TERKINI..!!! Mahkamah perintah Raja Petra dibebaskan dari ISA…
Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi Jumaat memutuskan penahanan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dibawah ISA tidak mengikut undang-undang dan mengarahkan dia dibebaskan.Raja Petra buat permohonan untuk dibebaskan menerusi habeas corpus, Hakim mengarahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah jam 4 petang ini dan dibebaskan.
Raja Petra berada di kem tahanan Kamunting,Taiping sejak 23 September lalu setelah ditahan ISA pada 12 September lalu.Dia ditahan kerana menyiarkan artikel yang didakwa menghina Islam - 7/11/2008
-sumber berita dari Agenda Daily
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan sebelum pukul 4.00 petang hari ini.
Menurut isteri beliau, Marine Lee Abdullah yang dihubungi sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah.
Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.
Beliau dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting pada 23 September lalu setelah Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam sebelumnya mengikut Seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun. - mns_
- sumber berita dari Harakahdaily
[Sesungguhnya yang BENAR akan tetap BENAR akhirnya, hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari penentu segalanya.. Pada hari Jumaat lah beliau di tangkap, tanpa sempat menunaikan solat Jumaat, namun pada hari Jumaat jualah beliau akan dibebaskan..Ada Rahmat Di Sebalik Sesuatu Kejadian... Mahkamah saja boleh mencabar I.S.A ini.. Mansuhkan I.S.A..!!!]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan