000 orang ramai yang hadir begitu kecewa dengan tindakan pihak keselamatan itu. Selepas diadakan perbincangan dengan pihak polis, mereka bagaimanapun memberi kebenaran untuk mengadakan ceramah di dalam rumah dan tanpa menggunakan alat pembesar suara. Walau bagaimanapun orang ramai terus membanjiri lokasi terbabit tanpa menghiraukan arahan polis.

Tepat jam 11.00 malam, majlis ceramah penerangan tersebut terpaksa dihentikan atas arahan pihak polis dan YB Husam dengan tidak semena-mena langsung terus membaca doa untuk mengakhiri ceramah beliau. Tindakan dan tekanan sedemikian adalah PERTAMA kali berlaku di lokasi rumah Pak Leh Sungai Nibong kononnya untuk menakutkan orang ramai hadir mendengar isu semasa, walhal sebelum ini tiada masalah untuk mengadakan ceramah isu politik semasa. Ini berikutan isu yang kian PANAS di negeri Perak dan kedatangan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dijadualkan 1 hari selepas Perhimpunan tanpa Permit Parti Umno di ibu negara.

[Menurut maklumat sejak awal-awal lagi pihak polis, SB dan juga FRU telah ditempatkan dikawasan sekitar lokasi terbabit dengan kekuatan anggota seramai lebih kurang 2 ratus orang, selain itu, lima buah trak FRU termasuk 1 water canon juga ditempatkan dilokasi. Lain-lain ialah dua buah black maria dan dua buah land rover pihak PDRM. Apa sudah jadi dengan Malaysia hari ini, semakin hari semakin menzalimi rakyat sendiri yang sebenarnya mempunyai hak untuk berhimpun dan mendengar ceramah pemimpin mereka dalam negara demokrasi ini]


- berita asal : http://www.pahangdaily.co.cc/

- sumber gambar : blogger Hijat Panjang & Zul Mamak Png http://zulmamakpng.blogspot.com/

- sumber berita : keADILan Bayan Baru http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails