Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

1.11.08

'Sindiket tabur paku' atas Jambatan P.Pinang..


PULAU PINANG, 30 Okt (Hrkh) - Pengguan Jambatan Pulau Pinang terutamanya penunggang motosikal semakin resah berikutan keengganan pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang untuk memastikan tiadanya 'sindiket menabur paku' terus berulang.

Ramai yang kecewa terhadap pengurusan Jambatan Pulau Pinang kerana tidak bertindak segera walaupun aduan telah diberikan termasuk kepada polis.

Harakahdaily mendapat maklumat sindiket itu manabur paku pada awal pagi dengan menaiki motosikal, diikuti oleh pembantu mereka dua kilometer dari belakang di samping memerhati jika ada mangsa termasuk jerat.

Lazimnya bayaran dikenakan terlalu tinggi dari RM20.00 ke RM40.00 sebelah tayar berbanding hanya RM10.00 di kedai biasa.

Bayaran boleh meningkat dua kali ganda jika peristiwa itu berlaku pada sebelah malam atau awal pagi.

Jesteru, ramai pengguna Jambatan Pulau Pinang berharap ia diatasi segera atau jika terdapat tayar pecah di tengah jambatan pihak pengurusan jambatan menyediakan petugas dengan bayaran sama seperti di kedai bukan meletakkan harga yang tinggi sebagai upah. - mns


-sumber berita dari Harakahdaily

3 ulasan:

Hijat Panjang... berkata...

salam semua...

Baru sebentar tadi, saya baru pulang dari menziarahi kawan di seberang perai..dalam perjalanan pulang diatas jambatan P.Pinang, kelihatan 'mangsa-2' sindiket ini 3 hingga 4 buah motorsikal mengalami 'tayar pancit'..serentak..ini yg memusykilkan pengguna jalan yg lain..bagaimana secara serentak masalah tersebut boleh berlaku..Fikir-fikirkan lahh...

Superman Can't Fly berkata...

Teruk betul sindiket ni....memang sampah masyarakat.

Unknown berkata...

memang tak dapat nak dinafikan. Sindiket ni kembali, mengambil kesempatan sewaktu Penang bridge dalam pembinaan. Aku dah dekat 5 tahun berulang ke tempat kerja dari perai ke bayan lepas. Kerap sangat aku kena paku kat atas jambatan tu. Setiap pagi, jangan cakap le berapa ramai yang terkena. Yang menariknya, semua paku baru....

Related Posts with Thumbnails