Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

8.11.08

Akaun kutipan pasar malam & Ramadan jadi 'tin kosong'..

PULAU PINANG, 8 Nov (Hrkh) - Boleh dikatakan setiap pasar malam, pasar Ramadan dan pasar hari khususnya kelolaan Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tinggal 'tin kosong' bila jawatankuasa pengelola baru mengambil alih tanggungjawab itu.

Jawatankuasa baru yang diamanahkan menjagainya terpaksa membuka akaun baru di bank kerana akaun lama dihilangkan atau bakinya dikeluarkan sesuka hati.

Memang pun Umno tidak boleh diharapkan terutamanya berkaitan wang ringgit kerana masing-masing akan mebahagikan harta yang ada bak kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu 'satu untuk engkau, satu untuk aku' macam cerita penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang arahan Tan Sri P. Ramlee.

Siapa tidak percaya boleh pergi tanya sendiri pengelola baru di mana ada pasar malam, pasar Ramadhan atau pasar hari. Cerita ini sudah menjadi deruman baru untuk rakyat menolak Umno daripada terus berkuasa lagi apatah lagi di sebelas kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Pengerusi JKKK Penaga, Husin Mat Isa ketika ditemui berkata, JKKK lama tidak langsung menyerahkan akaun di bawah pentadbiran mereka sebaliknya menyembunyikan daripada pengetahuan pengelola baru.

"Itulah, jika tidak menipu bukan Umno namanya. Sepatutnya bila penyerahan tanggungjawab beritahu kami baki akaun yang ada sekurang-kurangnya pengambil alihan itu bertanggungjawab, " ujarnya.

Contohnya, semasa Ramadhan lalu kami dapat menyimpan RM2,000 dan mula mengutip di pasar hari iaitu RM200 setiap hari Khamis dan RM400 setiap hari Ahad.

Jika dikira sebulan pastinya RM2,000 boleh dikutip dan dimanafaatkan untuk kemudahan orang ramai nanti.

"Kami berjanji mengelolakannya yang amanah dan telus. Biar PAS dan Pakatan Rakyat nyata menjadi harapan rakyat dan golongan peniaga dan bukannya Umno lagi seperti sebelum ini, " tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Pokok Sena, Mohd Zamri Abdul Hamid pula menjelaskan, kutipan wang pasar malam Pokok Sena diselewengkan apabila seorang tokoh penghulu daripada Kepala Batas tidak menyerahkan wang tersebut kepada pengelola baru yang bercadang memperkemaskan pasar malam tersebut.

"Banyak masalah yang perlu dibaiki di pasar malam itu jadi peniaga harus bersabar kerana kami terima 'tin kosong' dari pengelola lama, " jelasnya. - mks._


- sumber berita dari Harakahdaily


[apa nak jadi la dengan hangpa ni puak2 ameno? dah lama daaahhh...dok mentekedarah duit buta hangpa nak pi mana? Bila mati nanti hangpa pi dok tang lain kot, pi dok planet pluto kott..?? tak sedaq kediri la hangpa nihh..cehh..bikin malu jaa..]

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails