Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

4.11.08

Kerajaan Pulau Pinang Di Saman...!!!




P.Pinang disaman guna papan tanda pelbagai bahasa

Kira-kira 200 anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) mengadakan perarakan secara aman hari ini sebelum memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.


Mereka mengadakan perarakan itu dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi yang terletak tidak jauh dari situ.

Dalam writ saman yang difailkan pada jam 2.55 petang, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, demikian menurut laporan Bernama.



Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.


Kedua-dua defendan telah mengabaikan notis yang dihantar melalui Tetuan Azam Aziz dan Rose Maria menyebabkan beliau memohon satu deklarasi dan injunksi dari mahkamah.


Ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undang-undang dan bukan berdasarkan emosi semata-mata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya.

Terdahulu 200 anggota gabungan itu mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi tidak jauh dari situ.



- sumber berita dari Malaysiakini.



[ Hhhmmm...camno hah? Nak gelak ka nak buat apa?.... ]

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

Related Posts with Thumbnails