SIDANG MEDIA UNTUK EDARAN SEMUA
BUKIT SELAMBAU- Isnin 6 April. - Tengahari semalam, sekumpulan petugas dari Biro Kemasyarakatan PKR Pusat yang di pimpin oleh YB Gobalakrishnan telah pergi ke kawasan Taman Bandar Baru untuk program merayu undi dari rumah ke rumah.
Untuk melincinkan tugas kami telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Sejurus selepas memulakan tugas, saya dan 2 teman lain terlihat dua helai banner yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ketua Umum Parti kami, yang di gantung berhampiran dengan sebuah bilik gerakan BN.
Tiada logo mana-mana parti pada banner tersebut, oleh itu kami telah pergi untuk menanggalkannya. Baru sempat kami menanggalkan banner yang pertama, kami telah didatangi oleh sekumpulan lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan bilik gerakan BN dan boleh dikatakan hampir semua memakai baju yang tertera logo BN.
Mereka telah memaki-hamun kami dengan kata-kata yang kesat dan melarang kami untuk menurunkan baner-baner tersebut.Apabila kami mengatakan yang banner-baner tersebut telah melanggar peraturan pilihanraya, mereka telah menyatakan yang banner itu telah di pasang oleh pihak UMNO dan bukan dari mereka (MIC).
Kami kemudiannya telah cuba untuk bergerak untuk memasuki kawasan perumahan untuk merayu undi, tetapi telah dilarang secara keras dan ganas oleh kumpulan itu yang menyatakan, 'kamu tidak boleh masuk sini , ini kawasan kami.' Mereka juga telah mengugut untuk mengetuk kepala kami dengan parang jika kami cuba masuk juga kedalam kawasan tersebut.
Oleh kerana takut keselamatan kami dalam bahaya, kami terus ke Pondok Polis yang berhampiran untuk membuat laporan. Ketika kami sedang membuat laporan tersebut, kumpulan yang sama yang kini sudah berjumlah diantara 25 ke 30 orang telah datang dan membantah kami membuat laporan tersebut.
Dalam masa yang sama YB Gobalakrishnan dan teman-teman yang lain telah sampai di Pondok Polis tersebut dan keadaan menjadi tegang dan kecoh, pihak Polis pula tidak dapat untuk mengawal keadaan. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk beredar dari Pondok Polis tersebut dengan secepat mungkin.
Saya telah diminta untuk pergi ke Balai Polis Bedong pada hari itu juga untuk membuat laporan. Alhamdulillah pihak Polis di situ telah melayan saya secara sopan, tetapi saya agak terkilan apabila mereka mengambil gambar banner tersebut di dalam bonet kereta saya dengan secara jelas menampakkan no. pendaftaraan kereta saya, umpama saya yang bersalah.
Selepas itu pihak Polis telah menyuruh saya pergi semula ke kawasan tersebut dengan wakil SPR, kerana mereka sahaja yang boleh menanggalkan baner yang kedua itu. Bagi saya ini tidak betul kerana tanpa logo mana-mana parti, banner tersebut tidak termasuk dalam kategori bahan-bahan kempen rasmi pilihan raya.
Kami disini merasa amat kesal kerana pihak kerajaan serta agensi-agensi yang telah diamanahkan untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan teratur, adil, dan selamat telah gagal berbuat demikian. Kami jega amat kesal kerana parti-parti dari komponen BN terus menggunakan khidmat 'samseng' sebagai sebahagian daripada jentera pilihan raya mereka.
Dengan ini, sistem demokrasi di negara ini bukan sahaja gagal dipertingkatkan, tetapi sebaliknya semakin terhakis.
Sekian,
ANIMAH FERRAR
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi /
Timbalan Ketua Biro Kemasyarakatan
Parti Keadilan Rakyat Malaysia
- sumber telah di-import dari blog Zul Mamak Penang, ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
2 ulasan:
komen dari YahooGroups :- Sediakan camera video jika keadaan seperti ini berlaku, lepas tu sebarkan video itu...
salam,
saya ada menanggalkan lebih kurang 8 banner yang semacam tu...
ianya dipasang disetiap simpang....wakil spr kita tak nampak ke?
kena la aktif sikit!
Catat Ulasan