Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

19.3.09

Penyokong Umno Berbaring Di Jalan..??? ~ malaysiakini

Pemimpin PKR dikepung penyokong Umno

kemaskini 7.45pm Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 04Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.

Keretanya dikepung oleh penyokong-penyokong Umno itu dalam kawasan ibu pejabat SPRM, tambahnya.

Mohd Ali, juga seorang naib presiden Umno, semalam didapati bersalah mengamalkan sogokan politik oleh lembaga disiplin parti itu dan dilarang bertanding merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan, hujung bulan ini.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 03Shamsul Iskandar, yang berasal dari Melaka, berkata berlaku pertengkaran lebih kurang 15 minit di situ antara kira-kira 20 penyokongnya dengan kumpulan tersebut, yang dipercayai penyokong Mohd Ali.

Kumpulan itu, tambahnya, mula berkumpul sekitar kompleks itu mulai jam 12.30 tengah hari dengan membawa bendera Umno dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap ketua menteri itu.

Identiti sebenar kumpulan itu tidak dapat dikenal pasti, kata Shamsul Iskandar lagi.

Beliau berkata, kumpulan yang menghalangnya itu mempersoalkan tindakan beliau membuat laporan kepada SPRM serta memberi amaran kepadanya supaya "jangan jaga tepi kain orang lain".

Akibat tindakan itu, berlaku perang mulut antara kedua-dua pihak menyebabkan suasana riuh-rendah.

Sepasukan 40 anggota polis datang meleraikan pertengkaran tersebut dan kedua-dua kumpulan itu kemudian bersurai.

Shamsul Iskandar berkata, sewaktu kekecohan itu, keretanya dibaling seketul batu yang menyebabkan cermin depannya retak.

pkr pas umno ali rustam protest in melaka 180309 01Beliau bercadang membuat aduan polis berhubung kerosakan tersebut.

Shamsul Iskandar juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu sebagai reaksi terhadap keputusan lembaga disiplin Umno semalam.

"Kalau lembaga disiplin Umno sendiri sudah putuskan perkara itu, takkan SPRM tidak boleh siasat?" katanya.

Dalam aduannya, pemimpin muda itu turut melampirkan laporan pelbagai akhbar hari ini yang menyiarkan keputusan lembaga berkenaan.

Beliau ditemani ketua Angkatan Muda PKR Melaka, Hairis Nordin dan ketua Pemuda PAS negeri Kamarudin Sidek ketika membuat aduan itu.

- dari Malaysiakini.


*p/s- patutnya dah dibuktikan bersalah dalam Umno amalkan rasuah, kena la tinggalkan jawatan Ketua Menteri tuuu...Malu la sikit brooo...pemimpin Pakatan Rakyat mu pandai nasihatkan supaya jaga moral la, kredibiliti laa....mu tu apa ke benda..??? Letak la jawatan Mat Ali oooiiii....


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah...aku gelak Guling2 ni weiii...Hahahahahahahahaha...dulu bloggers serta komentar Umno-Bn dok kata kat penyokong Pakatan Rakyat dok baring atas jalan masa kat Kuala Kangsar hari MB Haram-Zadeh BN angkat sumpah...la ni Umno lak kat Melaka...Bandaraya Bersejarah...Hahahahahahaha...!!!!

Lawak La Hangpa...

Tanpa Nama berkata...

dapat duit berbaring atas jalan tu kut

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkahkah...sapa baring atas jalan tu lah dapat duit...lepas baring baru dapat duit...awat tak baring atas jalan yang baru saja siap di TAR..siap dengan minyak panas sekali....

Tanpa Nama berkata...

Salam Hijat,

tu la...jangan tak tau,umno la ni tengah dok sedia kader kadernya untuk menjadi "pembangkang"...sebab tu dok belajar sikit sikit cara pembangkang...dah dok rasa dah!!!

Tak lama lagi tuuuu...

Tanpa Nama berkata...

hahahahaa...hehehehehehehee...nak belajor jadik pembangkang yerr..??? betoi jugak noo...cam di penang dulu ni laa...lepas2 PR jadi kerajaan baru, terus puak UMno pembangkang buat demo depan Komtar...ooooo..baru pakcik tahuuuu.... betoi,betoi...bakal parti Pembangkang di Mesia...hehehehe..UMno n gerombolan Be-end jadi pembangkang paling mangkaqqq...!!!! Hahahahhahaha....

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Sebenar nya....apa yang terjadi bukan satu kebetulan!...ianya hanyalah tanda2 awal kita diambang "PUTRAJAYA"...jika kena cara dan jalannya ,tak lama lagi lah tu.umno pun tahu itu...dalam pada kita persiapkan diri kesana...umno persiapkan diri menjadi pembangkang yang kuat!!!

eiii..tu belum kena air kimia dan asap penyesak nafas lagi...dah terguling!!!
dilain kali panggil la..FRU buat traning bersama..baru real!

Related Posts with Thumbnails