Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

21.3.09

Soal Jawab Parlimen Mengenai BTN (16 Mac 2009) ~ malaysiakini

Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] meminta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana untuk memupuk perpaduan sedangkan kerajaan Persekutuan masih menjalankan program Biro Tata Negara (BTN) yang jelas memburukkan kaum bukan Melayu.

JAWAPAN:
Tuan yang Dipertua,

BTN merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi menyediakan dan melaksanakan program-program yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti, institusi pendidikan, belia, kakitangan awam, swasta, anggota pertubuhan serta pemimpin dan dan pemaju masyarakat.

Pengisian program BTN adalah mengikut silibus kenegaraan yang ditetapkan. Silibus ini disediakan oleh golongan profesional yang mahir dalam bidang-bidang tertentu.

Selain dari itu, elemen patriotisme juga diberi penekanan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan semangat cinta serta setia kepada negara.

Dalam usaha membangkitkan semangat patriotisme kadangkala gaya penyampaian yang digunakan agak tegas dan menimbulkan rasa tidak senang kepada segelintir kecil peserta kursus, Setiap maklumat yang disampaikan kepada peserta kursus adalah berasaskan kepada fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman.

Semenjak penubuhannya lagi, BTN menyanjung perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ini boleh dilihat melalui pengisian program yang memberi penekanan terhdap aspek nilai-nilai murni, perpaduan antara kaum dan ini mampu meletakkan diri mereka berwibawa, berintegriti dan mempunyai jati yang utuh.

Modul yang sedia ada sekarang banyak menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang antara lain termasuklah hak dan kedudukan orang Melayu / Bumiputera dan dalam masa yang sama penerangan tentang hak-hak kaum lain juga tidak diabaikan. Pendek kata tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan melayu kerana perara-perkara yang disampaikan adalah berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian adalah tidak benar sama sekali tuduhan yang menyatakan bahawa BTN memburuk-burukkan bukan melayu dalam progra yang dianjurkan. Sebaliknya BTN sejak penubuhannya pada tahun 1981 lagit elah melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu untuk memupuk semangat patrotisme dan cintakan negara di kalangan warganegara.


.
Komen pembaca dari salah satu YahooGroups : sapa yang pi, tau la jawapan dia.......

macam duit kopi, sapa penah bagi, dia tau la sape orang yang terima..

__,_._,___

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Atas kertas cantik,molek...tapi macam kek busuk yang yang disaluti lapisan luaran coklat...kalau tengok dari luar...sanggup membelinya,tapi....kalau diketahui isinya..... sapa yang akan mau?..layak ditongsampahkan saja!!!!

EQUILIBRIUM berkata...

pernah 2 kali ikut btn. sekali memang semua pesertamelayu/bumiputera/islam. yg ini memang akan diterapkan semangat ketuanan melayu.

kali kedua btn wajib utk org kerajaan. yg ni best sikit sbb ada peserta bukan melayu/bumiputera dan bukan islam. yg bestnya fasi selalu tersasul dan mungkin terlupa kerana ada peserta bukan melayu/islam.

pada yg pernah menyertai mungkin tahu sbb ada beberapa modul yg disesuaikan dgn profile peserta.

Tanpa Nama berkata...

menyampah betui aku ngan BTN nie..pernah 2 kali pegi..tp asyik2 ckp pasal ketuanan Melayu..orang cina digambarkan sebagai pendatang yg jahat..rompak kekayaan malaysia..
salah satu jentera UMNO keparat...hekkk tuihh...

Related Posts with Thumbnails