Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

2.4.09

Kerajaan Pulau Pinang bekukan operasi 3 kuari... ~ malaysiakini

GEORGETOWN, 31 Mac (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekukan sementara tiga kuari untuk membantu siasatan pembayaran royalti dan menyebabkan kehilangan hasil negeri serta merta sehingga siasatan selesai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, melalui pembayaran royalti RM3 setiap meter kubik tanah merah atau batuan yang digali Kerajaan Negeri memperolehi sumber yang agak besar.

Tetapi, setelah timbul pertikaian tentang pembayaran royalti semua projek berkenaan dihentikan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankausa Tanah Negeri semalam.

"Setelah mengambil kira siasatan maka dengan ini saya mengisytiharkan pembekuan semua operasi tiga syarikat kuari di Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd & Saw Chong Teok Quarry Sdn. Bhd," tegasnya.

Sehubungan itu juga, Jawatankuasa Tanah Negeri telah melantik Law Choo Kiang untuk mengetuai siasatan perkara tersebut dengan teliti agar pendapatan hasil kuari itu diperolehi Kerajaan Negeri.

Katanya, pembekuan itu pastinya memakan masa yang panjang dan akan pembekuan akan ditamatkan setelah hasil siasat siap.

Law Choo Kiang yang juga Exco Pertanian, Asas Tani, Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri juga diamanahkan menyiasat satu kes yang melibatkan royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 ke RM1 per meter kubik.

Justeru, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh meminta ketiga-tiga kuari terlibat memberikan kerjasama semasa siasatan di buat.

Minggu lalu Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasat kononnya beliau dikatakan terlibat dengan isu berkenaan.

Akibat dikatakan terheret dalam kancah tersebut beliau mengemukan surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 berkuat kuasa 8 April depan. - mns_



sumber: Harakahdaily


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails