Mohammad Fairus Khairuddin yakin Anwar Ibrahim akan melantik dirinya semula sebagai TKM 1 Pulau Pinang selepas ini.
Mendedahkan perkara itu kepada Setiausaha Sulitnya Mohd Joraimee Awang, Fairus memberitahunya, akan berlaku keputusan yang 'ajaib' sedikit masa lagi.
"Dalam politik segalanya mungkin, tidak ada sesuatu yang mustahil," jelasnya kepada Joraimee.
Bahkan katanya, para konspirator yang didakwa kononnya menjatuhkan Fairus juga akan diambil tindakan oleh parti.
Anwar kelmarin meminta tempoh seminggu daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sebelum beliau membuat keputusan memilih calon pengganti Fairus.
ADUN Penanti itu telah meletak jawatan sebagai TKM 1 dan Exco bermula 8 April lalu, tetapi mengekalkan jawatan sebagai ADUN.
Ketua Umum PKR itu, baru-baru ini mengumumkan Fairus akan kekal sebagai Adun Penanti sehingga pilihan raya ke -13.
- telah di import dari sumber rasmi : blog Alahai...FAIRUS Bekas TKM 1 Penang!
* p/s - ex-TKM1 'ada hati' nak balik jawatan yang baru diletakkannya pada 8hb April '09 (2 hari sudah)... yang aritu terketaq2 nak letak sangat...la ni cam masih berminat la pulak harap2 ketua umum keADILan namakan dia sebagai calon tkm1 balik...cehhh...takdak ADUN keADILan lain ka brader oooiiii...ingat hang sorang saja ka ADUN Melayu dalam keADILan Pulau Pinang..??? Nuuu...ada sorang lagi ADUN Sungai Bakap...Ketua Bahagian Nibong Tebal lagi tuu..lagi 'kejap' titlenya dalam parti dari hang brader oooiii...apa pun tarak di penang nii...Lain kali mau cakap, pandang2 la sama orang braderrr....
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
6 ulasan:
salam,
Mana ada air hujan balik kelangit?....kalau ada itu adalah magic!...atau ada permainnan mereka2 yang bertangan ajaib....
jangan terlalu berkeyakinan....
fuyooooooo.magic
kalau anwar nak terejun lubang....or nak melingkup dgn tunlah....lantik la balik
salam...
hehehehehehe...itu semua mungkin omongan kosong si penghilang jawatan itu lah...dan juga telah mendapat soalan usikan dari sorang sahabat...ehh, bila masa pula si peninggal jawatan tu pernah bercakap betul..??? kuang kuang kuang...
Salam,...
Bulan penuh...
Kita dah bagi peluang sehingga 50 tahun...kalau nak bagi lagi 50 tahun pulak...alamat reputlah jadinya.
Seeloknya tukar lah!
Yang dah lepas tu...kira hutang datuk nenek kita la...tak dapat menaikkan Islam...di bumi Malaysia ini..
Agaknya hutang tu, jadi lapok kalau dok harap umno!
Merenung diri apa nak dijawab... bila nak tegakkan Islam di Malaysia yang tercinta!
....Ayuh Rijal
pelik...pelik...dalam politik macam2 boleh jadi...tapi jangan kita lupa fairus bukan politikus biasa..beliau adalah politikus luar biasa..hingga boleh berinteraksi dengan roh-roh dalam kubur...ini bukan fitnah tapi fairus yang kata..cuba suruh dia tanya roh2 sakit tak azab salah guna kuasa...
Salam Semua,
Bulan Penuh 2012...?...JIM?
Din Binjai...tu waktu dia jadi hebat ,sebab khalifah satu kumpulan silat!...boleh berinteraksi dengan roh...kawan saya selalu buat cam tu...dia selalu panggil si roh..ani...roh ani tu isteri dia,rohani!...
Dia sewaktu ditahan kenapa******...mana kehebatannya?
Orang dah tak pakai "seru Roh"...pakai C4 la!
Catat Ulasan