Kelihatan masing masing melangkah gagah siap berselempang kuning...terjerit - jerit hidup Melayu....tetapi kesian mereka cuma alat propaganda tak lebih dari itu.
Cuma kalau sesiapa kenal 'bebudak' GGMM ini tolong sampaikan salam che'GuBard...tolong tanyakan kepada mereka adakah meletakkan tambahan bahasa di papantanda kawasan perlancongan lebih menghina bahasa kebangsaan dari menyingkirkan bahasa tersebut sebagai bahasa Ilmu dengan 'mengajar' di University dan sekolah guna bahasa Inggeris...? Kalau GGMM ini konsisten che'GuBard juga tabik ....malangnya cuma alat ikut musim dan isu.
Kebelakangan ini, selepas PRU ke 12 memang banyak timbul pejuang bangsa versi baru. Kononya kerana Melayu tertindas...... dalam satu forum yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri pernah bangun seorang budak Melayu cakap berapi api soal bangsa Melayu tetapi cakap dalam bahasa Inggeris... lepas forum ada teman yang dekat dan bertegur sapa denganya .....ya Allah...cakap Melayu tunggang langgang....
Semalam ramai rakyat Malaysia dengan poyonya merayakan kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika.... antaranya ialah kononya ini bukti pecahnya tembok perkauman..... Obama pembawa obor politik baru..perubahan.... tetapi bayangkanlah orang yang sama juga menyumpah seranah apabila seorang bukan Melayu menggantikan sementara jawatan seorang Melayu yang korup di PKNS.
hahahahahaha..... nak guna ayat bebudak Mambau......... lu pikir la sendiri !!!!!!!!!!!!!
- sumber dari blog che'gu Bard
2 ulasan:
Tuan,
Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.
Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".
Masih tak reti bahasa. Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan, bahasa hak semua rakyat, bukan untuk kaum Melayu sahaja. Tapi, kerana tak reti bahasa, banyak rakyat masih tak mahu berbahasa Melayu, tidak menghiraukan langsung akhbar berbahasa Melayu. Tidak kedengaran rakyat berketurunan Cina mengusahakan akhbar berbahasa Melayu.
Catat Ulasan