Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

28.11.08

TV Antara launches at 2008 PKR National Convention




Majlis Minum Petang Bloggers Pro Reformasi Di Shah Alam...


Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam


Perkara - Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)


Tempat - Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)


Hari dan waktu - Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.


Berminat sila hubungi matcomot di nombor - +6016 231 9911


Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

Liputan Dari Stadium Malawati, Shah Alam.





Salam Reformasi....!!!! Salam Perjuangan...!!!!



Suasana malam setibanya aku dan perwakilan serta pemerhati dari Penang telah di sambut oleh 'hujan rahmat' di seluruh Shah Alam,Selangor pada perkiraan aku yang hampir basah kuyup dan 'low-cost' untuk pendaftaran awal di Stadium Malawati ini.


Jutaan Terima Kasih kepada rakan-rakan seangkatan dan seperjuangan yang tidak putus-putus mengutuskan ucapan 'Selamat Berkongres dan Bersidang' dan juga kepada yang sudi 'menyeponser' bilik penginapan pada malam ini. Budi dan jasa korang akan dikenang dalam frame hati aku serta mendapat balasan setimpal dari yang Maha Esa. Aminn...


InsyaAllah jika ada kelapangan, pada esok hari akan menyalurkan berita serta mutakhir terkini lagi sensasi mengalahkan berita tivi tiga suku perjalanan Kongres Angkatan Muda KeADILan 2008 dari Stadium Malawati Shah Alam.




pentas utama Kongres Nasional 2008 di dalam Stadium Malawati Shah Alam.


26.11.08

Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter..!!!


Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.

"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.

Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.

Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.

Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap sikap kerajaan yang tidak bertindak menurunkan kadar harga minyak kepada harga yang sepatutnya tatkala ekonomi rakyat semakin parah. - mns_


-sumber dari Harakahdaily

[Hampeh betoii..bila masa pun depa ni nak untung dan masok poket depa saja..rakyat kat bawah ni melantak pun susah..turon pi la sampai 9kupang seliter..rega barang, tarif elektrik k'jaan x turonkan pun...apa punya turr daa..akai ada ka depa ni hah..???]

24.11.08

Jalur Gemilang Versi Terbaru...!!!


Perhatikan gambar pertama... apa yang tak kena?

Tak dapat kesan?


Perhatikan pulak gambar dekat bawah ni yang dah di zoom sebanyak 400x...


Tak dapat jugak???

Selow betul la hangpa ni...

Aku zoom lagi 400x...


Dapat?


Cuba hangpa kira balik berapa bucu bintang dekat Jalur Gemilang di belakang Pak Lah tu...
Aku kira dapat 21 bucu...!!!

Malaysia ada berapa negeri? dalam 3 orang pemimpin Malaysia yang ada dekat situ, tak sorang pun tak perasan? PRIHATINNYA hangpa...!!!


Bodoh-bodoh je kerajaan Uzbek "bodoh"kan 3 orang "bodoh" dari Malaysia...


Tak kan dalam 3 orang tu, sorang pun tak leh nak bukak mulut tegur kesilapan tu? tak kan la sebab Malaysia dapat kontrak dengan Uzbek, benda macam tu pun kita dah tak leh nak tegur?

Sah...!!! belum apa-apa dah kena BANGANG dekat negara luar... macam ni ke orang yang hangpa dok harap untuk jadi "pembela negara"???



Khak Ptuih...!!!


-dari sumber email rakan dan terdapat juga dari weblog Perisik-Rakyat

21.11.08

MUSIM BANJIR SUDAH SAMPAI ... DI MANA ADUN-ADUN PAKATAN RAKYAT?

assalamualaikum..ambo nak berceritera pasal 1 hikayat rakyat dari jaman tok janggut sampai la ni...

Sudah 2 hari hujan turun tanpa henti-henti di negeri ambo , serambi mekah - kelantan darul naim.

aktiviti kehidupan agak terjejas.

petani, nelayan, penoreh getah, (rakyat miskin) hidup dalam susah kerana sumber pendapatan berkurangan.mereka yang niaga juga tak ketinggalan turun terjejas.

Kisah benar :

ada seorang tukang rumah..dia baik dengan kawe dan family kawe,maka pada musim hujan ni, income dia tadak..dia ni penyokong kuat PAS.level income dia kira tak tentu..boleh dikategorikan sebagai di bawah paras kemiskinan.tapi, dia tak pernah mintak bantuan dari ADUN2.

La ni dah 2 hari dia mai amik ikan di kedai ayah kawe, kawe kesian kat dia jugok. Sambil2 tu dia tolong jugok jual ikan.

Tapi nak wat lagu mana...

Tadak ko adun2 hok nak buat program bantu rakyat lagu ni?

Masih adakah Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah Umar Bin Khatab?

Masa nak ngundi, sampai ke jamban rakyat gi tengok, masa rakyat susah..batang idung x nampak.

kawe nak bagi idea laaaa sikit,

Diharap adun2 atau wakil mereka pegi rumah2 rakyat dan beri bantuan beras segantang - dua dan stok ikan kering.kalau takleh jugak beri biskut tawar atau kopi/milo atau gandum buat cekodok tu pun jadi laaaaaaaaaaa

Kalu tadak dana, kita pakat2 cari dana.apa hok payoh!!!


DIHARAP MESEJ AMBO INI DIBERI PERHATIAN OLEH ADUN-ADUN DI NEGERI KELATE!!!


TIME IS CRITICAL!!!!!!


19.11.08

Apa Alasan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Tidak Beri Arahan Supaya 'Ayah Pin' Ditangkap...???




[Memang lojik dan bernas mengalahkan beras pulut Bernas, bila kawan tu dah keluaq dari Islam...mana boleh lak nak caj dia atas sebab apa kan..???]

Sah, Tuntutan RM8,000 Angkasawan Ada Bukti…!!!


BANDAR JENGKA: Baru-baru ini gempar dengan kisah Syeikh Muszaffar menuntut sehingga RM8,000 dalam satu sessi ceramahnya. Kerajaan berjanji untuk menyiasat perkara tersebut kerana beliau masih dalam kontrak dan seharusnya tidak menuntutnya jumlah sedemikian.

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan, pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7,000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor, Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini.

Menurut pemberi maklumat tersebut, angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8,000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan ceramahnya.

Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7,000. Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar, maka sewajarnyalah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan.

MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti.

Jika laporan ini ada kebenarannya, maka diminta pihak terbabit menghubungi MOSTI dan tidak menyembunyikan bukti mengenai hal ini. Kita khuatir, ada pihak yang akan menghapuskan bukti-bukti tersebut, tambahan pula Uitm di pimpin oleh proksi UMNO Ibrahim Abu Shah.

Maka itu kita yakin semua ini berlaku dan bukan sekadar omongan kosong semata-mata.
Rupanya memang benar kata orang “Angkasawan Negara” kini sudah menjadi dengan “Sawan”"Angka”. Beliau cukup takut rahsianya bocor dan telah datang sendiri membuat laporan di MOSTI kononnya beliau tidak mendesak, tetapi ia diberikan oleh pihak terbabit.

Lucu bunyinya, semoga ini menjadi pengajaran kepada kerajaan bahawa tiada faedahnya menghantar angkasawan yang akhirnya menyusahkan rakyat.

Lebih baik wang jutaan ringgit itu dilaburkan untuk pembangunan rakyat daripada dihabiskan untuk seorang individu yang kini sawan pula dengan angka.



Sedikit Komen

Apa nak dihairankan sangat dengan budak pelancong angkasa ni.Angkasawan pertama Negara Ayah Pin pun kita tak hairan, ini kan pula setakat pergi melancong tumpang ehsan kapal negara orang, bukan angkasawan betul pun..apa yang hebatnya..Cuma kerajaan kita saja yang bodoh perabih juta-juta duit rakyat. Rakyatpun satu hal, dah tahu budak sekor ni pakai duit kita pergi melancong, buat apa nak bayar duit lagi setakat panggil untuk bagi ceramah pada budak-budak sekolah.

Ayah pin lagi hebat dari budak muszaffar ni, kenapa tak panggil dia saja bagi ceramah tentang angkasawan ni,dia lagi lama jadi angkasawan,cuma kerajaan aje yang tak iktirafnya.Confirm dia tak akan minta duit kalau setakat panggil bagi ceramah.Dia bukan setakat angkasawan pertama negara, pergi angkasa pun tak pakai roket.tak pakai duit kerjaan dan sampai hari ini pun kita tak tahu dari tempat mana dia naik dan mendarat kembali…tahu-tahu dia dah jadi Tuhan kerajaan di langit…


-dari blog Pink Turtle

18.11.08

Ekonomi Mesia Tidak Alami Kemelesetan...


EKONOMI MALAYSIA TIDAK ALAMI KEMELESETAN - melayau wal melilau..

KUALA LUMPUR 17 Nov. Ekonomi Malaysia menunjukkan tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya, berkembang dengan lebih perlahan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Kong Cho Ha.

Dengan itu, ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan lebih kurang lima peratus bagi keseluruhan tahun 2008, katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) di sesi soal jawap di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Berikutan pengumuman langkah tambahan sebagai respons terhadap krisis kewangan dunia yang dibentangkan oleh kerajaan pada 4 Nov, Kong menjelaskan bahawa ekonomi negara diramalkan berkembang pada kadar 3.5 peratus pada tahun 2009.


STOP PRESS:

STATS CHIPPAC Sdn Bhd – Hulu Kelang syarikat semi konduktor telah memberhentikan 12-150 pekerja.

INFINEON ( German ) Melaka – syarikat semi konduktpr memberhentikan 100 orang pekerja.

PALING BARU : Pemandu teksi akan dibenarkan menjual minuman, kad talipon kepada penumpang mereka...


KENYATAAN MENTERI USAHAWAN MALAYSIA – starnews

kah kah kah…. nak kelentong juga…. kah kah kah…. tak abis abis kelentong… kah kah kah..

naik teksi ke naik kedai?…. kah kah kah….nanti ada khidmat urut dalam teksi…

kah kah kah….ada panggung dalam teksi…. kah kah kah…

ada bank dalam teksi…. kah kah kah…

ada jual ikan masin dalam teksi… kah kah kah….

ada jual basikal dalam teksi…kah kah kah…i


ni tanda ekonomi meleset……nggggooooooook….. kah kah kah

- sumber dari weblog Tukar Tiub

Kerajaan Guan Eng ditegur silap eja 'Amar'..

Seorang wakil rakyat Umno menegur kerajaan negeri Pulau Pinang kerana silap mengeja perkataan 'Amar' pada kain rentang Pakatan Rakyat yang dipasang di seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Datuk Dr Hilmi Yahaya (Umno-Teluk Bahang) kerana kesilapan ejaan tersebut pada ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' - yang bermaksud 'menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan'.



Sebaliknya, kain rentang bertulis 'Amal Makruf Nahi Mungkar'.

Menurut Hilmi, 'amal' bermaksud 'melakukan' manakala 'amar' bermaksud 'menyuruh'. Oleh itu, kesilapan ejaan tersebut telah memberi maksud yang berbeza bagi 'Amar Makruf Nahi Mungkar'.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Lim - seorang bukan Islam - layak menggunakan ayat al-Quran untuk merujuk kepada urustadbir negeri yang ditadbirnya.

Hilmi berkata, ia merupakan ayat-ayat al-Quran untuk umat Islam dan oleh itu bertanya sama ada bolehkah ketua menteri Pulau Pinang itu menggunakan ayat-ayat tersebut.

Sehubungan itu beliau meminta pihak berkuasa agama Islam supaya memperjelaskan isu tersebut.

Lim sering menggunakan ayat tersebut dalam ucapan-ucapannya, termasuk ketika debat terbuka dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Ogos lalu dan dalam kain rentang sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, yang dipasang di tempat-tempat utama di seluruh negeri itu.

Hilmi juga menegurkan Lim kerana menyamakan urustadbirnya dengan Khalifah Umar Abdul Aziz, lalu meminta Lim membuktikan terlebih dahulu pentadbirannya sebelum dibandingkan dengan orang lain.


- sumber berita dari Malaysiakini


[Dey tambi kici helmi..!!! lu sapa mao tanya itu boleh ka tadak boleh ka non muslim CM guna ayat-ayat suci al-quran..?? Itu majlis agama tadak cakap bising apa2 pon..?? TYT pun tadak bising..?? Kasi malu la siket..lu melayu islam jugaa..tapi dalam mana2 ucapan yb-yb amno tadak ucap pun itu ayat-ayat suci al-quran pun..apa pasai..?? Pasai itu tegur 'amal ke amar' tu ada bagus jugaa...bukan lu satu worang ada kasi tau itu macam, baru2 ni, dalam wa punya email, ada satu makhluk aa..ariosamigos 2 png da punya ID, pun ada worang kasi tegur ejaan 'amal sama amar' tadak betoi jugaa..Ini lagi satu nee..pasai itu pentadbiran, ini kerajaan baru satu tawun pun belum sampei lagi daa...dia samakan pentadbiran serupa itu khalifah..sebab mau bikin itu macam laa...enna dha lu thambii..ciiittt..]

15.11.08

Saya Nafikan..!! kata Khairy Jamaludin (KJ)...



Buat pertama kalinya, calon Ketua Pemuda Umno sedia ditemuramah Siasah. Dalam temuramah eksklusif ini, Khairy Jamaludin Abu Bakar menafikan pelbagai jenis dakwaan terhadap beliau.

Antaranya:-

* Aktif politik kerana menantu PM

* Bahagikan projek kepada Pemuda Umno

* Tuduhan Tun Dr Mahathir



Wawancara penuh dalam Siasah edisi cetak minggu ini.

Dapatkan Di Pasaran...


-sumber berita dari Siasah


[ish..ish..ish..musykil gak aku nih..KJ dah 'berminat' di interviu oleh wakil media selain dari media utama..??? dah tu pulak, nafikan yang dia selama ni dituduh macam-macam..??? katanya dia seperti 'terpaksa meredah' walaupun pahit..Jeng..!! Jeng..!! Jeng..!! Apa akan jadi nih..?? Dia nak LOMPAT mai ka hah..??? Tungguuuuu....!!!!! ok, nanti aku akan paparkan temubual penuh dari SIASAH edisi cetak..]

Anwar elok tumpu bangunkan 5 negeri..


Oleh Ahmad Lutfi Othman - Harakahdaily

Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya lalu, walaupun dalam situasi kritikal buat BN, gabungan parti itu sering diselamatkan oleh pola pengundian yang agak "saling bertentangan" oleh pengundi pelbagai kaum negara ini.

Ketika majoriti pengundi Melayu menolak secara terbuka Umno-BN dalam pilihan raya bersejarah 1999, yang ditandai kebangkitan tuntutan reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim, pengundi bukan Melayu dilihat menyelamatkannya. Dikatakan sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh orang Melayu waktu itu menolak BN, tetapi ada pengundi bukan Melayu yang secara tradisinya menyokong pembangkang bimbang kerajaan BN boleh tumbang, maka mereka beralih mengundi BN.


Teori Pendulum sokongan terhadap PAS-DAP


Walaupun hampir semua kerusi Parlimen di kawasan Malay belt seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya ke-10 itu jatuh ke tangan PAS, namun pemerintahan majoriti dua pertiga BN di peringkat pusat dan negeri-negeri lain tidak terjejas.

Bagaimanapun, semasa DAP mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya 1986, dengan sokongan pengundi Cina, yang menyaksikan penguasaan 24 kerusi Parlimen dan 21 peratus undi popular, PAS yang bertanding buat pertama kali di bawah era kepimpinan ulama, hanya mendapat kerusi tunggal di Pengkalan Chepa. Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri tewas di Bachok.


Maknanya, apabila majoriti pengundi bukan Melayu, terutama masyarakat Tionghua, menyokong pembangkang, maka trend pengundian orang Melayu pula kembali menyokong BN. Ketika Umno menghadapi krisis keyakinan di kalangan pengundi Melayu, masyarakat bukan Melayu menunjukkan sokongan kepada BN.

Justeru, nampak seolah-olah formula BN untuk kembali menang besar dalam pilihan raya berikutnya agak mudah, terutama dengan memperalatkan SPR dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, atau lebih popular dikenali sebagai proses gerymandering.


Pengundi Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, "didera" secukupnya selepas Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berang dengan keputusan pilihan raya 1999. (PAS mempertahankan Kelantan dan menawan Terengganu, manakala BN di Kedah, majoriti dua pertiganya dalam sidang Dun berjaya dinafikan, sementara jumlah kerusi Parlimen PAS di negeri itu lapan, berbanding Umno hanya lima).

Demi mengekalkan kuasa, pimpinan Umno sanggup melihat kerusi majoriti Melayu tidak bertambah, dengan andaian membanyakkannya di tiga negeri berkenaan hanya membawa padah buat survival BN.

Tiada langsung penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri berkenaan, selain "kerusi campuran" diperbanyakkan di negeri-negeri lain. Penyusupan pengundi bukan Melayu dibuat secara terancang di beberapa kerusi Parlimen milik PAS di Kedah, seperti Pokok Sena, Baling, Yan dan Kuala Kedah, dengan andaian mereka merupakan penyokong setia BN dan bilangan yang ditambah itu memadai untuk mengalahkan calon PAS.

Maka tewaslah Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Ustaz Taib Azamuddin, manakala Ustaz Nasaruddin Mat Isa terpaksa berpindah ke Besut, Terengganu dan turut kalah.


Kebangkitan serentak

Dalam pilihan raya yang lebih bersejarah pada Mac 2008, kebangkitan pengundi bukan Melayu nampak ketara, tidak lagi terhad kepada masyarakat Cina malah lebih menonjol di kalangan komuniti India. Secara terbuka sokongan terhadap PAS dizahirkan. Laungan "makkal sakhti" (kuasa rakyat) memang betul-betul mempunyai "sakti" sehingga Presiden MIC, Sammy Vellu bersama pimpinan kanan parti, kecundang dibuatnya.


Kelab Penyokong menjadi wadah untuk mereka aktif berkempen memenangkan PAS, dan hasilnya terakam indah dalam sejarah politik negara. Bendera PAS diarak oleh pengundi India, ramai di antara mereka "membalut" tubuh dengan panji-panji hijau-putih itu sepanjang tempoh berkempen dan di hari mengundi.

BN memang berpeluang untuk terus memanipulasi proses persempadanan semula menjelang pilihan raya ke-13, tetapi ia tidak semudah dahulu. Apakah kali ini pengundi bukan Melayu pula yang akan dihukum, lalu diperbanyakkan pula "kerusi Melayu" memandangkan Umno masih dilihat berpengaruh di kawasan luar bandar, termasuk di negeri yang sudah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, seperti Selangor dan Perak? Di dua negeri ini, wakil BN yang bertindak sebagai pembangkang hampir semuanya daripada Umno; calon-calon daripada MCA, MIC dan Gerakan kalah mengejut.

Tetapi, harus diingat, disebabkan Dr Mahathir Mohamad tersilap langkah dalam perancangannya memperalatkan proses persempadan semula kawasan pilihan raya tahun 2002, dengan membanyakkan "kerusi campuran", ia lebih memudahkan Pakatan Rakyat menang.


Pengundi Melayu di kampung bakal berontak?

Tidak semestinya pengundi Melayu di kawasan luar bandar akan terus setia dengan Umno-BN kali ini. Lagipun, dalam pilihan raya 8 Mac lalu, orang Melayu di desa turut menunjukkan protes terhadap BN meskipun mungkin tidak sebesar yang dilakukan pada 1999. Tanpa kebangkitan bersama pengundi Melayu sudah tentu Pakatan tidak dapat membentuk lima kerajaan negeri. Manakala pengundi Melayu di bandar, dan juga yang membentuk kelas menengah, semakin matang kesedaran politik mereka.

Lalu, apa pilihan BN menjelang pilihan raya ke-13 nanti? Mampukah SPR terus ditunggangi memandangkan komitmen parti-parti Pakatan Rakyat dan badan-badan sivil untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil -- seperti ditunjukkan dalam demonstrasi besar-besaran anjuran Bersih tidak lama dulu -- bertambah agresif.



(Satu peringatan: Dalam diam, tanpa sempat dihidu, BN tentu merancang taktik baru bagi memintas kemenangan Pakatan. Pimpinan BN masih menguasai kerajaan persekutuan, dengan agensi-agensi strategik masih di bawah kawalan mutlak mereka. Jadikan kes Terengganu menjelang pilihan raya 2004 sebagai iktibar bermakna).


Namun begitu, peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat tentu disusuli harapan besar masyarakat untuk melihat perubahan positif diterapkan sebelum penggal pemerintahan ini berakhir. Rakyat tentu mahu memastikan kehidupan mereka lebih baik, keadilan boleh dilaksanakan, pengagihan kekayaan lebih merata, rasuah diperangi, diskriminasi kaum-kelas dihapuskan, dan konsep kerajaan berkebajikan -- walaupun dalam batasan negeri -- dapat direalisasikan.

Lima negeri sebenarnya menampung sudah cukup besar ruang bagi kerajaan Pakatan Rakyat melakukan reformasi yang bermanfaat buat rakyat, apatah lagi ia melibatkan tiga negeri terkaya di Malaysia, manakala Kedah dan Kelantan mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Usah hanya disibukkan dengan rutin memastikan pemerintahan berjalan lancar tanpa berupaya menampilkan pembaharuan berkesan.

"Sekurang-kurangnya biarlah rakyat di negeri-negeri Pakatan dapat merasai perbezaan, walaupun untuk perkara-perkara asas, seperti jalan tar yang tidak berlubang-lubang atau lampu jalan yang lebih cerah dan banyak dipasang," kata Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud ketika kami bersembang dalam penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke KLIA, tidak lama selepas pilihan raya 8 Mac.

Namun, jangan mudah terjerat dengan perangkap perkauman serta mengulangi kesilapan Umno-BN selama ini. "Hantu perkauman" dipercayai masih "merayau-rayau" mencari mangsa. Oleh itu, saya kira, penjelasan terhadap nilai-nilai politik baru wajar dikembangkan kepada audien yang lebih meluas agar "puaka" lama itu dapat dikuburkan terus.



Prestasi Pakatan sedang diteropong

Rakyat tidak memberi cek kosong untuk diisi semahunya oleh pimpinan lima kerajaan negeri itu. Penyokong Pakatan Rakyat merupakan golongan kritis yang peka dengan setiap gerak pimpinan yang diangkat mereka. Justeru, tidak hairan apabila semakin banyak tanggapan negatif diluahkan melalui internet, sebahagiannya bernada kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan, tidak terkecuali ada yang mengkritik khusus pimpinan PAS.


Rasanya, jawapan balas yang memuaskan, terutama daripada segi amalan praktik, masih sukar diperolehi. Kita bimbang, jika rasa tidak puas hati itu terpendam dalam dada, ia mungkin dimuntahkan dalam bentuk penolakan sokongan undi semasa pilihan raya akan datang. Seperti sering diulang, jangan pandang mudah sebarang persepsi negatif pengundi terhadap PAS (dan juga Pakatan Rakyat) walaupun mungkin ia tidak diasaskan kepada fakta yang benar.
Soalnya, apakah strategi atau pendekatan politik berkesan untuk memenangi hati pengundi Melayu di kampung-kampung, secara automatik, pada masa sama, akan mengecewakan masyarakat Cina atau India?

Sebaliknya, apakah usaha mempertahankan sokongan pengundi bukan Melayu hanya akan menyebabkan orang Melayu mencurigai Pakatan, sekali gus mempersoalkan jatidiri PAS sebagai parti Melayu-Islam?

Isu-isu kontroversi seperti ladang babi dan jawatan Pengurus Besar PKNS di Selangor, dan kuota pemilikan rumah Bumiputera di Kedah mungkin nampak kecil, tidak terkecuali isu kampung baru di Perak, namun dalam suasana api politik komunal begitu mudah terbakar, kebijaksanaan pimpinan Pakatan untuk menanganinya amat dituntut.



Komitmen Anwar ke atas 5 negeri dituntut

Sokongan dalam pilihan raya akan datang tidak sukar ditelah. Ia banyak bergantung sejauh mana keupayaan lima negeri (terutama Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor) dapat memenuhi impian pengundi yang menolak BN Mac lalu.

Kemampuan Pakatan mempertahankan sokongan bukan Melayu dan menarik lebih banyak undi Melayu akan membuatkan Umno-BN hilang takhta seluruhnya. Namun begitu, ia pastinya tidak datang menggolek di kala ramai pemerhati khuatir kerana belum nampak perancangan serius dibuat ke arah itu.

Persefahaman sesama parti dalam Pakatan harus terus dimantapkan dengan mengelak isu-isu sampingan dan "murahan" menjadi punca keretakan, selain sering mengadakan program bersama. Jalinan erat kerjasama itu hendaklah diperlihatkan bukan sahaja di peringkat pimpinan, tetapi juga meresap ke akar umbi.

Usaha membangunkan lima negeri di bawah Pakatan perlu digandingkan dalam satu perancangan bersama yang bersifat komprehensif. Rasanya sudah beberapa kali penegasan dibuat ke arah itu, oleh Anwar Ibrahim, tetapi hingga kini rakyat belum nampak perlaksanaannya. Dengan pengalaman berharga bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan itu, serta hubungan meluasnya termasuk dengan pihak di luar negara, Anwar dipercayai dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan di negeri-negeri berkenaan.

Malah saya, sebelum pilihan raya ke-12, agak tertarik dengan cadangan agar Anwar bertanding di negeri Selangor, bagi memungkinkannya menjadi Menteri Besar jika BN dapat dikalahkan di negeri itu. Selangor boleh menjadi negeri teladan apabila Pakatan Rakyat dapat membangunkannya secara lebih bersepadu dan holistik. Ini dilihat dapat menyuntik keyakinan di kalangan rakyat untuk memberi undi lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk pilihan raya berikutnya.
Bagaimanapun, seingat saya, cadangan itu langsung tidak dipedulikan, apatah lagi apabila keputusan pilihan raya lalu menunjukkan kemenangan besar pembangkang yang langsung tidak dijangka! _


-Penulis adalah editor Harakah

14.11.08

Minyak Di Pasaran Malaysia WAJIB Turun Di Bawah Paras RM1.92 Seliter...!!!


