4.50pm Calon bebas, Venason membuat laporan polis keduanya di balai polis Kuala Muda, terhadap pegawai SPR yang didakwanya tidak mahu bekerjasama dan bersikap biadap terhadapnya apabila beliau membuat aduan berhubung pemasangan label yang salah pada kota undi.
Manakala seorang pemimpin AMK, Rozan Azen membuat lapora polis berhubung isu pengundi hantu di balai polis yang sama.
4.30pm Timbalan Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mendapat sambutan cukup baik daripada pengundi Cina di Simpang dan Kuala Sepetang dalam parlimen Bukit Gantang.
Sambil mengucapkan terima kepada mereka, beliau menambah, BN dapat menembusi kawasan hitam di Changkat Ibol.
4.15pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJKC Chung Hwa di DUN Bukit Selambau, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak - yang melewati sekolah tersebut - dibaling dengan botol air oleh oleh penyokong MIC.
Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu dan menimbulkan kemarahan mereka.
3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan