Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

18.4.09

Akhirnya Mantan ADUN Penanti Dapat Sambung Belajar... ~ malaysiakini

Salam Reformasi, Salam Perubahan...

Berikut adalah kenyataan yang bukan 'cobaan' lagi untuk Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, salinan Kenyataan Akhbar atau dalam bahasa omputihnya, Press Statement, yang telah dikeluar serta diedarkan oleh Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan telahpun di tandatangani oleh mantan pemilik kerusi DUN N.12 Penanti sendiri, Mohammad Fairus Khairuddin. Ini telah menjelaskan kekeliruan dan tandatanya semua, siapakah bakal TKM 1 diantara 2 calon ADUN yang sediada iaitu samada YB Exco Haji Malik Kassim atau ADUN Sungai Bakap, Ustaz Maktar, akhirnya kedua-duanya tidak dipilih maupun terpilih...

Ada kekeliruan mungkin atas sebab-sebab yang disengajakan atau kelupaan oleh mantan ADUN ini ataupun si pembuat 'Press Statement' ini dimana 'ADUN 14 Penanti' telah dicatatkan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim pula masih di sebut sebagai 'Penasihat Parti' dan bukan sebagai Ketua Umum. Dengar khabarnya, surat atau Kenyataan ini telah dikeluarkan di sebuah negeri selatan tanahair oleh sang empunya diri yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah disana dan akhirnya surat ini telah diSAHkan SAH tanpa ragu lagi.

Namun lokasi terkini dan dimana beliau ingin meLANJUTkan pelajaran tidak dapat langsung dikesan oleh perisik-perisik bloggers mahupun PerisikRakyat YahooGroups sekalipun. Sumber dari blog Alahai... sebelum ini pernah menyiarkan artikel tentang pasport antarabangsa mantan tkm 1 serta adun Penanti ini telahpun di senarai hitamkan oleh pihak berwajib. Mungkin beliau sekarang berada di 'kerajaan langit' ayah-PIN yang tidak memerlukan pasport antarabangsa. Agaknya lahh...

Mantan Yang Berhormat ini pada awal memegang kuasa no.2 dalam kerajaan negeri pernah memberi Amaran Keras kepada rakan exco beliau di tingkat 53, " kenapa melantik Pembantu Khas tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu..?? " dan rakan exconya ini terkejut dan cuma berfikir sejenak... " perlukah sampai perlu begini..?? " Walhal kerana seorang anak muda ini (pembantu khas) dan rakan-rakan AMKnya pernah diUGUT akan dipenggal kepala oleh sebab hadir ke Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) di KOMTAR untuk sesi lawatan kerja sambil memberikan memorandum penunjuk prestasi kepada 3-3 Exco PKR termasuk la mantan TKM 1 ini yang mengesyaki kumpulan Biro Politik AMK cuba mendesak beliau agar meletak jawatan... Isk, isk, isk..tak masuk akai langsung...tengok pun tidak lagi kandungan memorandum tu, TUDUH jer lebih...

Teman yang baru bertugas di Tingkat 53 itu sebagai Pembantu Khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri pernah berseloroh... " aku nak tengok, samada aku yang baru kerja ni nak berenti dulu ka atau dia yang berenti dulu serta keluaq dari opis di tingkat 52 tu..tak percaya tengok laa.." Hehehehehe...sekarang ni, semuanya dah terbukti yang mantan TKM 1 itu telah bersabit dengan kesalahan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam kes kuari-kuari sekitar Pulau Pinang serta kertas siasatan pendakwaan oleh badan paling efektif rantau asia pasifik ini, SPeRMa dah ada dan sedang dalam proses untuk dibicarakan si pesalah.

Atas sebab-sebab itulah mantan ini meletak jawatan exco dan tkm 1 berkuatkuasa pada 8hb April '09 iaitu sehari selepas Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang dalam kempen PRK 2 Bukit 1 Batang... DUN Batang Ai di Sarawak juga masih dipertahankan oleh Bn-Barisan Nasional.

Pilihan Raya Kecil di N.12 Penanti ini bakal membeban dan memboringkan serta mencipta sejarah juga kepada pengundi-pengundi KADUN ini kerana akan mengundi buat kali ke-3 berturut-turut bermula dari sejak PRU ke-12 pada Mac 2008 di Parlimen Permatang Pauh untuk Dato' Seri Dr. Wan Azizah dan selepas itu sekali lagi pada Ogos 2008 di Parlimen Permatang Pauh untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim serta kali ini pada tahun 2009 untuk kesekian 3 kalinya.

PRK kali ini jugak mungkin akan menyaksikan ramai kot calon2 BEBAS maupun BEBAN yang nak bertanding...gila weiii...calon yg menang kompom dapat jadi TKM 1 Penang ni braderrr...sapa tak mau...cam di Bukit Selambau laa...ramai sampai 13 BEBAS...tu semua nak jadi ADUN dgn sekali EXCO laa....ingat saja2 kaa...???

Ntah la pening la pala dengan senario politik semasa la nii...camana pun kepada pengunjung, penyokong setia Pakatan Rakyat seluruh Malaya, yang datang sebagai sukarela, petugas pilihan raya, Selamat Datang serta bertugas pada kalian... Serta ketidak tinggalan, ucapan Selamat Datang ke Pulau Pinang & Selamat Berkampung di ucapkan kepada Bloggers-Bloggers Seantero Malaya yang nak mai 'attack' di PRK N.12 Penanti...

Salam Reformasi Semua....!!! Takbirrrr.....!!!!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa citer AJK Keadilan Bahagian Putrajaya ni?

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

http://jamilismail.blogspot.com

pro PR berkata...

salam Tanpa Nama..

aku rasa la hang silap masuk komen blog kot ni..?? Pi la masuk tanya di keadilan putrajaya nuu...owner blog ni mana nak pi tau rasanya pasai keadilan putrajaye tu..tak gitu ka blog owner??

aloha2 berkata...

salam....

Uhuk..Uhuk...nukilan yang mengujakan....uhuks.....perossssssssssss

cu tok merah berkata...

Salam...aloha2,

Memang meneroja....nanti belajar kasi tamat...dulu tengah belajar tok guru meninggal...la ni dah dapat guru baru ...boleh sambung balik la...

Permata...kebiru biruan...nilainya pada keaslianya....bukan warnanya...Fairus.
sendiri mau ingat....

Related Posts with Thumbnails