Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Pulau Pinang, Amizudin Ahmat hari ini (27 Feb 2009) mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.
Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda KeADILan Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.
''Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.
''Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.
Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.
''Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,'' ujarnya.
Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.
Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut.
Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut.- sumber dari ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® & gambar dari suratkhabar utama.
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
7 ulasan:
Salam,
Sebab tu pak Lah tubuhkan SPRM yang baru tu.....nak suruh Din joint sama ...la .....
Tentu dengan "segera" tindakan siasatan ,dan dia akan kata......tau dah sebab 'skrip' dah diatur.....
Kalau kena pecat...MPSP...syor.. Din pi jadi anggota penyiasat SPRM pula... atau tukang cari bahan bukti...CSI SPRM..
Suka anak muda...yang berani!
salam...
komen pembaca di PerisikRakyat yahoo groups..
komen 1) Tindakan yang bagus. Saya setuju agar kedua-dua pemimpin PKR negeri itu disiasat dan didakwa sekira terbukti berlakunya amalan rasuah. Tindakan tanpa mengira siapa dia samada dia orang PKR atau parti lain. Tindakan juga patut dikenakan kepada kuari berkenaan iaitu melakukan penipuan. Ini merugikan negeri dan rakyat. Saya amat berharap kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap kuari tersebut iaitu membatalkan konsesi yang diberikan kepada mereka. Negeri-negeri pakatan rakyat kena tulus. Ingat slogan kerajaan rakyat maka itu berusahalah mengambilkan hak-hak rakyat. Jangan kita ikut rentak, budaya dan rekabentuk BN yang telah dibuang oleh rakyat dalam lubang jamban. Ahli majlis seperti ini yang kita kehendaki kerana memperjuangkan hak-hak rakyat dan juga hak-hak negeri. Syabas Saudara Amizuddin, teruskan perjuangan anda dan saya akan sentiasa sokong tindakan anda asalkan ianya tidak menyalah hukum-hukum Allah swt dan negara.
komen ke-2... ya, kick 'em both,
jikalau benar apa yg dikatakan,jgn simpan lama mcm 2 ekor katak
yg terima 'sedekah seks' tu, Bn cukup suka manusia yg mcm ni, biarkan mereka ambil
dan simpan dlm pekung tambah busuk nanah dlm partai mereka.
komen seterusnya... itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan Barisan Neraka.....kalau depa (BN)org mcm tu depa simpan la....bukan apa untuk nak cover line kalau si polan sorang lagi tu nak buat report si polan ni ada point nak kenakan dia...jd dua2 iblis dan syaitan(adik beradik la tu)
salam'
Jangan samakan dengan BN,Depa kalau ada geng depa,depa suruh diam dan simpan fail...kita telus...buat tak kena...cari bukti...hentam je..tak perlu cover!
Inilah harapan baru!!!..mungkin cara ini rasa tidak selesa...sebab masyarakat kita baru terbuka fikirannya...ada yang dok karat lama lagi..bila kes dibongkar..kata tak sayang parti..kata nanti parti lawan ambil kesempatan...kata nanti orang tak percaya!!!kita.
ni semua tenik lama...yang dah karat tu lah!!! karat dah lama...karat hijau!!!
Untuk Peringatan juga, untuk semua perlu di ingat, yang sekarang ini PR di Penang bukannya Pembangkang lagi, kita sekarang ini PEMERINTAH..kena la telus dan berintigriti..(betoi ka perkataaan ni, cam lain macam jer..)
Mana boleh ada RASUAH dan PENYELEWENGAN..??? Ambik tindakan pada yang TERBUKTI berSALAH..jangan lindungi mereka yang jadi DURI dalam DAGING..
Ada soalan dari rakan, bagaimana jika si Pengadu, Sdr Amizudin akan dikenakan TINDAKAN dari Parti,iskk..mana boleh..?? Inin dah jadi seperti kes Ezam Md Nor DULU sewaktu masih dalam PKR..dia yang dedahkan kes salah Menteri UMNO, dia yang masuk DALAM..kita tak mahu jadi seperti ini..jika berlaku juga dalaman Parti, mungkin ada sesuatu yang TAK KENA...
bro teruskan bercerita pasai ni....i know who is amizudin...dia ni dari awal lagi dgn pkr, member2 lain masuk balik bn dia setia dgn pkr.
so aku tak rasa dia gila pangkat tp seorang yg jujur yg mengangkat martabat politik pkr spy tak jd mcm umno, kita harus sokong dia.
malah org2 yg ada tu lebih baru dari dia dlm pkr, dan memang taik umno before. so bgtau kat din bongkar ja benda ni, agak2 pkr tak nak dengar, report kat sprm, mesti cepat nya tindakan diambil. kita tak mau pemimpin busuk dlm pkr. biaq umno ja busuk, pr masih kain putih, so kita corakkan.
jd mari kita angkat pemimpin yg jujur yg berani dedah kebenaran.
kirim salam aku kat din.
SALAM,
Masa untuk saringan,...yang tak melepasi tahap tu biarkan lah ia...
tak perlulah kita nak cover lak .Dugaan makin besar bila kita diambang gerbang putrajaya!!!
Hanya yang melepasi saringan yang layak mengecapi kebahagian dalam ertikata yang sebenar!!!
SABAR YA DIN!
Catat Ulasan