Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

8.11.08

Terima 900 Aduan Politik Wang...bukan Rasuah Ka..???

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.


Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut."Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti."Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan."

Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang."(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang.

Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan."Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.


BERITA GUMBIRA !!! UMNO TERIMA 900 ADUAN POLITIK WANG- utusan melayau

KUALA LUMPUR 7 Nov. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

kah kah kah…. kesian…. kesian… ada lebih 900 kes …kah kah kah….woit banyak nya…. kah kah kah …. yang datang perhimpunan berapa?........ lebih dari setengah….

kah kah kah…kesian tengku ni…. dia dah beri amaran banyak kali…. kah kah kah… tapi tak ada sapa nak dengar…. kah kah kah…dah jadi quran buruk…. kah kah kah

nak suruh pelobi balik kampung…. kah kah kah….tak makan lah gro di teratak dan mawar biru…. kah kah kah…. sapa nak jarjir jarjis gro ni… kah kah kah..

SUDAH MENJADI SATU BENTUK BUDAYA…. kah kah kah… abis lingkup…rahai…. terbarai….



-sumber dari Malaysiakini & Tukar Tiub


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails