Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

16.1.09

Akhirnya Letak Jawatang Jugok Mu Noo...

Pada jam 10:24 malam tadi (15hb Jan '09) aku telah menerima SMS dari ADIL News 32300 " Datuk Bandar KT, Mat Razali Kassim letak jawatan sbg Pengurus Pilihan Raya P036 setelah SPR terima aduan bhw dia kempen utk BN di kalangan kakitangan kerajaan."

Memang patut pun...

Dan ini berita dari Malaysiakini...

Pegawai p'raya KT tarik diri mengejut

Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

Beliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

"SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.

Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

Dalam laporan polisnya petang semalam, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.

4 ulasan:

ahmad berkata...

ada banyak lg ulat2 B.N dalam p.r.k k.t ni kira hndak menjamin kemenangan mereka,biasalah orang takut kalah macam2 idea kotor mereka guna,hijat nanti balik dari K.T beli kat saya KOPI JANDA :),hah takpun B.N jeles sbb kita ada KOPI JANDA??!!

c70 kap cai berkata...

salam hijat,
SPR akan adakan pilihan raya seadiladilnya? haha ha ha...lawak apatu.....?
Raja lawak ....SPR....
nak kopi anak dara saja,janda ...?
boleh cuba juga....

Isa berkata...

Hijat,

Setakat letak jawatan Pengurus Pilihan Raya P036 buat apa, baik letak jawatan Datuk Bandar KT, orang macam ni mana boleh jadi pemimpin, tak dak pendirian dan sanggup jual maruah demi RM...

Nak ugut...konon padan muka... dia ingat dah baguih sangat la pegang jawatan tu...

Hijat Panjang @ Penang. berkata...

salam semua...

masa untuk perubahan... harapan baru rakyat malaysia... Umno-BN TOTOK dah nak KOJOL..nak masok Kubor dah tuu... Tunggguuuuu...!!!!

Related Posts with Thumbnails