Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

13.4.09

Malik Dahului Maktar Sebagai Calon Timbalan KM 1 Pulau Pinang..??

YB Tuan Haji Abdul Malik, ADUN Batu Maung merangkap Exco Hal Ehwal Agama & Pengguna.

YB Ust Maktar, ADUN Sungai Bakap

ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim, disebut-sebut sebagai timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.

Abdul Malik dilihat sebagai calon pilihan kerana mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila ditugaskan sebagai exco perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna.

Beliau sebelum ini diberikan tugas hal-ehwal Islam yang dipegang Mohammad Fairus bagi "meringankan tugas" ADUN Penanti itu.

Seorang lagi calon timbalan satu ketua menteri, Maktar Shapee pula dilihat berpotensi dilantik sebagai exco bagi mengambil alih portfolio pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat yang diketuai oleh Mohammad Fairus sebelum ini.

Maktar, juga ADUN Sungai Bakap, mengetuai PKR Nibong Tebal.

Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, walaupun Maktar aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN, pesara guru itu difahamkan "kurang pandai berpolitik" – menjadikan beliau tidak sesuai mengisi jawatan penting itu.

Abdul Malik dan Maktar dipertimbangkan ke jawatan nombor dua itu apabila terdapat dua orang sahaja ADUN PKR berbangsa Melayu – selain Muhmmad Fairus – dalam kerajaan Pulau Pinang.

Malik bagaimanapun ketika dihubungi hari ini berkata, beliau "belum lagi" mendapat sebarang makluman daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau dihubungi secara rasmi oleh PKR, Malik mengulangi jawapan yang sama: "Belum lagi."

Usaha mendapatkan reaksi Maktar setakat ini belum berhasil.

Sementara Setiausaha PKR Pulau Pinang, Mustafa Kamal Mohd Yusof berkata, status kekosongan kerusi timbalan ketua menteri itu "tidak langsung dibincangkan" dalam mesyuarat perhubungan semalam.

Tambahnya, PKR negeri menyerahkan sepenuhnya keputusan mencari pengganti Fairus kepada kebijaksanaan ketua umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Semalam Dato' Seri Anwar datang, beliau tidak ada sebut langsung tentang perkara itu," katanya.

- sumber dari Malaysiakini.


* p/s - takkan la masih jadi persoalan dan tanda tanya siapa sepatutnya jadi tkm 1 p.pinang..??? nak kena saring dan cari calon yang paling sesuai betoi-betoi ka baru nak namakan pada KM..??? Baru nak ambek pengajaran ka dari pengalaman yang sudah..??? Takkan kott..??? Ataupun masih tak puas hati dengan 2 calon yang dok ada tuu...??? Atau yang letak jawatan tu masih jadi tarohan harapan nusa dan bangsa ka..???? Dan dari laporan Mkini YB Maktar tu apa dia..??? "kurang pandai berpolitik"...??? Macamana tu tak pandai berpolitik hah..??? Yenna daaaa...apa dia nii...????


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

7 ulasan:

anakMelayu raya berkata...

kalu nak pilih dari dua orang pun susah sangat,macam mana nak perintah negara yang ada berpuluh calun nak jadi menteri?atau jangan2 yang dua org tu tak berkualiti tak?,atau main tangkap muat masa jadi calun dulu.Pikiaq piqiaq la hapsere betui!

Mamak Mia berkata...

rasanya bukan 2-2 tu calon tak berkualiti...tapi rasanya tak 'sehaluan' kot dengan perhubungan negeri mana nak tau kot2 di bahagian atau pimpinan ada yang tak berapa 'suka'...biasa la madet kataaa...Melayu kann ka..???

Si Pitung... berkata...

Salam,
Sebagai manusia...ada kelebihan dan ada kekurangan...namun apabila ada satu tempat dan ada calon lebih dari satu...kena la pilih betul2,...tak macam pilih menantu...yang mana anak kita suka...kira yang itulah menantu kita!

Tapi ada juga kedengaran pihak tertentu dok lobi ....tangan tangan ajaib...nak ganti bantal baru...bantal lama dah busuk!
kena buang ....la ni tidur tak lena la...he he..kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Tak reti politik tu maksudnya bukannya calon tangkap muat. Aku orang Sungai Bakap, Aku kenai Ust. Maktar. Untuk pengetahuan semua, Ust. Maktar ni macam Tok Guru, dok baca kitab, baca khutbah, semua dia boleh buat.

Dia jenih orang luhur dan ikhlas. Tak pandai melobi dan jenis jujur dan lurus. Tu yang depa maksudkan tak pandai politik.

Dari segi gerak kerja, aku boleh habaq, The Best in Penang pusat bantuan ADUN Sungai Bakap. Bukan Sungai Bakap ja Ust. Maktar jaga, DUN Sungai Acheh yang PKR tewas pun, Ust. Maktar pi turun jaga.

Hang pa nak kenai Ust. Maktar hangpa masuk blog depa www.media-nt.blogspot.com

Kot-kot hangpa nak kenai Ust. Maktar ni dengan lebih lanjut.

Tanpa Nama berkata...

lobi nmpk,kalu malek tk dapat serang malek pulak ek.mcm tu la politik yang mudah di baca

Tanpa Nama berkata...

Apa nak susah sangat, DSAI kan orang Islam.
Buat la solat Istiqarah...
Islam kan mudah, ikut ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Selesai masalah.
Jangan terpengaruh dengan mereka (pemimpin PKR PP yang perangainya masih UMNO) yang dok serendeh/bodek nak minta sesuatu.
Kembali kepada Islam. Buatlah Solat Istiqarah...

din binjai berkata...

cakap salah...
tak cakap salah...
jadi semua serba salah...

lantik salah...
tak lantik salah...
jadi semua serba salah...

umum salah...
tak umum salah...
jadi semua serba salah...

dedah salah...
tak dedah salah....
jadi semua serba salah...

tulis salah...
tak tulis salah....
jadi semua serba salah....

kata salah...
tak kata salah...
jadi semua serba salah...

bising salah...
tak bising salah...
jadi semua serba salah....

kritik salah...
tak kritik salah...
jadi semua serba salah...

komen salah....
tak komen salah...
jadi semua serba salah...

lapor salah...
tak lapor salah...
jadi semua serba salah...

hentam salah...
tak hentam salah...
jadi semua serba salah...

fikir salah...
tak fikir salah...

JADI....LU FIKIR LA SENDIRIIII

Related Posts with Thumbnails