Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

8.4.09

Tahniah & Terima Kasih, Pakatan Rakyat Kuasai 2 Bukit Dan BN Di Batang Ai ~ malaysiakini

10.50pm Maklumat rasmi. Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

keputusan pilihanraya kecil dun bukit selambau 070409Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap dan jumlah calon bebas (tiga terbanyak huruf tebal):

R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

keputusan kerusi parlimen bukit gantang 070409Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.

PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.

Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

nizar wins bukit gantang 070409 038.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

batang ai counting of votes bn malcolm mussem lamoh won 070409 017.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm
Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.


sumber : malaysiakini


* p/s - Tahniah dan Terima Kasih kepada semua petugas-petugas parti mahupun sukarela yang bersungguh bertungkus lumus bersama jentera pilihan raya kecil memastikan kemenangan kekal di Bukit Selambau N.25 kali ini... Syabas Anda Semua serta tidak lupa juga Terima Kasih kepada pengundi-pengundi yang telah membuat pilihan yang paling waras dan bijak demi untuk Kesejahteraan, Keharmonian rakyat di Negeri Kedah Darul Aman yang sedang di pimpin oleh Pakatan Rakyat... Salam Reformasi..!!!!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails