Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

3.3.09

UMNO masuk UMNO..?? Taktik Lama.. ~ malaysiakini

TASEK GELUGOR, 3 Mac (Hrkh)- Sekali lagi Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya terpaksa berbohong untuk mendapatkan publisiti murahan bagi menaikan namanya bagi memastikan kedudukanya terus mantap di arena politik tempatan setelah berjaya mengenepikan Ketua Bahagian terdahulu Dato' Seri Shariff Haji Omar dalam pemilihan bahagian beberapa bulan lalu.

Beliau terpaksa menggunakan ahli Umno untuk masuk Umno semula kononya kecewa dengan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat yang mungkir janji menyelesaikan kemiskinan tegar setelah hampir setahun memerintah Pulau Pinang.

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Tasek Gelugor, Mohamad Hashim memberitahu lakonan itu sengaja dimainkan semata-mata untuk menaikan semangat ahli Umno dan penyokong kuat mereka yang ada antaranya telah hilang keyakinan pada parti apabila berlaku peristiwa yang memalukan mengaitkan kepimpinan negara sejak kebelakangan ini.

Untuk menarik perhatian sambungnya, mereka mencari helah membohongi ahli dan penyokong dengan menggunakan ahli Umno sendiri demi kepentingan dan kedudukan dalam bahagian ekoran bimbang kumpulan yang di ketuai Dato' Shariff membina kekuatan semula untuk merampas jawatan tertinggi di bahagian tersebut pada masa depan.

"Mereka buat hal lagi untuk keliru mata masyarakat kononya Umno tetap utuh dan diterima ramai pada hal dalam situasi begini mana ada orang kampung yang ingin sertai Umno lainlah dengan PAS dan KeADILan, " ujarnya.

Tegasnya, di Pokok Tampang KeADILan tiada mempunyai ahli langsung melainkan penyokong sedia ada dan bagaimana timbul kewujudan 40 orang ahlinya yang menyertai Umno.

Akhbar pro Barisan Nasional (BN) terus diperalatkan untuk menyiarkan berita yang tidak masuk akal untuk mengambarkan perpaduan dalam Umno dan BN kembali stabil terutamanya di bahagian Tasek Gelugor setelah Shabudin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dikatakan berjaya 'menebang pokok besar' dengan menggunakan gergaji.

Katanya, KeADILan sendiri akan membuka empat lagi cawangan baru iaitu di Kampung Besar, Desa Puri, Padang Chempedak dan Permatang Binjal menjadikan 15 cawangan seluruh Parlimen Tasek Gelugor dengan keahlian seramai 1,026 orang. - azm _

- dari harakahdaily..

p/s - kah kah kah kah kah...(gelak gulin gulin cam isham rais tukaq tiub dahh..) inilah karenah si pembangkang negeri Pulau Mutiara..dah dalam ketakutan yang amat amat sangat..desperate mat saleh kata..sanggup menipu masyarakat sendiri untuk publisiti jualan murah..cittt...taktik lama laa braderr...orang dah muak dengan melugai naik hayai dah dok dalam perjuang kerih karat ..apa jadahh...tok det mantan pesiden hangpa dah kataaa..." Dah Lamaa Dahhhh.."

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

5 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam

selamat maju jaya blog anda

Tanpa Nama berkata...

shabudin yahya ketua bahagian umno..?? YDP Majlis Agama Islam PP..?? Berbohong..?? Memang patut la kalau dia langsung tak dihormati..YDP Majlis Agama ISLAM..bukan YDP Majlis Penjaja-penjaja Kecil..sendiri mau ingat lah...

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Tu YDP MAIP,bikin malu saja...rakyat Pulau Pinang tak mau dia...guna kabel lain nak terus bertahan...
ingatkan buat apa-apa untuk kebaikan PP...tapi guna kedudukan buat kacau masjid,bela yang bermasaalah,tolong cover...tolong.. pantau sikit dia ni!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Tu YDP MAIP,bikin malu saja...rakyat Pulau Pinang tak mau dia...guna kabel lain nak terus bertahan...
ingatkan buat apa-apa untuk kebaikan PP...tapi guna kedudukan buat kacau masjid,bela yang bermasaalah,tolong cover...tolong.. pantau sikit dia ni!!!!

Tanpa Nama berkata...

tolong ingatkan ydp maip tu....kat mana dia campak ilmu yang dia kutip di univ.malaya dulu..atau tak dapat keberkatan dari lecturer..ke...salah niat masa mula jejak kaki ke menara gading dulu..hampeh betoi.ngaji ugama tinggi tapi tak gheti nak beza haq dengan batil..baik hang tobat cepat budin ooi.

Related Posts with Thumbnails