Selamatkan MaLaYsiA Dan Semuanyaa...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Lakaran Zunar semasa didalam Lokap Polis...

Dr. Danial : Isu Non Muslim Masuk Masjid

Dr. Asri : Isu Non Muslim Masuk Masjid

31.1.09

Jom Bantah Guna Bahasa Inggeris..!!! ~ malaysiakini

Sent to you by ApSeRe via Google Reader:

via notoumno by radenjowo on 1/30/09

Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap Bahasa Melayu dan masa depan pendidikan Malaysia, jom sertai Perhimpunan Aman membantah pengajaran pelajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris serta Sidang Media yang akan diadakan pada hari ini seperti berikut :

Tarikh : 31 Januari 2009 (Hari ini !!!)
Hari : Sabtu
Masa : 3 petang
Tempat : Dataran Kompleks SOGO, Jalan TAR, Kuala Lumpur

Lepas tu boleh gi shopping !!!

Things you can do from here:

29.1.09

Tajol Rosli Di Paksa Letak Jawatan Atau Di Pecat..?? - malaysiakini


Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dalam pertemuan bersama UMNO Bahagian Parit petang kelmarin.

Tajol dilaporkan mengambil tanggungjawab berikutan tindakan ADUN Bota meninggalkan UMNO dan menyertai PKR serta kekalahan BN Perak dalam PRU12. Surat perletakan jawatannya telah diserahkan kepada DS Najib pada jam 4.30 petang Isnin lalu - Berita Hairan.

Akhbar-akhbar harian lagi meloya milik UMNO menggunakan perkataan 'meletak jawatan' untuk menggambarkan suasana tenang UMNO menghadapi kes YB Nasarudin keluar parti menyertai PKR. Sebaliknya, sumber dalaman UMNO memberitahu sebenarnya Tajol diarahkan supaya melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kerana kegagalannya mengesan dan mengelakkan insiden lompat parti tersebut.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO Perak menggunakan perkataan 'Tajol dipecat' ketika mengulas perkembangan ini.

Kumpulan 11 yang menghangatkan politik dalaman UMNO Perak satu ketika dulu dikatakan memainkan peranan utama disebalik pemecatan Tajol. Selain itu, golongan muda dan pelapis kepimpinan UMNO Negeri dan Bahagian yang bercita-cita mendapat tempat sebagai calon PRU13 turut memperbesar-besarkan kelemahan Tajol. Mereka dikatakan mendapat arahan daripada calon paling berpotensi bagi mengisi jawatan nombor 1 UMNO Perak iaitu Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kepimpinan Tajol telah dipertikaikan sejak lama sebelum PRU12 oleh kumpulan 11 yang bertapak dalam UMNO sejak kepimpinan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Tajol juga tidak disenangi oleh Raja Tingkat 4 yang sedang bergelut untuk pertandingan Ketua Pemuda UMNO Mac depan. Khairy dilaporkan 'murka' apabila Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengeluarkan kenyataan 'berdiri teguh' di belakang Mukhriz Mahathir untuk pemilihan itu. Tajol dipersalahkan oleh kem Khairy kerana gagal berperanan untuk mengikat sokongan Pemuda Perak kepada Khairy. Oleh itu kabinet Khairy di Perak tidak melepaskan peluang untuk menghukum Tajol di kesempatan kes YB Nasarudin ini.

Rakan-rakan rapat Tajol juga menasihatkannya supaya menerima pemecatan itu dengan rela berdasarkan keyakinan mereka kepada maklumat yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 2 lagi ADUN UMNO Perak akan mengikut jejak YB Nasarudin apabila tiba masa sesuai. Selain daripada 2 ADUN tersebut, semua ADUN yang gagal dalam pertandingan merebut atau mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dilihat sangat berpotensi mengambil langkah yang sama. Jika lompatan baru berlaku lagi maka Tajol akan berdepan dengan risiko pertanggungjawaban yang lebih besar.


28.1.09

POLITIK KAPALTERBANG DALAM UMNO- Sembang-sembang ~ malaysiakini


by NOBISHA

Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita mengenai politik kapalterbang dalam UMNO. Huh? Politik kapalterbang? Ya, kawan saya kata, politik kapalterbang. Saya tukang lapor saja.

Begini. Tak kiralah kapalterbang tu Malaysia Airlines, AirAsia atau Firefly. Sebelum naik, bunyi bising. Bunyi enjin. Makin besar kapalterbang, makin kuat bunyi enjin. Banyak power kot. Apabila nak berlepas lagi kuat. Bagi yang takut naik kapalterbang, pegang kerusi kuat-kuat. Takut kapalterbang jatuh. Maklumlah, bunyi kuat!

Bagaimanapun, selepas kapalterbang tu naik ke atas dan berada pada ketinggian yang betul, bunyi tu hilang. Dah tak dengar lagi bunyi bising. Pada masa itu, pramugari yang cun pun datang menghidangkan makanan. Selepas makan dan minum sepuas-puasnya, penumpang kapalterbang tu pun semua tidur. Berdengkur dan mimpi yang indah-indah.

Ada kala tu, bukan penumpang saja yang tidur, malah pilot pun tidur sama! Baca di sini, di sini dan di sini. Senyap sunyi satu kapalterbang.

Nak tahu bilakah kapalterbang tu akan bising semula? Ya, bila dia mendarat. Apabila saja kapalterbang tu mencecah tanah, mengaum balik. Malah, bunyi kapalterbang yang mendarat lebih kuat dari bunyi kapalterbang yang nak berlepas. Kuat betul, sampaikan penumpang rasa kapalterbang macam nak terbalik. Sekali lagi, semua penumpang kena pegang kerusi.

Itu kapalterbang. Politik dalam UMNO pun sama.

Tiga tahun sekali, semua orang dalam UMNO bising. Musim pemilihan parti, semua orang nak bercakap. Ada saja yang tak kena. Ada saja yang tak betul. Itu nak diubah. Ini nak dibetulkan. Macam-macam idea ada. Hebat-hebat semuanya.

Yang kelakar tu, orang yang bising-bising tu ialah orang yang ada jawatan dalam parti. Sebelum ini mereka berada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Badan Perhubungan, dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Tak kisahlah apa jawatan pun, yang penting mereka berada dalam badan pembuat keputusan yang saya sebutkan tu.

Elok kita tanya, apakah yang mereka buat selama ini. Adakah mereka pun jadi macam kapalterbang tadi. Senyap sunyi apabila berada di awangan pada ketinggian 35,000 kaki. Adakah selama ini mereka tidak tahu masalah dalam UMNO?

Selepas Mac ini, retorik akan berhenti. Kenyataan-kenyataan yang kritikal terhadap parti akan senyap. Laporan rasuah akan hilang. Pemimpin yang banyak bercakap pun akan diam. Semuanya bermimpi lagi sehinggalah musim pemilihan parti yang akan datang.

Saya tahu ada orang marah dengan tulisan ini. Nak marah pun marahlah. Saya dah lama melihat politik kapalterbang dalam UMNO. Bukan sekali, dah banyak kali. Bukan kali ini, sebelum ini pun dah berlaku. Perkara yang sama akan berlaku selepas Mac ini. Kapalterbang UMNO akan diam kembali.

Oklah, saya nak buat survey. Di sidebar blog ini ada poll.

Soalan saya ialah: Adakah anda merasakan UMNO akan berubah menjadi lebih baik selepas pemilihan kepimpinan parti Mac ini?

Pilih antara "ya" atau "tidak".

Saya tak mahu meramalkan jawapan yang akan anda berikan, tetapi saya yakin jawapan itu mencerminkan sikap rakyat terhadap politik kapalterbang dalam UMNO.

Tak percaya?

Tunggu!


dari blog NOBISHA

p/s - hehehehehehe...aku tukang boh dalam blog saja...hehehehe...orang umno sendiri yang kata... Nak pi UNDI..?? Masuk blog Nobisha dan pangkah mana yang patut..!!

26.1.09

Kata-kata Pandangan Artis Antarabangsa...Mengenai Pencerobohan GAZA, Palestin oleh Israel.. ~ malaysiakini

Salam Sejahtera, Salam Reformasi...!!!
 
p/s - dok tunggu apa lak kata-kata artis2, menteri2 di mesia ni..??? dan kerajaan pun cam tak serius jer buat usul pada PBB dan OIC untuk kutuk dan adakan sekatan ekonomi kepada negara Yahudi, Israel...Boleh ka??
 
Negara kalau dah maju dan duit dah banyak, tak payah mintak la sekupang mahupun berkupang-kupang dari NGO, badan kebajikan, rakyat marhaen bawahan ni untuk sumbangan IKHLAS untuk Palestin konon...kerajaan HAMAS di Palestin pun hangpa tak IKTIRAF, hangpa pi IKTIRAF Fatah tu buat apa..?? Tu balaci ISRAEL...dia gelak la kalau Mesia dan negara yang baguih sangat pi bagi bantuan tanpa selidik DULU nak bagi kat sapa...
 
Rakyat di negara sendiri pun masih MEREMPAT terokk.. Dah Lama Dahhh..51 Tahun MERDEKA oiii....apa adaa..??? Cam yang PERNAH jadi 4-5 tahun SUDAH di Mesia sendiri ni, TABUNG BANTUAN TSUNAMI telah diselewengkan...Bantuan kat negara luar pi la bagi ingat tak ingat punya nak MENUNJUK yang Mesia ni PERIHATIN konon..rakyat dalam negara sendiri yang jadi MANGSA tsunami tu sampai ujong tahun sudah, 2008, cukop 4 TAHUN baru dapat HABEH bantuan rumah dari kerajaan Mesia yang AMAT PERIHATIN.

 

Terkini..!!! Kejutan Kedua Untuk Umno Perak..!!! ~ malaysiakini

KEJUTAN #2

Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat.

--
Posted By ciberboron

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

23.1.09

Malaysiakini: TM ni apa dia?? Taik Minyak ka Telekom Mesia..?? Alo! Allo..!!

Salam...

Syarikat konglomerat tanahair yang menyediakan perkhidmatan talian hayat seantero malaya, apa nama..?? TM, tm?? Cukop la meloyakan dengan tindakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna yang telah memindah milik nama dari pemilik lama kepada nama beliau. Baki dari akaun lama atas nama arwah bapa si pengguna baru masih ada..

Tetapi jumlah yang begitu kecil, iaitu cuma 31.55 ringgit malaysia sahaja, tidaklah sampai menjangkau puluhan ribu mahupun jutaan ringgit, tetapi bersikap adil lah sikit..

Dengan jumlah HUTANG itu, cuma terlewat 3-4 hari sahaja dari tarikh yang sepatutnya PERLU di bayar hutang itu, pengguna baru ini telah juga menerima NOTIS pembayaran akhir dari syarikat konglomerat ini beserta AMARAN akan diambil tindakan undang-undang jika GAGAL menjelaskan bayaran sebanyak 31.55 itu..



Malah tidak sampai seminggu dari NOTIS amaran itu, si pengguna baru dan keluarga beliau dikejutkan dengan penerimaan satu surat berwarna merah, NOTIS dari syarikat pihak ketiga (3rd party company) bagi pihak syarikat ini ataupun syarikat guaman, yang meminta supaya dilunaskan SEGERA jumlah hutang tertunggak yang masih pun belum menjangkau sebulan mahupun setahun...!!!



Sampul yang ditulis dengan 'mesej' ini telah di temui oleh seorang pegawai pos yang bertugas untuk mengasingkan surat-surat dari sebuah peti surat utama. Pengguna ini ingin menge'pos' kembali kepada pihak konglomerat untuk menyampaikan mesej ketidakpuasanhati..


Namun berbeza pula dengan tindakan dari seorang mantan Menteri Kabinet Mesia sebelum ini, yang terpampang bil penggunaan telefon rumah/pejabat beliau yang tunggakan melampaui batasan, tetapi tiada langsong tindakan malahan makin menimbun jumlah penggunaannya. Kenapa tak dipotong..?? Sebab dia menteri..?? Kebal..??


Apa ni..??? Kenapa boleh ada sistem ' DOUBLE STANDARD ' camni..???




link pautan untuk penilaian anda semua...

21.1.09

Umno Dah Tak 'memberahi' Bila Dilihat - malaysiakini


Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.


Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.



Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu mereka bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno."Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa," katanya.

'Perlu perubahan'

Muhyiddin berkata, sebaiknya ialah menjalankan post-mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di Kuala Terengganu dan lebih penting lagi mengkaji dengan mendalam pemikiran pengundi.

"Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius."Apakah ini bermakna rakyat masih sukar untuk menerima BN selepas kita kalah pada pilihanraya umum lalu, kerana mereka tidak rasa sudah ada satu perubahan atau pembaharuan yang kita kata kita hendak lakukan," katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, BN dan Umno khususnya, tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan segala bentuk pembaharuan yang dijanjikan.

Apa yang penting, tegasnya, ialah Umno dan BN menangani isu persepsi tertentu yang bermain di benak pemikiran pengundi."Bila sebut Umno atau BN, ini persepsi dia dan ditokok tambah pula dengan putar belit parti pembangkang.

Di samping itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rakyat kita juga sudah lebih faham dan peka serta mampu menilai daripada semua sudut."Mungkin kita dilihat belum bersedia untuk memenuhi apa yang mereka fikir baik," kata beliau sambil menyarankan supaya Umno dan BN bersedia bertindak secara lebih radikal dalam melaksanakan perubahan yang difikirkan perlu.

Muhasabah diri

Muhyiddin menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tertentu perlu dibuat supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan yang ingin dibawa oleh Umno dan BN."Jika tidak mereka akan anggap kenyataan-kenyataan kita sebagai retorik.

Jadi saya lebih cenderung mengalisis keputusan pilihanraya kecil itu daripada perspektif lebih holistik walaupun kita boleh kenal pasti sebab kekalahan daripada segi biasa seperti jentera pilihan raya tidak berapa berkesan walaupun kerja keras, soal calon, perkara yang ditimbulkan parti lawan dan sebagainya," katanya.

Di masa lalu, katanya BN akan menghadapi pilihan raya kecil dengan penuh bersemangat dan yakin, mencatatkan kemenangan di kawasan yang dianggap bermasalah.Muhyiddin berkata, beliau ada menerima pandangan daripada pelbagai pihak yang melahirkan kebimbangan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil menjadi satu trend baru kerana rakyat masih tidak melihat apa-apa pembaharuan di pihak BN dan Umno sendiri.

"Biar kita bermuhasabah secara serius. Mungkin orang marah kalau saya kata macam ini. Dan tentu akan ada pemimpin yang kata ia tidak menjadi trend, tapi kita tak tahu," katanya.

Menurut beliau, parti kerajaan perlu faham semasak-masaknya apa yang rakyat mahu kerana penentu kalah menang pada mana-mana pilihanraya ialah rakyat."Kita perlu jujur kepada diri sendiri. Jangan kita bersikap 'tak ada apalah, kita okaylah'. Ini yang jadi masalah kepada kita," kata Muhyiddin.

Jelas beliau lagi: "Perkataannya ialah `segera berubah'. Dalam tempoh tiga, empat tahun ini akan ada lagi pilihanraya kecil, pilihanraya negeri. Jadi bagaimana keadaan kita".Selain Umno, parti komponen BN yang lain juga perlu melakukan muhasabah diri kerana mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri, katanya.

bukan umno yang tak memberahi......pemimpin umno aku tengok macam tikus yang nak hampir mati....busuk..kurus...kotor...berpenyakit...


- dari blog kerabubersuara.

16.1.09

Akhirnya Letak Jawatang Jugok Mu Noo...

Pada jam 10:24 malam tadi (15hb Jan '09) aku telah menerima SMS dari ADIL News 32300 " Datuk Bandar KT, Mat Razali Kassim letak jawatan sbg Pengurus Pilihan Raya P036 setelah SPR terima aduan bhw dia kempen utk BN di kalangan kakitangan kerajaan."

Memang patut pun...

Dan ini berita dari Malaysiakini...

Pegawai p'raya KT tarik diri mengejut

Tinggal satu hari lagi sebelum pengundian pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pegawai pengurusnya Datuk Mat Razali Kassim menarik diri selepas didakwa berat sebelah oleh PAS.

Beliau, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu (foto), meletakkan jawatan mendadak hari ini selepas PAS menuduhnya meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyokong calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal malam ini, Mat Razali digantikan oleh penolong pegawai pengurus pilihanraya parlimen ini Wan Mustafa Wan Hassan, yang juga setiausaha MBKT.

"SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu berkuatkuasa serta-merta," kata Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik.

Tambahnya, selaras dengan peruntukan Seksyen 3(c) dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, suruhanjaya itu melantik penolong Mat Razali sebagai pegawai pilihanraya baru berkuatkuasa serta-merta.

Selain dakwaan PAS, satu laporan polis dibuat oleh ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa dengan mendakwa Mat Razali mengugut kira-kira 590 kakitangan MBKT dalam satu pertemuan di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi semalam.

Dalam laporan polisnya petang semalam, pemimpin muda PKR itu mendakwa Mat Razali pernah berucap: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".

"Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh pegawai pengurus pilihanraya Datuk Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya," laporan polisnya dipetik.

Hari mengundi Sabtu ini menyaksikan persaingan Wan Ahmad Farid dengan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Selain mengkritik Mat Razali, pembangkang juga mempertikaikan beberapa amaran kepada pegawai kerajaan agar memihak kepada BN dan janji-janji pembangunan yang melimpah di kawasan parlimen dengan mendakwa ia sejenis rasuah.

10.1.09

Selamat Datang & Welcome Kepada Semua Bloggers ke Konvensyen Pasir Puteh..

penyerahan jaket kepada Pengarah Urusetia tanda 'Selamat Tiba'


Salam Semua...

Kami selamat tiba di Pasir Puteh pada jam 5.23 pagi dengan 2 buah kereta 1 dari Penang dan 1 dari Perak setelah bertolak dari Sauk, Perak pada jam 1.07 pagi...

5 orang blogger yang terlibat adalah MSK (MatSamanKati), Sya~Reformis, Zul mamak png, AsidBurn a.k.a Macy Koh / 007 Malaya dan Hijat Panjang telah disambut ketibaan setelah sesat dari peta GPS oleh Pengarah Urusetia, Sdr. Asrol Affandi Kelatekito.com dan seterusnya ke Rumah Tamu Majlis Daerah Pasir Puteh untuk berehat seketika.

Perisik-Rakyat a.k.a Topeng Perak juga telah diberitahu selamat tiba di stesen bas Kota Bharu dari Kuala Lumpur dan dalam perjalanan ke Rumah Tamu MDPP.


Selamat Berkonvensyen & Bersantai Kepada Semua Bloggers Yang Hadir...!!!! Wallaa Weehhh...!!!

9.1.09

TV3 Suku Mesin Propaganda Amno-BN untuk P.36


Sehingga malam tadi ni, TV3 suku terus memainkan peranan sebagai mesin propaganda BN. Laporan yang diberikan berat sebelah kepada calon BN, Wan Farid.

Dua lagi calon pilihan raya kecil tersebut dari PAS dan calon Bebas tidak diberikan laporan yang adil dari TV3 suku.


Dalam Buletin Utama sebentar tadi, mereka hanya mewawancara Wan Farid mengenai kempen beliau tanpa memberi peluang yang sama kepada Abdul Wahid Endut dari PAS dan calon Bebas Azharudin Mamat.

[Begitulah lumrahnya ketika PRU ka PRK ka...media celaka ni mempropagandakan apa isu sekali pun...2 malam sudah, berehat serta dok bersembang dgn kengkawan di satu kedai nasik kandar, tertonton lah rancangan 360 Degree iaitu sebelum rancangan bersamamu, dlm slot 360 tu dimuatkan dengan rungutan dan keluh kesah dari penduduk kampung di Tanah Merah dan Jeli, Kelantan. Tujuan tu aku dah nampak PELIK, masa ni la nak ngundi di Terengganu, jiran Kelantan, media ni nak BUSUKKAN nama pemimpin PAS tak reti jaga kebajikan rakyat laa..tu nampak sangat..cilaka punya media..ciss..]



Mana OIC..?? Mana Liga Arab..?? Hangpa Tidoq Ka..???







Y.B Ust Dr. Mujahid Yusof Rawa



Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak 2/1/2009.

8.1.09

Teganu Kite - Pakoh Bulang..


Klik pada lagu Ganu Kite oleh Saleem Iklim...

Sambil tu jom santai minda dengan dendangan 'Ganu Kite' oleh Saleem (Iklim). Lepas dengor lagu dengan lirik asal, JANGAN LUPA cuba nyanyikan dengan lirik yang aku modified khas untuk pilihanraya kecil 17 Januari ini (kat bawah ni)

Tuang puang jangang lupe
Enang aghibulang hantor calong kite
Tujuh belah pakat keluor
Pilih wahid, farid tesungkor 2X
na na na na na ...
Teganu kite 2X

Undilah Pah, bukang Barisang
Kite pakat sokong Pakatang
Kepeng same adik abang
Baghu comei mase depang 2X
na na na na na ...
Teganu kite 2X

Jage hantu tempat pengundiang
Daghi pagi sampa petang
Hantu le ni, upoh die makang
Ikut hati aku boh ngang snapang
Bior mapuh dok tingga soghang
UMNO bawok macang-macang baghang
Batek pelekat pitih melayang
Kalu ambik tak dok sape laghang
Die hulor kite yang kenyang
Buleh makang tige bulang
Die tipu kite doh pahang

HAGHI NGUNDI TETAP PAKOH BULANG
UMNO tengok penyu 'telor 2X
Kite singgoh kat Rusila
Pakat smayang ghama-ghama
Gelombang bighu doh hughu-haghe
UMNO takut pakatang kite
Die wok maghi puteghi-puteghi tue
Tak comei belake
na na na na na ...
Teganu kite

Kalau ada yang confused apa perkataan sebenar dalam lirik modified tu, begini ..

