Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

27.3.09

MPT : keADILan Tidak Akan Lindungi Perasuah Dan Penyeleweng... ~ malaysiakini

keADILan tidak akan melindungi dan menyokong mana-mana pemimpinnya yang terbabit dengan gejala rasuah dan penyelewengan terhadap rakyat. Ini selari dengan prinsip parti itu.

"Pendirian saya, mana-mana pemimpin keADILan didapati terbabit dalam rasuah dan penyelewengan akan ditentang habis-habisan kerana pemimpin ini akan memusnahkan harapan rakyat terhadap keADILan."

Demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan (MPT) Badrul Hisham Shaharin @ Che'gu Bard yang mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin berhubung siasatan dakwaan rasuah membabitkan sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Menurut Badrul, selaku generasi muda dalam pimpinan keADILan, tindakan diambil SPRM itu adalah wajar bagi memastikan Fairus bebas daripada segala tuduhan dan tohmahan.

"Siasatan perlu dijalankan SPRM bagi membuktikan kesahihan dakwaan rasuah terhadapnya. Kita yakin siasatan ini akan menepis tanggapan negatif rakyat terhadap beliau," jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.

"Kejujuran dan ketelusan dalam siasatan amat diharapkan dan jika terbukti Fairus terbabit dengan semua dakwaan, tindakan lanjut perlu diambil," ujarnya.

- sumber : Alahai...FAIRUS

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Hijat,
Bagus la kalau gaya gitu,tetapi jangan macam epik melayu lama...boleh reka cerita...buat fitnah...reka bukti palsu...guna tilam dan macam2...
Kalau benar rasuah dan seleweng...ambil tindakan tegas.

Peminpin harus tahan dugaan,waktu susah dan senang...jangan ada yang kata "sedekah" atau duit pinjaman...nanti bawar balik lepas ni!

Related Posts with Thumbnails