Siaran Media
24 Mac 2009
Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar
Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.
Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.
"Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat," jelasnya di Parlimen pagi ini.
Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.
"Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media," katanya.
Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.
Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.
"Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat," katanya lagi
Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.
Tindakan penggantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org/
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: http://shamsuliskandar.com/
* p/s - dilampirkan salinan Surat Arahan dari KDN kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Dr. Wan Azizah.
--
Ahakksss......
http://bloghijat.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan