The Star melaporkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Amiruddin Hamzah berkata Kerajaan Negeri akan memberikan geran kepada 120 penduduk Kampung Baru Bukit Selambau. Beliau dilaporkan berkata demikian di Yayasan Aman Sungai Petani. Menurut laporan The Star lagi, Amiruddin telah bercakap dengan Menteri Besar Kedah dan beliau memberikan lampu hijau untuk pengeluaran geran tersebut.
Saya tidak mahu mempersoalkan pemberian geran. Itu hak kerajaan negeri dan terpulanglah kepada mereka untuk memberikannya atau tidak. Sekiranya penduduk itu layak, maka eloklah diberikan. Itu tidak ada masalah.
Apa yang ingin saya sentuh ialah masa pengumuman itu dibuat dan tempat pengumuman itu. Ia dibuat sewaktu tempoh kempen pilihan raya kecil Bukit Selambau dan tempatnya pengumuman itu ialah di pusat kempen PKR.
Selama ini PAS mengkritik projek-projek pembangunan untuk rakyat yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) sewaktu pilihan raya sebagai rasuah politik. Saya menyokong PAS dalam hal ini dan saya sendiri pernah memberitahu beberapa orang pemimpin UMNO bahawa mereka harus berhenti politik meluluskan projek sewaktu kempen pilihan raya.
Apabila PAS mengambil alih Kedah, saya mengharapkan ia menunjukkan contoh teladan bahawa ia boleh menang pilihan raya kecil tanpa perlu membuat janji sedemikian. Itu barulah kita boleh katakan politik baru yang bersih. Saya cukup yakin lebih ramai rakyat akan menyokong PAS kalau ia boleh membawa politik baru di negeri itu.
Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah melakukan sama seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, maka saya fikir tidak ada apa-apa perubahan dalam hal ini. Orang akan kata politik PAS dan BN sama saja. Hanya orang yang jahil politik saja yang akan percaya pemberian geran tanah itu tidak bermotif politik atau tidak bertujuan memancing undi.
Dari segi strategi, saya fikir adalah lebih elok sekiranya pengumuman mengenai geran tanah itu dibuat selepas calon PKR menang pilihan raya kecil tersebut. Dengan cara itu, dia boleh mendakwa bahawa itu adalah sumbangan pertamanya kepada rakyat Bukit Selambau selepas memenangi pilihanraya. Saya berpendapat itu lebih baik dan dapat menunjukkan wakil rakyat PKR adalah seorang yang efektif.
Atau, adakah pengumuman ini dibuat kerana PKR kini menghadapi kesukaran memenangi pilihan raya kecil itu?
Dengan perkembangan ini, benarlah tulisan saya sebelum ini. Orang politik seperti Pepsi dan Coca-cola. Warna lain. Logo lain. Tin lain. Tapi rasa hampir-hampir sama!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan