Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

5.4.09

Polis Kesan 8 'Lokasi Panas' Di Bukit Selambau... ~ malaysiakini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata terdapat lapan "lokasi panas" dalam DUN Bukit Selambau yang berpotensi digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk bertindak di luar batasan undang-undang.

"Terdapat lapan lokasi tumpuan yang dikesan (panas). Dan saya mengarahkan pegawai-pegawai saya ke lokasi berkenaan," katanya.

"Iyalah, ia lokasi (tersebut) boleh menimbulkan masalah oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka perlu ada di sana untuk menentukan kemenangan mereka.

musa hassan bukit selambau 040409"Mereka (akan) bertindak di luar batasan undang-undang," katanya menjawab soalan pemberita di Bukit Selambau hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelapan-lapan lokasi tersebut.

Katanya, ia berdasarkan kepada maklum balas dalam maklumat yang diterima oleh polis.

Dalam sidang media yang sama juga, Musa berkata, pihaknya juga menerima 14 laporan polis yang melibatkan kes-kes yang tidak serius seperti pergaduhan kecil dan pelanggaran syarat permit ceramah.

Bagaimanapun tiada tangkapan yang dibuat setakat ini, tambahnya.

"Sepanjang hari penamaan calon (hingga sekarang), tidak ada kes-kes serius yang berlaku dan diharap ia dapat dikekalkan kerana saya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh merosakkan proses demokrasi," katanya.

Menurut Musa, pihaknya turut menerima maklumat terdapat pihak tertentu cuba mendatangkan masalah semasa pilihanraya berlangsung, antaranya menghalang pengundi keluar mengundi pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran agar tindakan tersebut tidak diteruskan dan tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Seramai 3,000 anggota polis ditugaskan bertugas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang melibatkan 22 pusat mengundi dan 64 saluran.

sumber : Malaysiakini


* p/s - apa kata SPR pulak..??? panas ka sejuk ka suam-suam kuku...??? mana area, mana tempat, apa pasai..kasi tau la deyyy..!!!! itu panas punya tempat bn tadak 'can' mau menang ka kalo..??? areee deyyy...cittt...!!!!


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

2 ulasan:

al Mualim berkata...

Salam,
Ana dah pergi 3 kali kat bukit S,tak ada panas nya...hujan lebat ada la...kami semua sejuk dalam hutan getah...tengah jalan rumah kerumah....
yang rasa panas tu orang lain kut?

Hijat Panjang... berkata...

salam brader al-mualim...

Panas bagi puak2 berlawanan laa...depa dok panas telinga dengan mata tengok kawasan kebanyakan Pakatan Rakyat dah masok..dah tawan..depa takdak chance..depa nak buat kacau laa..pasaitu polis anggap kawasan 'panas'..takkan yg tu pun tak paham kott..bukannya cuaca panas, kalau cuaca Jabatan Meteorologi yang ramalkan kat sesuatu tempat tu akan hujan ka, mendung redop ka..salji ka...hehehehe... Ana lak turun aritu awai masa penamaan calon dok sana 3-4 hari sja..lepaih tu cuma laporkan dari jauh...ni kat Kg Bukit Bayan Lepas saja..Selamba ja..

Related Posts with Thumbnails