Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.
Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mengimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.
Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.
Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:
Sila semak secara 'random' nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/
Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA
Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG
Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA
Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN
Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN
Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA
Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN
Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN
Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN
Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG
Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam
Zahid berkata :"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara."
Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?
Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini.
sumber dari : blog Kelab Greenboc
5 ulasan:
bro...setakat bongkar je ke...? tu je kemampuan yg ada. dah letih aku dengar tektik jahat spr ni. tapi sampai la ni masih camtu. action bro...kami pengundi mahu action...bukannya bongkar...selongkar bagi syok pembaca je.pastu senyap. time pilihanraya timbul balik...
bongkar je la boleh buat. action apa yg kita boleh buat? Kalau kita kerajaan boleh la action. Kita bongkar supaya rakyat tau. Bila rakyat tau, harap2 diorang insaf dan tau taktik kotor BN dan mengundi PR.
Kita di PR ni nak bertindak terbatas. Even nama je ahli parlimen tapi mcm2 kena sekat dan tak boleh dilaksanakan. Silap haribulan masuk ke dalam (ISA).
dah tahu takperrr....dok tanya pulak dahhh...standard kl lerr....kalau PR ni dah jadi kerajaan jangan harap la depa2 ni nak buat onar di mana-mana pun...masalah tak dak power-ranjers la kawan...
Salam,
tanpa nama13.4.2009..13:46,
Tak kan tak tau...tahap kerajaan kita,bukan yang telus!
kadang2 yang buat laporan akan bermasaalah lebih dari yang dilapor...
Satu lagi sekurang kurangnya dapat juga kita tau...biasa la!
plkn juga sapa yang punya program..la ni try yang tua sikit,kalau nanti nampak boleh jaya,buat pula group lepasan u,pas tu yang pesara..kelab pesara ka...perabih beras saja semua tuuuu!!!kah kah kah.
pergh.....tambah pulak dgn budak plkn....menang besar bn pru13 nanti....aku cAdangkan ko masuk wataniah gak....dapat elaun tu
Catat Ulasan