Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

1.1.09

Rebat Air RM100 Untuk Keluarga Miskin Di Pulau Pinang..


Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.

Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov, lapor Bernama.

"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.

Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.

"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di www.pba.com.my




[Tu pun ado gak dari kalangan adun pembangkang..umno, yg kata k'jaan baru PR, lakukan pembaziran bayaq berjuta-juta lemon kat orang miskin...depa kata kan lebih bagus kalau duit tu digunakan untuk kegunaan lain..??? Akai ada ka depa yg bantah dan bagi alasan 'membazir'..?? Kan bagus tu berkebajikan kpd rakyat yg susah...enna daa..!!!]

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rumah aku pun dapat rebat ni. alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

salam hijat..
Alhamdulillah...nampak juga caranya membantu rakyat yang susah!Tak la dikira dan dikaut keuntungan semata..
Semoga yang buta.. bolih celik,yang pekak dan tuli.. kembali dapat mendengar...

"Para prihatin... adalah yang tak perlu diminta minta"

Tanpa Nama berkata...

yb yusmadi telah dilantik menjadi ketua amkpg walaupun majoriti ketua amk bahagian menolak beliau…hanya 4 ketua amk bah yg kata sapa jadi pun depa tak kisah sebab depa org baru..yg lain semua tolak...entahlah apa nak jadi dengan parti keadilan rakyat….bercakap soal demokrasi…dalam sistem demokrasi kita kena akur dengan keputusan majoriti…inilah demokrasi dalam keadilan…ADIL KAH ?????….kalau dulu tak siapa nak berebut pun…bila dah menang..pakat semua nak berebut…ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT…DIN BINJAI

Related Posts with Thumbnails