Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.
Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.
Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.
Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.
Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.
Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.
Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.
Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.
Hilmi juga menegurkan Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Khalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.
- sumber berita dari Malaysiakini
[Dey tambi kici helmi..!!! lu sapa mao tanya itu boleh ka tadak boleh ka non muslim CM guna ayat-ayat suci al-quran..?? Itu majlis agama tadak cakap bising apa2 pon..?? TYT pun tadak bising..?? Kasi malu la siket..lu melayu islam jugaa..tapi dalam mana2 ucapan yb-yb amno tadak ucap pun itu ayat-ayat suci al-quran pun..apa pasai..?? Pasai itu tegur 'amal ke amar' tu ada bagus jugaa...bukan lu satu worang ada kasi tau itu macam, baru2 ni, dalam wa punya email, ada satu makhluk aa..ariosamigos 2 png da punya ID, pun ada worang kasi tegur ejaan 'amal sama amar' tadak betoi jugaa..Ini lagi satu nee..pasai itu pentadbiran, ini kerajaan baru satu tawun pun belum sampei lagi daa...dia samakan pentadbiran serupa itu khalifah..sebab mau bikin itu macam laa...enna dha lu thambii..ciiittt..]
1 ulasan:
assalamualaikum..........
ku xtau nak selit maa tulisan ni, kira la ni tgh panas org dok tibai pasai papan tanda, kita ckp pasai penang ja bab babi kedah tak payah kut...
apa punya bangang umno, budak melayu yg dok blajaq tak terror bi dlm sains n math tak pulak depa kesah, pasai papan tunngui tu sampai ajak tunjuk jantan, bg aku mmg xguna, blogger ni penjual paper mesti dah baca miigguan meloya ahad 23.11 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Kerajaan P. Pinang angkuh, tidak bertanggungjawab
Oleh WAN SYAMSUL AMLY
KUALA LUMPUR 22 Nov. – Rakyat Pulau Pinang diminta bertindak tegas membantah langkah kerajaan negeri itu yang berdegil dan mahu meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam bahasa lain selain bahasa Melayu.
Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, sudah tiba masanya rakyat di negeri itu bersatu serta menunjukkan ‘kejantanan’ sebenar dalam isu tersebut.
‘‘Tindakan kerajaan Pulau Pinang disifatkan degil dan tanggungjawab kini terletak di tangan rakyat negeri itu sendiri untuk menentangnya.
‘‘Kedaulatan bahasa Melayu seharusnya sentiasa diangkat dan pertukaran kepada bahasa lain pada papan tanda sebenarnya tidak membawa maksud apa- apa,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
ckp pasai daulat bahasa melayu konon...ceh sakit hati aku kat umno ni....
Catat Ulasan