Tuan puan jangan lupa
Enam haribulan hantar calon kita
Tujuh belas (haribulan) pakat keluar
Pilih wahid, farid tersungkur 2X
na na na na na ... Terengganu kita 2X

Undilah PAS, bukang BARISAN (NASIONAL)
Kita pakat sokong PAKATAN (RAKYAT)
Kempen sama adik abang
Baru comel masa depan 2X
na na na na na ... Terengganu kita 2X

Jaga hantu tempat pengundian
Dari pagi sampai petang
Hantu sekarang ni, upah dia makan
Ikut hati aku bubuh (tembak)dengan senapang
Biar mampus tak tinggal seorang (pun)

UMNO bawa macam-macam barang
Batek pelekat duit melayang
Kalau ambil tak ada siapa larang
Dia hulur kita yang kenyang
Boleh makan tiga bulan
Dia tipu kita dah faham

HARI MENGUNDI TETAP PANGKAH BULAN (undi pas)
UMNO tengok penyu (ber)telor 2X
Kita singgah di Rusila
Pakat sembahyang ramai-ramai
Gelombang biru (UMNO) dah huru-hara
UMNO takut pakatan kita
Dia bawa puteri-puteri tua
Tak comel belakana na na na na ...
Terengganu kita


Selamat berhibur!!!!!!!!


-dari blog Ciberboron.

7.1.09

Zionis Boleh Runtuh Melalui Kuasa Ekonomi..???


siapa Tzipi Livni - dari wikipedia


Kenyataan Tzipi Livni pada 4 Januari lalu amat keras bersulam benang kesombongan dan dengan bongkaknya, Livni berkata, itulah padahnya jikalau Hamas berani menyentuh Israel lagi.

Kata Livni, "Saya harap hasil daripada operasi (membedil Gaza) ini akan memberi kesan jangka panjang. Saat mereka melepaskan tembakan, kita akan membalas dengan serangan besar-besaran.

Mungkin beberapa operasi diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Kita telah lama berjuang dan kita mesti lakukan secara kekerasan dari semasa ke semasa."

Dalam tulisan yang lalu, telah kita sentuh tentang kedudukan, sikap dan perawakan Livni yang tidak ubahnya seperti Golda Meir; seorang wanita yang menjawat jawatan Perdana Menteri Israel itu. Ramalan dunia terhadapnya ternyata tepat dan ada kebenarannya.

Livni dalam wawancara bersama sebuah stesen penyiaran Israel itu telah secara lantang, menolak perbincangan bersama Hamas. Menurut Livni, selama ini dia cuma berpura-pura bagi memastikan seluruh dunia memandang kerajaan Hamas sebagai tidak sah.

"Saya menolak mengadakan perbincangan dengan Hamas. Sejak Hamas berkuasa tiga tahun lalu, saya hanya berpura-pura agar seluruh dunia melihat Hamas sebagai tidak sah. Helah itu berjaya dan saya tiada hasrat untuk menukarkannya sekarang," katanya.

Di sebalik kesombongan itu, Livni juga mengakui bahawa mungkin rejim Israel tak akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan mereka melalui serangan itu. Wawancara itu berlaku, kira-kira sehari sebelum berlakunya serangan darat di Gaza.

Amerika melalui dutanya ke PBB, Alejandro Wolff, telah pun mengecam Hamas dengan berkata, "Majlis Keselamatan beberapa kali melahirkan kebimbangan mengenai serangan Hamas ke atas Israel."

"Piagam pertubuhan ini menghormati hak setiap anggota mempertahankan dan hak Israel mempertahan diri tidak boleh dirunding," kata Wolff lagi.

Sikap ini menunjukkan kepada kita dengan jelasnya bahawa umat Islam tak boleh lagi mendesak badan bukan Islam itu menerajui apa-apa perubahan di wilayah bergolak itu.

Kuasa besar Islam di mana?

Prof Dr Ahmad Atory Hussain dalam suatu wawancaranya berkata, berkata, umat Islam hari ini tidak boleh lagi berharap kepada orang bukan Islam bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri.

"Orang Islam dan Palestin mesti selesaikan masalah sendiri. Saya lihat, orang-orang Arab asyik salahkan Barat. Tapi, masalah dalaman mereka sendiri, tak pernah diperbaiki.

Selain itu, mesti wujudkan kuasa besar Islam atau dua buah tiga negara Islam yang mesti disokong orang Islam sendiri. Bukan untuk berperang tapi cukup sekadar menggerunkan Amerika," kata beliau lagi.

Selain itu, tambah Dr Ahmad Atory, masyarakat atau negara bukan Islam seperti Rusia, Perancis dan China keruh hubungannya dengan Amerika dan Israel perlu dilibatkan.

Di samping itu, kita dapat melihat betapa betapa banyaknya syor dan cadangan itu. Sama ada syor itu bersifat tindakan yang boleh dilaksanakan di peringkat rakyat bawahan atau pun peringkat kerajaan atau pihak atasan.

Contohnya, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar diwujudkan suatu pasukan tentera pengaman OIC sendiri. Tapi syor begini, siapa yang mahu lobi agar ia dapat diwujudkan? Idea banyak, tetapi seolah-olah tiada orang yang menggerakkan, melobi idea itu.

Misalnya, pendapat Dr Ahmad Atory tadi, rasanya pernah disuarakan oleh bekas Presiden Iran, Khatami dahulu dengan namanya Islamic Union yang mirip kpeada European Union (EU), iaitu sebuah pakatan ekonomi dan politik di rantau Eropah.

Hasil pakatan EU itu antaranya telah melahirkan mata wang Euro sebagai saingan kepada mata wang Dollar Amerika.

Mahathir tidak endahkan Islamic Union?
Tapi, Mahathir tidak endahkan gagasan itu dan akhirnya gagasan itu sepi begitu saja. Dan dalam kalangan pemberita, wartawan arus perdana pula tidak tergerak pula mereka untuk menggarisbawahkan isu itu menerusi akhbar mereka.

Tetapi akhir-akhir ini, dalam kenyataan terbaru, Dr Mahathir kembali semula dengan idea memulaukan mata wang dollar Amerika itu. Ini sememangnya syor yang baik juga.

Mahathir berkata, antara lain kenapa Dollar Amerika mesti dipulaukan, ialah kerana mata wang itu tiada disandarkan apa-apa nilai terhadapnya.

"Jika anda berhenti mengguna matawang itu, Amerika tak dapat berdagang dan tak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan berhenti menghasilkan senjata-senjata," katanya.

Tetapi, Mahathir mengakui bahawa usaha memulaukan matawang Amerika ini menuntut kepada hubungan kerjasama yang erat di seluruh negara di dunia.

Adakah Mahathir atau Yayasan Perang Jenayah KL Yayasan Kepimpinan Perdana berdaya membawa seruan ini kepada negara-negara dan mampu melobi tindakan ini kepada seluruh kerajaan?

"Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia saja. Ini tidak akan berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tak akan bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat," kata beliau seperti menyindir dan mencabar kerajaan Malaysia sendiri.

Adakah Tun Mahathir boleh menyarankan kepada Najib sebagai Menteri Kewangan agar tidak lagi mengguna mata wang dollar Amerika dalam urusan perniagaan sedunia.

Tidak salah ingatan saya, Mahathir pernah menggesa agar ringgit Malaysia diikat kepada RM3.30 untuk setiap dollar Amerika, tetapi Najib berkata bahawa ringgit Malaysia mahu nilai ringgit itu teruskan ditentukan oleh pasaran sahaja.

Tak salah ingatan saya juga, Iran sudah menjalankan urusniaga minyak dalam mata wang Euro dan bukan lagi Amerika Syarikat. Adakah kita bersedia menggunakan Euro?

Tak salah saya juga ada satu laporan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menyimpan sejumlah wang di dalam akaun bank di Israel. Adakah wang itu masih tersimpan atau pun sudah dikeluarkan, tidaklah diketahui pula.

Inilah antara masalah kita sekarang. Watak-watak yang mempunyai buah fikiran terbaik, tetapi ternyata ada konflik lewat tindakannya yang tersendiri.

EU sudah wujudkan Euro. Jika wujud Islamic Union itu, mungkin boleh ada wang dinar emas yang akan dipersetujui pemakaian dan penggunaannya dalam hubungan kerjasama perdagangan antara negara-negara Islam. Tun Mahathir juga setuju dengan dinar ini.

