Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

14.3.09

Yang DiPertua MAIPP Pulaukan Bulan Dakwah.. ~ malaysiakini

oleh Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 11 Mac (Hrkh) - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya tidak sepatutnya memulau majlis Bulan Dakwah peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sempena Majlis Maulidur Rasul di Dewan Sri Pinang Isnin lepas.

Sebaliknya beliau harus bersikap profesional sebagaimana yang ditunjukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudi merasmikan bersama Pejabat Halal Industri Development Corporation Sdn Bhd (HDC) dan Penang International Halal Hub Sdn Bhd (Halal Penang) di paras tiga, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) 4 Mac lalu.

Apa salahnya, beliau hadir untuk menunjukan muka kerana beliau merupakan YDP Maipp yang berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serta Naib YDP Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) yang merancang program Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan.

Seorang peserta pembarisan daripada Jabatan Kerajaan menyifatkan, peristiwa itu amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku dalam era teknologi maklumat.

Baginya, apa yang terjadi mengambarkan beliau seorang pemimpin yang ego untuk berada di bawah kerajaan lain daripada Barisan Nasional (BN).

"Beliau bertindak angkuh seolah-olah tidak boleh bersama kerajaan lain selain BN, Jika beliau profesional kejadian itu tidak berlaku," ujarnya.

Seorang pengunjung melihat perarakan Maulidur Rasul di Jalan Chulia ke Dewan Sri Pinang, Haji Mohd Rodi Arshad menambah, ketiadaan YDP Maipp itu menjadi persoalan kerana Bulan Dakwah bukan program Kerajaan Negeri sebaliknya Kerajaan Persekutuan.

"Sebagai orang pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang boleh meningkat naik asalkan beliau boleh mengetepikan keegoanya terlebih dahulu," tambah beliau yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian di Selatan Seberang Perai. - mns_

- sumber dari Harakahdaily.



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

cyberboron berkata...

Hijat,

Budin ni kawan aku dari sekolah menengah sampai U. Masa kat U dia satu bilik dengan aku.

Dia ni cuma ada kebolehan bercakap je. Waktu kat sekolah, dia salah sorang pemidato.

Bila dia jadi YB UMNO, aku tak kesah sangat. Mampuih pi la, sebab UMNO memang tempat orang jahat. Tapi bila dia jadi YDP MAIPP, aku meluat sungguh.

Masa awai2 kat U dulu, dia tak mau dok di Fakulti Syariah. Berbulan2 dia usaha mintak tukaq fakulti tapi tak dapat. So kena la mengaji syariah. Nak kata bodo, macam menghina pulak. Tapi lebih kurang tak cerdik la dia ni.

Kalau nak cerita perangai dia, pun tak berapa syok jugak sebab semuanya kisah lama. Mungkin la ni perangai dah baguih dah. Tapi kalau dulu2 memang dia ni kira mangkok ayun jugak la. Hali-hali dating maa!

Masa awai2 jadi PTA dulu, aku ada habaq kat dia, suruh tangkap couple yang dok bercumbu merata alam kat penang tu kerap2 sikit. Dia gelak kat aku macam lansuyaq. Pasai apa? pasai perangai dia pun macam tu juga masa student dulu.

Cukup! tak baik mengumpat.

Tanpa Nama berkata...

salam hijat,
Dah tau dah!!....SS.....
macam ni la yang umno kata depa tu baik!.....pulau memulau!!
Minta orang2 kita tukar saja dia ni...kalau nak lihat Islam dipandang mulia semula diPP..

Masjid pun bermasaalah dengan orang atasan yang suka pulau memulau....
kita nak lihat masjid menjadi segar dengan aktiviti...tapi sidia ni memhidupkan amalan songsang..masjid menjadi lesu dan cuma menjadi tempat orang ijabkhabul,trand sekarang....trand umno....hanya pentingkan LOGO!!!

~PakKaramu~ berkata...

Sepatutnya polis tidak menyebelahi mana-mana pehak

Related Posts with Thumbnails