Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

30.3.09

Bukit Selambau, Pantai Merdeka & Retorik Politik.. ~ malaysiakini

Sewaktu melintasi Lebuhraya Utara Selatan tadi, saya terpandang Gunung Jerai. Lantas saya teringat sebuah lagu yang diperkenal oleh Tropika, "Cinta Pantai Merdeka". Lirik lagu itu menyebut Gunung Jerai dan Tanjung Dawai.

"Oh indahnya, cinta kita di Pantai Merdekaaa ..." nyanyi Tropika. Sekiranya anda ingin mendengar lagu itu, sila cari di Youtube. Ada dua penyanyi lagu itu. Selain Tropika, ia juga dinyanyikan oleh Jinbara. Kumpulan Jinbara juga menyanyikan lagu "Farhana" yang secara kebetulan merupakan nama anak saya.

Tanjung Dawai terletak dalam Parlimen Merbuk. Begitulah juga dengan kawasan DUN Bukit Selambau.

Bagi yang tidak tahu di manakah Bukit Selambau, biarkan saya tunjukkan jalan ke sana. Sekiranya anda dari Selatan, ambil exit Sungai Petani Utara di Lebuhraya Utara Selatan. Belok ke kiri di lampu isyarat pertama dan anda mula memasuki kawasan DUN Bukit Selambau. Taman Ria, Ambangan dan Taman Aman terletak dalam DUN Bukit Selambau.

Dari situ, anda ambil jalan menuju ke Kuala Ketil. Nanti akan bertemu papan tanda arah Bukit Selambau.

Sekiranya anda datang dari Utara, exit di Gurun, selepas tol ambil kanan menuju Jeniang. Sebelum Jeniang, ada papan tanda arah ke Bukit Selambau.

Dalam perjalanan ke situ anda akan bertemu kawasan kampung tradisi dan ladang. Dalam ertikata lain, penduduk Bukit Selambau tinggal di kawasan taman perumahan (di pinggir bandar Sungai Petani), kampung tradisi dan ladang.

Daripada sekitar 30,000 pengundi di situ, 50% adalah Melayu, 30% India dan 20% adalah pengundi China. Bandar besar ialah Sungai Petani. Selain itu, mereka juga membeli-belah di Kuala Ketil dan Jeniang, selain pekan koboi Bukit Selambau.

Kawasan peranginan terdekat ialah Gunung Jerai dan Pantai Merdeka. Secara kebetulan, itulah juga tempat yang dekat di hati saya sewaktu saya bersekolah di Guar Chempedak dulu. Sebab itu jugalah lagu "Cinta Pantai Merdeka" mengingatkan kisah cinta lama!

Saya menyebutkan kesemua ini bagi menyatakan bahawa penduduk Bukit Selambau (sama seperti penduduk luar bandar yang lain) mempunyai hubungan dan pertalian keluarga yang rapat antara satu sama lain.

Sementara setiap parti politik ingin menang pilihanraya itu, saya amat berharap mereka dapat mengambilkira perkara ini. Usah bawa isu-isu luar yang tidak ada kena mengena dengan kehidupan harian masyarakat di situ.

Walau siapa pun yang menang pilihanraya kecil itu pada 7 April nanti, penduduk Bukit Selambau masih kena bangun awal pagi untuk menoreh getah dan pergi ke kebun kelapa sawit. Saya tak fikir kemenangan mana-mana parti politik akan mengubah kehidupan mereka dalam sekelip mata.

Sekiranya V Arumugam, calon Bebas yang kemudiannya melompat masuk PKR dan menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah tidak membawa apa-apa perubahan yang ketara kepada penduduk Bukit Selambau dalam tempoh setahun lalu, saya tidak yakin wakil rakyat baru ini akan menjadi lebih baik dari itu.

Saya ada memberitahu beberapa orang penduduk Bukit Selambau, sekiranya perayu undi datang pastikan mereka bertanya "Apakah yang penduduk Bukit Selambau akan dapat kalau kamu menang?"

Saya berharap pilihanraya kecil ini dapat membawa satu pembaharuan kepada penduduk Bukit Selambau.

Tanpa menafikan bahawa kerajaan negeri sama ada di bawah Barisan Nasional dulu dan PAS sekarang membawa pembangunan, namun ia agak perlahan memberikan manfaat kepada penduduk luar bandar.

Masih ramai penduduk Bukit Selambau yang miskin -- kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apakah wakil rakyat yang baru ini hendak buat bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk Bukit Selambau?

Sementara bagi penduduk Sungai Petani, harga rumah yang tinggi menyebabkan ia tidak mampu dimiliki oleh rakyat negeri ini. Akhirnya, rumah di sekitar Sungai Petani dibeli oleh orang kaya di luar Kedah.

Elok juga kalau pengundi Bukit Selambau bertanya apakah yang wakil rakyat MIC, PKR atau Bebas nak buat bagi selesaikan masalah tersebut.

Kalau setakat retorik politik kosong seperti yang selalu didendangkan dalam setiap pilihanraya kecil, dah lama mereka dengar.

Cukuplah tu!

1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

salam apsere......,
nak minta pendapat anda…
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

Related Posts with Thumbnails