Perjalanan kita membantah Israel sungguh panjang. Tapi, umat Islam masih gagal meraih wacana yang betul-betul kuat dan mantap. Yang tidak banyak melibatkan pemikiran agak senang dilakukan seperti membakar bendera dan berdemo.

Sedangkan, dalam 60 tahun belakangan ini (1948 hingga 2008) pemikir-pemikir Yahudi Zionis telah menyusun protokol-protokol mereka mengguna pemikiran yang tinggi. Jadi, seminggu berdemo dengan semata-mata tenaga belum tentu dapat menyaingi mereka.

6:42 p.m, 6 Januari

Sekolah Pemikiran Pendang

Idea, saranan, buah fikiran, kritikan boleh dimajukan ke e-mel 'ibnuamir@yahoo.com.

Nota: Bagi mereka yang ingin tahu kenapa semangat Zionis sangat kuat untuk mendapat tanah di Palestin, sila dengar lagu Hatikvah (The Hope), senikata lagu kebangsaan Israel http://www.youtube.com/watch?v=NjfFpFW9OdA.

Lihatlah semangat yang timbul daripada senikata lagu tersebut. Bandingkan dengan lagu Negaraku yang ada kaitan dengan lagu Terang Bulan atau Mamoolamoon pula. http://www.youtube.com/watch?v=bbrcdpUGGEI

(Terang Bulan)




4.1.09

OIC Di Bidas Hanya 'Peluk Tubuh'...


PULAU PINANG, 4 Jan (Hrkh) Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin membidas Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang tidak tegas langsung membantu tangani serangan Israel terhadap Palestin malahan sekadar melihat dan berpeluk tubuh.

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily menyelar OIC sampai saat ini belum bertindak sesuatu untuk membantu sumber kewangan khususnya bagi meringgankan kesengsaraan Umat Islam di sana yang rata-ratanya daif.

"OIC hanya pandang saja dan tidak lagi menghulurkan bantuan sebagaimana yang diperlukan. Sikap inilah yang membuat Israel bertambah ghairah melakukan kekejaman kerana mereka tahu Umat Islam tidak satu hati, " ujarnya.

Menurut beliau lagi, keengganan Mesir dan Jordan membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin juga menjadi faktor utama kenapa Israel bersikap megah dan berani bertindak sedemikian rupa.

Beliau pasti rakyat Pulau Pinang juga tidak dapat menerima tindakan jahat dan bacul rejim Yahudi yang membunuh Umat Islam di saat-saat menjelangnya Maal Hijrah 1430 semata-mata kerana mahu memburu kepimpinan Hamas.

Bagi mencapai hasrat penentangan itu maka rakyat Pulau Pinang seharusnya memboikot semua barangan Amerika yang terang-terangan memberi keuntungan ekonomi pada Israel.

"Boikot barangan Amerka bererti membunuh ekonomi Israel maka laksanakanlah untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin, " tegasnya yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan, Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri Pulau Pinang. - azm_




[Cehh..apa la depa ni OIC atau Ooo..I..See..ok,ok.. Tak Reti ka atau ngok sangat pasai isu serangan maha Zalim askar Israel Laknatullah ke atas Bandar Gaza di Palestin SENYAP MEMBISU SERIBU BAHASA saja..??? Penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia tuu..!!! Sama dan lebih kurang la dengan PBB (mungkin Perang! Bagus Bagus..) cuma Tunggu dan lihat saja.. Dah tak reti nak buat keja..Turun, bagi orang lain buat kejaa..yang tu pun tak reti kaa..??? Apa Punya Turr Laa...]

2.1.09

Antarabangsa Punya Bukit, Bukan Bukit Antarabangsa Hah...











- dari sumber email bertajuk Fw: Strange city.... - Pelik dan menarik kan..?? Nak tau kat mana bandar pelik ni..??


GREECE.

1.1.09

Rebat Air RM100 Untuk Keluarga Miskin Di Pulau Pinang..


Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.

Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov, lapor Bernama.

"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.

Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.

"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di www.pba.com.my




[Tu pun ado gak dari kalangan adun pembangkang..umno, yg kata k'jaan baru PR, lakukan pembaziran bayaq berjuta-juta lemon kat orang miskin...depa kata kan lebih bagus kalau duit tu digunakan untuk kegunaan lain..??? Akai ada ka depa yg bantah dan bagi alasan 'membazir'..?? Kan bagus tu berkebajikan kpd rakyat yg susah...enna daa..!!!]
Related Posts with Thumbnails