Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

24.4.09

TERHOT! Muktamad Lepaskan ADUN Penanti... ~ malaysiakini

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata beliau tetap dengan keputusannya meletak jawatan sebagai ADUN Penanti.

"Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan PKR di bawah teraju Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

lim guan eng koh tsu koon penang land scandal issue 220409 fairus khairuddinDalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan petang ini, Fairus turut melahirkan kesyukuran kepada Allah "yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenarannya".

"Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan.

"Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan PKR, tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya," tegasnya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya dalam siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Peguam ambil tindakan

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kononnya dua pemimpin PKR negeri itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizuddin Ahmat Februari lalu dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Fairus sebagai timbalan ketua menteri I dan ADUN Penanti.

Sementara itu, Fairus berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, ahli politik serta media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadapnya.

"Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan.

"Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi "…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah." tambahnya.

- sumber dari : Malaysiakini


* p/s - aikkk...??? SPeRMa Putrajaya (HQ) kata tak cukop bukti nak dakwa Fairus, yang cawangan Pulau Pinang pulak kata punyai cukup bukti untuk di dakwa dan terkejut dengan tindakan serta belum dimaklumkan secara rasmi oleh HQ...apa cerita lawak dah depa bikin ni??? Yang sempoinya pulak si SuPeR pulak TUNDA nak umum keputusan samada ada PRK Penanti atau tidak yang sepatutnya HARI INI ke hari ISNIN...ni pun salah satu modus operandi yang 'biasa' tengok cam pernah jadi kat Perak...

Dah tu, mantan tkm1 ni kata akan ambek tindakan mahkamah keatas individu yang fitnah serta rosakkan imej beliau dan keluarga...isk isk isk...pelapor pulak nak kena SAMAN...ehh nak kena panggil brader Mat Saman Kati la camni..." Abg Mat, mai tengok sat apa cerita ni..." hmmmmmmmmm.....



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7 ulasan:

AMIZUDIN berkata...

BERANI KERANA BENAR
TIDAK TIMBUL SOAL FITNAH
MEMANG PELIK BIN AJAIB
PEGAWAI SPRM P.PINANG PUN TERKEJUT PENGARAH SPRM P.PINANG PUN ENGGAN ULAS...
SAYA BERSEDIA KE ARAH ITU...
LAWAN TETAP LAWAN...

cu tuk merah... berkata...

Salam,

Din...macam pendekar la!

"perahu sudah diair,dayung sudah ditangan....tunggu!!!!!!!

"Kalau tangan berani menetak...biar bahu sanggup memikul,....kayu kalau tetak banyak2 ...larat ka nak pikul?

haby berkata...

Biar lah dia nak belajar lagi...
lepas tamat ....hah siap la hampa!!

alahai!!!!!
Konspirasi...ke ada kasi?

he he je...tak berani lebih2.

penang pi yau berkata...

fairus bersih?????????????
tak didakwa tak semestinya bersih....
adakah ali rustam bersih...
adakah khir toyo bersih...
khairy juga bersih...
mereka juga terlibat dgn rasuah...
tetapi sprm tak dakwa bukannya bererti mereka bersih....
kenapa pengarah sprm penang enggan ulas
kenapa pegawai sprm penang juga terkejut...
kenapa ada pegawai sprm menghubungi fairus...bukankah ini luar biasa...dalam masa yang sama pengarah sprm (chief commissioner) Datuk seri ahmad said hamdan menafikan dakwaan fairus bersih (rujuk NST khamis 23 April)
kalaulah anda semua tahu apa yang saya tahu dengan melihat bukti2nya...(semua 10kes, ini baru satu kes)
pasti anda semua akan ludah mukanya....
tak timbul soal fitnah
tak timbul soal konspirasi...

haby berkata...

Salam,

Konspirasi.....?
atau ada kasi?

itu lu sendiri.....pikirlah!!!!!

PENANG PI YAU berkata...

KENAPA ANWAR TAK MINTA FAIRUS TARIK BALIK KEPUTUSAN LETAK JAWATAN SETELAH SPRM KATA FAIRUS BERSIH....
INI TENTU ANWAR MENYIMPAN RAHSIA BESAR FAIRUS...
FAIRUS PADA MULANYA NAK TARIK BALIK...TAPI APAKAN DAYA...
KES BANYAK SANGAT...
MANTAN YB TERLAMPAU..
KALAU DIA BERANI DIA SAMAN AMIZUDIN
RAKYAT SEDANG TUNGGU SAMAN ITU...

haby berkata...

Salam,

Konspirasi...Hah?

atau.....ada kasi?

sendiri mau ingat!
kalau tak ....orang kasi ingat..la!!!

Related Posts with Thumbnails