Hari ini harga minyak dunia sudah mencecah bukan lagi paras $70 USD setong...tetapi sudah berminggu mencecah di bawah harga $65-60 USD setong....harga minyak kita di pasaran sepatutnya sudah turun di bawah paras harga RM1.92 seliter...tetapi menteri rambut putih dgn selumbernya menipu rakyat terutamanya mereka yang taksub dgn UMNO...kepala hotak berselut hanya fikirkan projek tebas rumput,cuci parit & longkang...tetapi kepala hotak depa yang tak di cuci dgn statement bengong Menteri UMNO nih...



Bukan itu saja....rakyat malaysia yang menyokong atau taksub dgn parti UMNO...lupa bahawa kita negara pengeluar minyak....minyak yang banyak dgn pelaburan bijak petronas dgn membuka pelaburan hingga luar negara...sepatutnya rakyat negara kita tidak di cengkam dgn kenaikan yang menyebabkan semua golongan dari atasan hingga bawahan membayar kenaikan minyak serta harga2 barang keperluan dgn kesan jangka panjang tidak di sedari oleh semua pihak apabila golongan kapitalis (pemodal besar) ini mengaut keuntungan yang berlipat ganda hasil kenaikan bahan bakar itu...Bila Naik harga Minyak takmahu pikir rakyat terbanyak...bila nak turun,kerajaan pikir Peniaga Stesen Minyak & Kapitalis (Pemodal Besar)...ADILKAH macam ni?


Kita juga ada menyaksikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai harga minyak naik mendadak hanya bersifat sementara walaupun di sangkal oleh menteri air liur saberi chik...hari ini sudah terbukti,tetapi mereka juga lupa sebab lumpur2 di dalam kepala mereka masih ingatkan projek longkang & parit....ibu2 tunggal & org2 kampung masih mengharapkan kain batik & pelikat dari UMNO sewaktu kempen pilihanraya...hinggakan tidak memberi ruang kepada akal & minda mereka berfikir secara waras...


Wujud juga media perdana & cybertrooper BN yang memutar belit fakta2 pemimpin pakatan rakyat serta menyanggah beberapa isu bagi melupakan rakyat yang kepala hotak penyokong UMNO yang berselut lagi jijik dgn pemikiran sempit....terutamanya isu2 mengenai perkauman,agama & lain2...walhal,merekalah yang memusnahkan semuanya....bahasa melayu...hancur....islam hanya nampak pada acara tahunan tilawah & sambutan maal hijrah...lain2 hancur dalam senyap...


Kelmarin,bekas perdana menteri yang mereka sanjung dulu sampai skrg sudahpn mengeluarkan kenyataan bahawa dalam perlembagaan Perdana Menteri Malaysia tidak semestinya MELAYU...mana dia pemimpin2 UMNO yang sibuk bertumbok,baling kerusi dalam Mesyuarat UMNO & Berdemo bila kerajaan baru PR pulau pinang nak hapuskan DEB,yang telah terhapus pada awal 90-an serta mempelbagaikan bahasa papantanda di kawasan perlancungan.....mana mereka ini...di mana mereka ini? WOI UMNO!!!!


Melayu Mudah Lupa? Melayu Sudah Lupa? Melayu Buat2 Lupa...atau memang hampa puaka2 yang hanya jaga perut,serta bawah perut...penting diri...mulut bagaikan najis melaungkan HIDOP MELAYU....walhal kamulah pelingkop AGAMA,BANGSA & TANAHAIR...aku cabar orang2 UMNO....jgn nanti berdalih kata madey nyanyok sudah...aku dh jemu dgn alasan paklah tido,mahadey nyanyok...apa bezanya Najib-skandal yang bakal di tabalkan UMNO sebagai PM yang ke-6?



Aku harap,kalau minyak masih tidak turun....Sebelum atau pada perhimpunan Agong UMNO nanti...rakyat akan Bangun Dengan Kekuatan ker Pejabat2 YB BN nyatakan hasrat menolak kepimpinan yang ada serta menyokong pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat...



-sumber dari weblog malaysiabiz-aloha & lain2 tu pandai2 la korang baca...

Aktivis: Pulangkan kamera video saya!

Sebuah kamera video milik seorang aktivis telah dirampas oleh pihak polis sewaktu majlis memasang lilin Ahad lalu. Bukan sahaja dia turut ditahan, selepas lima hari, kamera videonya masih dalam ‘simpanan' polis.

Ong Boon Keong yang merupakan penyelaras Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) Pulau Pinang berkata, beliau sedang merakamkan tindakan polis cuba menyuraikan orang ramai apabila kameranya dirampas.

Kira-kira 300 orang hadir di Pusat Sivik Petaling Jaya untuk menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Katanya, beliau sedang merakam tindakan polis menolak mereka yang ditahan masuk ke dalam trak polis.

Menurutnya, polis mungkin tidak senang melihatkannya merakam tindakan mereka itu dan terus menghantar dua anggotanya untuk "menahan saya dan mengambil kamera video saya".

Ong bertanya apakah terdapat undang-undang yang menghalang orang merakam kekerasan polis dan juga bertanya sama ada penahananya itu satu "percubaan untuk menghilangkan rekod mengenai pelakuan mereka yang haram dan tidak bertamaddun itu".

Menurut Ong, selepas dibebaskan dengan ikatjamin, beliau meminta pihak polis memulangkan kameranya.

"Pada mulanya, pihak polis berkata mereka tidak tahu mengenai kamera video yang dirampas itu," kata Ong sambil menambah, beliau kemudiannya dibawa ke kaunter pertanyaan di mana anggota polis di situ juga berkata tidak mahu mengenai kameranya.

"Mereka mendakwa hanya ada kamera yang dirampas dari Malaysiakini. Saya tetapi berkeras meminta balik kamera saya selama satu jam sebelum mereka membawa masuk dua kamera video yang menurut mereka dirampas dari majlis memasang lilin itu sebagai ‘bukti'. Satu daripadanya adalah kamera saya, tetapi mereka kata ia tidak boleh dipulangkan sehingga siasatan selesai.

"Pihak polis ada jurugambarnya sendiri untuk merakamkan perkara itu. Untuk mengatakan yang mereka memerlukan rakaman video dan untuk mengambilnya tanpa persetujuan kita adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," kata Ong.

"Kita perlu membantah keras taktik seumpama itu oleh pihak polis. Insiden itu membuktikan bahawa sudah tiba masanya polis diperhatikan secara rapi oleh sebuah badan pemantau luar," tambahnya.

Pada hari yang sama, polis turut merampas kamera video dari jurugambar Malaysiakini, Syukri Mohamad dan menahannya kerana didakwa turut serta dalam perhimpunan tersebut.
Kamera video milik Malaysiakini itu masih belum dipulangkan oleh pihak polis.Syukri pergi ke balai polis Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan balik kamera video tersebut.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan oleh pihak polis bahawa ia masih digunakan dalam siasatan yang dijalankan terhadap insiden berkenaan.Menurutnya, polis memberitahunya yang kamera video itu akan disimpan sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berkata pihak polis sepatutnya boleh memulangkan kamera video tersebut dan hanya mengambil pita rakamannya untuk tujuan siasatan. Berita asal


-sumber berita dari Malaysiakini

13.11.08

Tidak boleh guna tiket kelas pertama, hotel mewah..

Dari Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM, 13 Nov (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat mengambil langkah yang drastik dalam mesyuarat exco semalam, apabila bertindak menarik balik segala kemudahan yang dinikmati pegawai-pegawai tinggi sebagai salah satu langkah berjimat cermat.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata, semua pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hanya akan menggunakan penerbangan kelas ekonomi atau tambang murah dalam melakukan segala urusan kerajaan.

Katanya, tiada penerbangan kelas pertama atau kelas perniagaan dibenarkan, tiada penginapan di hotel empat atau lima bintang dan segala majlis tidak akan dianjurkan di hotel mewah.

Dengan penarikan balik segala kemudahan ini katanya, Ketua Menteri, anggota exco dan pegawai tinggi negeri hanya akan menggunakan penerbangan ekonomi dan menginap di bajet hotel apabila menjalankan tugas di luar Pulau Pinang.

Sebelum arahan dikeluarkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan exco semalam, Lim Guan Eng telah pun mengamalkan kesederhanaan sewaktu beliau mula memimpin kerajaan negeri.

Langkah yang diambil beliau ini, diperluaskan kepada semua anggota exco dan pegawai tinggi kerajaan negeri, sebagai salah satu usaha mengelakkan pembaziran wang rakyat.

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, beliau tidak pernah rasa terganggu atau tidak selesa sewaktu menjalankan tugas di luar kawasan walaupun menaiki penerbangan kelas ekonomi dan menginap di hotel sederhana.

Katanya, beliau merasakan lebih selesa mengamalkan sikap berjimat cermat kerana tidak mahu dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin yang membazirkan wang rakyat.

Mengulas lanjut isu berkenaan Fairus menjelaskan, "Jika perlu, mereka boleh menaiki Air Asia. Arahan ini membabitkan semua pegawai tertinggi kerajaan."

Mengenai majlis anjuran kerajaan negeri, Timbalan Ketua Menteri 1 menjelaskan, ia boleh diadakan di Dewan Serbaguna atau Kompleks Sukan yang bersesuaian.

"Arahan telah dikeluarkan, tidak dibenarkan sebarang penganjuran program kerajaan negeri di hotel.

"Tidak perlu beri hadiah (kepada pemimpin kerajaan), yang penting majlis yang dianjurkan mencapai objektif. Oleh itu kita harap semua ketua jabatan kerajaan akur dengan arahan ini," tegasnya. - mr_



-sumber dari Harakahdaily

Jika Obama rancang tutup Guantanamo, kenapa tidak Dollah Badawi?

Dari sisipan



PARLIMEN, 13 NOVEMBER (SK) - ISTERI Kepada salah seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA meminta agar Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mencontohi bakal Presiden Amerika, Barack Obama yang bercita-cita untuk menutup Kem Guantanamo.


Ketika sidang media di lobi Parlimen semalam Norlaila Othman turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Dalam Negeri kerana suaminya masih ditahan hampir lapan tahun.


“Jika Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ingin menutup Kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup Kem Tahanan Kemunting,” kata Norlaina isteri kepada Mat Sah Mohd Satray.


Beliau berkata sedemikian dalam sidang media penyerahan memorandum dan 50,000 poskad kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.


Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat diserahkan secara simbolik kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi menyerahkannya kepada PM.


Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan menutup Kem Kamunting (Kemta), diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.


Dalam pada itu, ketika sidang media, Naib Presiden KeADILan yang juga Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau serta pimpinan pakatan akan terus menerus menyampaikan mesej untuk menutup Kem Kemunting.

“Kami akan terus menyampaikan mesej anti ISA kepada seluruh rakyat untuk menegaskan akta kejam ini serta kem kemunting ditutup,” katanya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ketua Whip PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.

Turut serta, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom.

Kesemua mereka turut menandatangani, satu poskad gergasi yang dibawa sebagai sokongan untuk membantah ISA.


12.11.08

Wakil Raja Bhumibol temui Nik Aziz di Wat Pikulthong..



TUMPAT, 11 Nov (Hrkh) - Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita berharap hubungan antara Thailand dan Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.

"Saya harap kami di sini mengambil tanggungjawab di pihak Kelantan, manakala Raja Thai melaksanakan tanggungjawabnya. Dua tanggungjawab itu menjadi bertambah baik," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat keturunan Siam yang tinggal di Kelantan sama seperti kaum lain yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri.

"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.

"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed yang sepatutnya hadir sebagai mewakili kerajaan Persekutuan hanya diwakili Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Stapa.

Dr Azmi ketika ditemui berkata, kedatangan Menteri Besar menambah meriah lagi majlis tersebut bagi merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.

Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum. - mj _


-sumber berita dari Harakahdaily

Ameno pujuk hoki Piala Presiden PAS dihentikan...


KEPALA BATAS, 11 Nov (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang rancak mencari jalan mendesak Belia Bell Tamil, Kepala Batas menarik balik piala Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang daripada dipertandingkan untuk ketagori 16 tahun ke bawah sempena Hoki Merdeka enam dan tujuh sebelah pada 15 November ini.
Program yang diadakan di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berlangsung selama tiga hari bermula 14-16 November ini menyertakan tiga piala lain iaitu, Dato' Hilmi Rashid, Mr Kim Kah Po dan Milo.
Harakahdaily difahamkan, usaha memujuk itu dibuat terhadap Pengarah Program berkenaan, V. Jayanandhan yang menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran selama ini.
Namun setakat ini, pihak Persatuan Belia Bell Tamil, Kepala Batas masih mempertahankan penyertaan piala Dato' Haji Abdul Hadi Awang memandangkan ia tidak menyalahi peraturan sukan. - mns_


-sumber berita dari Harakahdaily


[tak abeh2 lagi hangpa ni puak2 ameno..biaq pi la depa nak buat piala hoki tu boh nama sapa, awat yang hangpa lak kecoh lebih dari sudu...hissshhhh....tak paham betoi la aku kat hangpa niii...nak kata tiga suku,bodo satgi marah pulak, pandai-pandai lak tu dok adaaa...ameno,ameno..]

11.11.08

Apabila 51 ahli Umno masuk KeADILan..

Kemasukan beramai-ramai ahli Umno dari dua cawangan parti itu di Bukit Chempedak dan Labu Besar, Padang Serai semalam membuktikan hilangnya kepercayaan ahli sendiri tambahan lagi di era kekalahan selepas pilihan raya umum lepas.

Sekaligus menandakan sokongan terhadap Ketua Bahagian Umno Padang Serai yang baru mendapat mandat tidak sekukuh mana malahan boleh jatuh bila mana sokongan terhadapnya kian menurun pada masa depan.

Melihatkan senario terkini, pastinya memaksa beliau bertindak drastik termasuk melakukan 'pujukan' terhadap golongan yang mengatakan ketidakpuasan hati ekoran kepincangan dan penyelewengan yang tidak di atasi.

Harakahdaily yang kesempatan bersama 51 orang yang bertindak demikian semasa pertemuan dengan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Padang Serai, Hamid Othman di Bukit Chempedak mendapati keresahan yang memuncak ahli sendiri mendorong mereka untuk melakukan pembaharuan.


Keresahan mereka dikatakan berpunca daripada kemelut dalaman parti seperti penyelewengan, pemimpin yang berkepentingan, bolot peruntukan dan sebagainya.

Sedangkan, sebagai pemimpin mereka mesti bersikap adil kepada semua masyarakat termasuk ahli parti lain.

Kemasukan beramai-ramai itu pastinya melemahkan pergerakan dua cawangan Umno terbabit kerana yang tinggal hanyalah kepimpinan bukan lagi jentera yang bertungkus lumus menjayakan kemenangan selama ini.

Sebelum ini pun sudah ada kalangan ahli Umno di situ telah bertukar bendera secara senyap-senyap kerana sudah bosan dengan telatah kepimpinan serta budaya politik wang dalam Umno yang sukar dibendung.

Apa yang dikesalkan oleh Pengerusi Displin Umno, Tengku Ritaudeen juga dirasai oleh ahli diperingkat akar umbi ekoran terlalu biasa melihat helaian wang diraih oleh orang tertentu yang agak pandai melobi atau bersembang di kedai kopi.

Akhirnya golongan itu yang kembung poket berbanding ahli biasa yang hanya melihat dengan putih mata gelagat sesetengah kepimpinan yang ada walhal jika diukur kerja buat untuk menaikan nama parti terutamanya waktu pilihanraya golongan terbabit hanya bertindak sebagai pengarah.

Lebih membosankan, ada antara mereka sanggup meninggalkan 'tahi' dengan melakukan beberapa perkara yang tidak disenangi masyarakat yang akhirnya menyaksikan Umno kecundang bersama calon yang dipertandingkan. - mks. _


- sumber dari Harakahdaily.

Related Posts with Thumbnails