Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Memaparkan catatan dengan label ydp maipp pulau progrm... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ydp maipp pulau progrm... Papar semua catatan

14.3.09

Yang DiPertua MAIPP Pulaukan Bulan Dakwah.. ~ malaysiakini

oleh Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 11 Mac (Hrkh) - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya tidak sepatutnya memulau majlis Bulan Dakwah peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sempena Majlis Maulidur Rasul di Dewan Sri Pinang Isnin lepas.

Sebaliknya beliau harus bersikap profesional sebagaimana yang ditunjukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudi merasmikan bersama Pejabat Halal Industri Development Corporation Sdn Bhd (HDC) dan Penang International Halal Hub Sdn Bhd (Halal Penang) di paras tiga, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) 4 Mac lalu.

Apa salahnya, beliau hadir untuk menunjukan muka kerana beliau merupakan YDP Maipp yang berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serta Naib YDP Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) yang merancang program Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan.

Seorang peserta pembarisan daripada Jabatan Kerajaan menyifatkan, peristiwa itu amat memalukan dan tidak sewajarnya berlaku dalam era teknologi maklumat.

Baginya, apa yang terjadi mengambarkan beliau seorang pemimpin yang ego untuk berada di bawah kerajaan lain daripada Barisan Nasional (BN).

"Beliau bertindak angkuh seolah-olah tidak boleh bersama kerajaan lain selain BN, Jika beliau profesional kejadian itu tidak berlaku," ujarnya.

Seorang pengunjung melihat perarakan Maulidur Rasul di Jalan Chulia ke Dewan Sri Pinang, Haji Mohd Rodi Arshad menambah, ketiadaan YDP Maipp itu menjadi persoalan kerana Bulan Dakwah bukan program Kerajaan Negeri sebaliknya Kerajaan Persekutuan.

"Sebagai orang pemimpin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan beliau dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang boleh meningkat naik asalkan beliau boleh mengetepikan keegoanya terlebih dahulu," tambah beliau yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian di Selatan Seberang Perai. - mns_

- sumber dari Harakahdaily.



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails