Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.3.09

Hantu sudah muncul di Bukit Selambau ~ malaysiakini

Dari :- Suara Keadilan Online

Tuesday, 31 March 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Kedah, Parlimen

RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.

Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.

"Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..

Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.

"Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,"katanya.

Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.

"Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul 'genuine',"katanya.

Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.

"Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka," ujarnya.

Menurut beliau lagi, AMK akan membuat memorandum bantahan kepada SPR dan kali ini akan lebih serius serta bersedia berhadapan dengan apa sahaja risiko.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Wanita Umno semalam yang mendakwa 5,000 senarai pemilih hilang dari daftar pemilih SPR, beliau berkata ia merupakan satu propaganda dari Umno dan BN untuk mengelirukan rakyat.

"Kita telah kesan dalam sebuah rumah melalui sismep, terdapat 21 orang yang merupakan ahli-ahli Umno, ini bermakna ini bukanlah kerja dari Pakatan Rakyat.

Dakwaan itu jelas satu propaganda yang dibuat oleh wanita Umno kernana mereka sebenranya lebih mahir dalam memalsukan daftar pemilih," ujarnya.



--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 ulasan:

slyderrose berkata...

hantu bernyawa atau zombie bkt selambau nie memang payah nak dihalau. Ustaz Ismail Kamus dan Dr Harun Din pasti tidak dapat menghalau zombie-zombie ini.

Related Posts with Thumbnails