Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.3.09

Khir Toyol Akan Di Gantung Tugas Sebagai ADUN.. ~ malaysiakini

SHAH ALAM, 27 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.

Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat.

"Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac," katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.

Sementara itu tambah beliau isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor), Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi pada Isnin, 30 Mac nanti.

Beliau memaklumkan, Selcat telah menerima surat pemberitahuan daripada Asbi pada pagi tadi yang memohon penangguhan menjadi saksi kerana mempunyai tugas-tugas rasmi.

Beberapa saksi lain akan dipanggil semula termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPPN) pada Isnin dan Rabu.- lanh _

-sumber : Harakahdaily


* p/s - hehehehehe...dah la kalah pemilihan umno, bila kalah salahkan pakatan rakyat, pasai bongkar isu salah guna kuasa dan dana masa perintah Selangor dulu..dah tu bila orang panggil mai bagi keterangan, tak mai...menyombong,eksyen..kan la ni nak terima padahnya..

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gantung jangan tak gantung,kalau boleh gantung dia sampai abis umurnye.Tempoh hayat ADUN.

D' Sorcerer berkata...

Salam hijat...
Tunjukan yang mandat diberi digunakan sebaik mungkin!!
Itulah yang dikehendaki rakyat...
itulah "Harapan Baru" rakyat Malaysia.
Kat Penang ni pun mau dok buat cam tu!!!!Kalau YDP MAIPP tak mau kerjasama...ambil tindakan...baru nampak kita ni dah diberi mandat...jangan dok diam saja....
takut ...takut...takut nak nampakan perubahan?..Kenapa?..ada Agenda ka?
KITA NAK LIHAT DI PENANG PUN ADA PERUBAHAN!!!!JANGAN DOK TIDOK!!!!
kuasa dah di tangan....

Macam macam nama ada... berkata...

Salam...D'Sorcerer,..macam macam nama ada!...tapi saya sokong dia.
Kat Penang ni menang dah satu tahun,tak nampak sangat perubahannya..orang umno yang pegang jawatan ...relax je!pengerusi khariah,DO,Penghulu dan yang seangkatan...selambaa je,siap beri maklumat pada pada gang....kalau cam tu tak jadi le!!!
memang kita ni takut sangat...tak kena gaya!
Presure sikit depa ni...kalau tak nak kerjasama...boleh blah..tukar kat Perlis ke Johor!...

Related Posts with Thumbnails